Wednesday, April 16, 2008

kereta? hold dulu!

Baca artikel ni sampai habis. Gerenti buka perspektif baru untuk kalian ;)

***

Saya tahu, anda graduan muda ada ego. Siapa mahu bekerja di bawah terik mentari? Siapa mahu mengutip tin-tin kosong, suratkhabar lama dan menjualnya kembali. Siapa lah yang sanggup berjual di pasar malam. Apatah lagi menebalkan muka untuk membuat jualan direct selling. Tapi ia bukan salah anda, memang anda diajar menjadi seorang pengurus. Anda tidak diajar menjadi kuli atau menjadi bos.

Pekerjaan idaman anda adalah pekerjaan bertali leher, berstatus pegawai dan eksekutif, pejabat berhawa dingin. Ada setiausaha, ada kerani yang menyiapkan kerja-kerja remeh temeh. Gaji masyuk. Itu lah yang terbayang di mata anda bukan?

Akhirnya, dengan gaji hampir RM 2000, anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta baru. Sekarang ini macam-macam ada. Ada Myvi, ada Savvy, ada Viva, ada Gen2. Yang pasti ia mesti baru. Pinjaman kereta 9 tahun pun tidak mengapa. Apalah sangat pembayaran bulan-bulan berjumlah RM 600. Aku seorang eksekutif muda! Mesti ada gaya, mutu dan keunggulan.

Begitulah tindakan pertama rata-rata eksekutif muda. Membeli kereta. Kereta baru. Tempoh pinjaman 9 tahun. Tetapi ramai terlupa. Terlupa yang sesungguhnya yang anda sudah membelanjakan 1/3 pendapatan bulan-bulan untuk kereta, malah jika dicampur kos tol dan minyak, sebenarnya anda sudah membelanjakan 1/2 pendapatan hanya untuk kereta.

Ada yang marah bila dikatakan, “Buying a car is the most stupid thing to do.” “Kalau takde kereta, macam mana aku nak bergerak?” Terpulang. Saya tetap bersetuju sesungguhnya membeli kereta adalah antara tindakan bodoh seorang eksekutif muda. Untuk tempoh 5 tahun pertama, cukuplah beli kereta serendah RM 5,000 dan bukannya RM 50,000. Sekurang-kurangnya anda tidak jadi orang paling bodoh dengan membuat pinjaman 9 tahun untuk sebuah liabiliti.

1/3 pendapatan anda seharusnya disimpan. Saya ulang, disimpan. Buat satu akaun simpanan khas dengan segera. Saya sebut simpanan dan bukannya perlindungan insurans mahupun pelaburan unit amanah. Simpanan adalah simpanan. Jangan campur adukkan simpanan dengan perkara lain.

RM 1000 x 12 x 9 = RM 108,000.

Graduan muda, anda pilih sama ada mempunyi sejumlah simpanan wang tunai sebanyak ini untuk tempoh 9 tahun atau anda memilih sejumlah itu untuk dileburkan demi sebuah kereta?

***

Sumber: www.pakdi.net/my

Entri lama Pakdi ni saya baru baca. Kebetulan, baru nak digunakan. Baru habis belajar katakan. Convo pun belum lagi.

Bila dah baca, rasa lega sikit. Kalau tidak, rasanya sama macam masa mula-mula menganggur dulu. Tak tenteram bila dah tamat belajar tak ada kerja. Sekarang, tak tenteram pula dah ada kerja tak berkereta. Rasa menyusahkan mak abah pun ada. Pergi balik terpaksa berhantar.

Tapi jika nak fikirkan pasal kereta sekarang memang agak mustahil. Kenapa saya cakap macam tu? Hutang pun tak habis bayar lagi! Biarlah PTPTN tu saya ambil cuma untuk 2 semester pengajian, tapi pun masih belum habis bayar. Bulan-bulan, ada saja yang perlu dibeli, diuruskan. Belum mampu menyimpan pun lagi.

[Oh, lupa. Saya beli buku yang sangat banyak dari stor PTS. Kononnya nak meraikan gaji pertama. Juga belikan hadiah buat Fahmi yang dapat 12 1A dalam SPMnya. Belanja untuk diri sendiri? Beli barang Sureco, konon nak maintain poin saja. Ok, ok, lepas habis bayar PTPTN, saya janji akan simpan ;)]

Jadi, begitulah. Kena utamakan yang utama. Paling penting, langsaikan hutang, bukan tambah hutang. Lepas tu, terus menabung [untuk yang lebih bijak, melabur]. Teruskan menyimpan dan menyimpan. Dah cukup barulah beli kereta. Secara cash. Tak perlu bayar riba. Ok tak? ;)

5 comments:

Anonymous said...

mira,

beli kereta cash pun bukan satu langkah pengurusan kewangan yang bijak ;)

mira said...

jadi macam mana? tak perlu beli langsung?

Fahmi Mahat said...

beli kereta secara cash mungkin nampak bijak secara jangka pendek. menjauhi interest, jawapan islamic conventionalist mungkin. jangka panjang? mungkin pakdi boleh terangkan. :)

Anonymous said...

kita merancang, AllAH YANG MENENTUKAN APA YANG KITA USAHAKAN insyAllah dimakbulkan, kita hidup hanya dari rahmat dan keberkatannya sahaja, mudah-mudahan apa yang kita impikan mendapat keredaan darinya.. insyAllah.. Amin..amin.. amin ya robbalamin

Husna said...

so, skrg mira beli kereta secara cash la ye??