Saturday, September 22, 2007

iftar mymode

Semalam, saya dan abang ke iftar untuk ejen MyMode. Baru pertama kali ke Dataran De Palma, Ampang dengan kenderaan awam sahaja. Tak susah rupanya. Pertama kali lihat bangunan yang berlabelkan MyMode, rasa gah. Sebab selama ni tengok trademark mereka di internet saja.

Lepas ni bolehlah ke sana lagi. Untuk meeting ke.. :p

Sebenarnya, kami dan kebanyakan ejen MyMode lain jarang ke meeting. Inilah [boleh dikatakan] kelebihan MyMode berbanding MLM yang lain. Tak perlu ke meeting langsung dan boleh buat bisnes. Hanya berbekalkan MyRewards Plan yang MyMode berikan.

Disebabkan kami tak bawa kamera semalam, maka tak dapatlah nak tunjuk kemeriahan sambutan iftarnya. Nak cari di internet, tak tahu jika ada sesiapa yang ada blog :p Sambutannya memang meriah walau dengan hanya 3 kanopi yang dipasang di tempat letak kereta betul-betul di hadapan bangunan MyMode.

Yang paling best, lauk-lauknya. Kalah lauk pengantin. Sedap dan pelbagai! Lauk saja ada sambal sotong, daging masak lemak dan ayam goreng. Ada juga gereh [ikan masin dalam bahasa jawa]. Sayur, kacang panjang goreng. Juga penaik selera, sambal belacan. Dan kosnya? Percuma! Memang puas sungguh makan petang tu. Dah lama tak makan sesedap tu :)

Sempatlah kenal dengan beberapa ahli yang baru saja nak belajar tentang MyMode ni. Seronok rasanya bila dapat bertemu dengan mereka yang dalam bidang yang sama dan boleh berkongsi banyak cerita dan pengalaman.

Sebab ia cuma iftar dan tak ada plan untuk buat perjumpaan rasmi, maka pertemuan ini jadi dari selepas asar ke akhir maghrib saja. Harap boleh berhimpun lagi, kawan-kawan baru!

2 comments:

fami said...

sambal sotong tu mmg sedap kan mira? :)

dapat jumpa dgn orang prepaid 4 u dan bertukar2 pandangan secara bebas, adalah pengalaman yang empowering. menampakkan bagaimana kelebihan dan kelemahan sistem team dan buat sorang2 :)

apa2 pun, jumpa main dan kunfayakun, mmg bes la :)

nanti klu ada event2 cani lagi kita leh la jumpa orang prepaid4u yang lain lak kan mira :)

joharin said...

Betul tu...saya pun belum pernah sebenarnya pergi and join mana-mana meeting mymode...berbekalkan myrewards plan jugak hehehe

MyMode | Prepaid4u | Maxis | Celcom | Digi | Kerja | Hotlink | Kerjaya | Duit | Perniagaan