Friday, September 07, 2007

boo!

Aduila, kena sergah pula pagi ni.. Belum kena marah ke apa dah panas kepala rasa nak menangis.



Pengalaman. Kerja part-time lab assistant di female lab ITD. Dah lama, mula 2 sem lepas. Sem ni genaplah setahun. Tapi banyak lagi benda yang saya terlepas pandang. Tugas yang tak sempurna. Sebab kami tak diberitahu pula apa sebenarnya job scope. Tak tahu yang satu tu pun kena perhatikan. [Mulalah nak salahkan orang lain].

Salah saya, saya tahu. Saya ni jenis pendiam. Abang Robot kata saya shy girl. Masih lagi. Walaupun sendiri rasa ada peningkatan berbanding di sekolah dulu. Jadi, saya ni kurang nak bertanya. Orang kata malu bertanya, sesat jalan. Kenalah tanggung. [Macam manalah teruknya malu Mira ni di sekolah dulu ya?]

Lepas tu, mulalah dah tak senang duduk, rasa nak berhenti kerja. Eh, mana boleh! Ni kan juga latihan untuk masa depan? Baru jadi lab assistant dah tak boleh tahan, macam mana nak jadi progranmmer yang kena berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang nak itu nak ini? [Ai, ingat, programmer berurusan dengan komputer je ke?]

Banyak lagi pengalaman [sebagai cikgu] yang saya perlu ambil sebelum mula tempuh dunia pekerjaan sebenar. Kena didik supaya besarkan hati, lapangkan dada dan minda terima sergahan-sergahan orang. Sebab semua orang perlu mula dari bawah. Orang bawah selalu kena 'ragging'.

Jadi, kepada adik-adik dan kawan-kawan yang belum masuk alam pekerjaan tu, saya galakkan cari pengalaman bekerja dulu. Di samping boleh letak dalam resume, boleh juga belajar pasal diri sendiri, mana lebih, mana kurang. Yang kurang tu kena perbaiki supaya jadi kelebihan juga.

Setiap hari adalah pengalaman. Pengalaman jadikan pengajaran. Just take it.

[Dah rasa gementar. Macam manalah nanti. Ni yang nak kena jadi bos ni.]

2 comments:

Robotys said...

Hahaha!

"Org yg mampu mengetawakan dirinya sendiri adalah seorang yg 'besar' hatinya"

You are not that shy anymore...

Hahaha!

mira said...

eh, ada falsafah macam tu ya? saya ni dah berhati besar? alhamdulillah.. tq abang robot! ^_^

[p/s: tapi seganlah saya abang baca entri ni. huhu~]