Monday, September 24, 2007

who let the dogs out??!

Semalam lepas balik ke Haleemah dari iftar di masjid, saya kena kepung dengan 6 ekor anjing. Teruk kan??

Masa nak turun bukit ikut tangga yang selalu saya lalu, saya tak fikir yang bukan-bukan walaupun dah seminggu setiap malam sebelum tidur, saya dengar salakan anjing sahut-menyahut. Confident je boleh sampai bilik dengan selamat.

Masa lalu di tangga tu, ada sisters di tingkat atas blok dok buat suara anjing. Menyalak. Saya tertanya-tanya, kenapa dengan dia ni? Saya terus jalan.

Sampai je kat anak tangga yang terakhir, saya dengar salakan anjing. This is for real. Tak macam suara orang yang dibuat-buat. Dalam hati dah.. alamak..

Tiba-tiba, berduyun-duyun anjing datang berlari ke arah saya. Saya sempat tengok sekali imbas tapi terus berpaling. Tak nak tengok. Takut. Tapi kaki saya? Saya tak tahu nak buat apa. Nak lari karang dikejar. Tapi kalau duduk diam, takut dihambat je nanti. Jadi? Saya berjalan pelan ke koridor blok. Dalam hati dah berserah saja. Jika diterkam memang dah tak boleh nak buat apa...

Sisters yang di tingkat atas dah menjerit macam nak halau anjing-anjing tu. "Hoi!!" Ada yang dok mengira. "Satu, dua, empat, ENAM! Banyaknya..." Dan agaknya dalam hati masing-masing dah, "Habislah sister tu..."

Tak tahulah sergahan mereka di atas berkesan atau tidak, tapi setelah sekian lama jika dikira jarak dan kelajuan anjing-anjing itu berlari, mereka tak terkam saya. Saya toleh sikit dengan kadar yang sangat perlahan. Mereka dah berpecah..

Ya ALLAH, Alhamdulillah... Walaupun anjing-anjing tu terus menyalak...

Saya terus berjalan ke blok saya. Ketar. Takut. Cuak. Tengah bayangkan apa yang jadi jika betul saya kena serbu. Dan apa sebenarnya yang mematikan niat mereka? Atau, adakah sebenarnya mereka cuma mengagah, memang tak bertujuan nak terkam pun? Atau, mereka nak halau saya dari 'kawasan' mereka?

Kawasan mereka??

Dulu, dalam 2 tahun lepas, saya pernah juga ada pengalaman yang sama. Anak-anak anjing bersepah-sepah di Haleemah. Saya terus mesej Pakdi, dan Pakdi forwardkan pada abang Rosyied.

Esoknya, terus ada orang datang tangkap anak-anak anjing tu. Sayangnya, ibu bapa anak-anak anjing itu masih berkeliaran. Lepas tu? Saya tak ingat apa yang jadi.

Baru-baru ni [dalam awal sem ni], saya terserempak dengan 3 ekor anjing besar di Kulliyyah HS, bersebelahan sungai UIA. Bila nampak saya, ada seekor yang berwarna putih menyalak dan datang menghampiri. Saya dah cuak. Tapi ada seorang sahabat ni menyalak semula pada anjing tu. Dia lari!

Ni dah sampai 6 ekor! Agaknya, tahu 3 ekor masih dapat kami tewaskan, mereka panggil lagi geng yang lain.

Haih, sampai bila UIA nak jadi sarang anjing-anjing liar? Boleh tak sesiapa tolong selesaikan masalah ni? Ini bukan cerita 102 Dalmatians!



[Nak report dalam KOSMO!? Dah pernah dah ada orang buat. Bukan saya].

3 comments:

pakdi said...

byk lagi ek anjing2 liar di uia?

monyet ada jugak tak? bro mahallah monyet pun ada. monyet betul. kalau monyet kacukan tu mmg berlambak :P

abdfatah said...

fuyoooooo.... kena kepung wooo? takpe hentam aje dengan karate kalo jumpa lain kali... miahahahahaa...

oh maaf saje je nak singgah sini kejap...

mira said...

monyet.. hmm.. setakat ni tak nampak. tapi monyet bolehlah tahan daripada anjing, pakdi... :(

[pakdi ni, kalau entri yang ada nama dia je, mesti dia mai. dah tau trik dah. hehe]

karate abdfatah? jakie chan boleh la kot :)