Wednesday, February 18, 2009

mesyuarat dan experimenting life

Saya suka mesyuarat kerja apabila mesyuarat itu dapat...

1. Memberitahu saya perkembangan semua kerja semua staf syarikat/bahagian tempat saya bekerja.

2. Mengeratkan silaturrahim antara saya dengan rakan-rakan sekerja yang lain.

3. Memperkenalkan saya kepada barisan penjawat tertinggi syarikat lebih-lebih lagi jika dapat berhubung secara terus dengan mereka. Networking!!

4. Memberikan saya suntikan semangat untuk meneruskan khidmat dalam tugas yang telah diberi berbanding senyap dan buat kerja sendiri.

5. Memberi peluang kepada saya mengutarakan apa yang ada dalam kepala untuk diluahkan.

6. Memberi saya tugasan yang tak ramai yang boleh buat.

7. Melibatkan semua individu yang ada untuk menjadi diri masing-masing dan menghargainya.



Jika sesuatu mesyuarat mengandungi kurang perkara-perkara ini, maka saya tak suka mesyuarat. Banyak berlaku dalam kelab dan persatuan semasa belajar dahulu. Iyalah, semua masih belajar. Jika bukan dari situ, tak akan dapat mesyuarat yang lebih baik pada masa kerja.

Setiap fasa dalam hidup saya memang berbeza-beza. Malah, antara 2 pekerjaan yang telah dan sedang saya lakukan pun amat jauh bezanya.

Yang satu saya bermula dengan seorang pelatih (junior) dan bertatih dari bawah, belajar sedikit demi sedikit. Yang satu ini pun belajar sedikit demi sedikit juga, tapi terus dapat jadi ketua. Maka, saya perlu jadi lebih waspada atas segala tindakan.

Yang satu ini di kalangan staf hanya panggil nama (kecuali bos besar). Canggung juga apabila pertama kali memanggil lelaki yang lebih berusia umurnya (beza setahun dua) dengan nama sahaja. Tapi mungkin lebih pelik jika ada 'abang'! Yang satu ini pun memang tak ada 'abang'nya, tapi ditambah dengan panggilan pangkat mengikut gred.

Setiap yang gred lebih rendah akan menunjukkan hormat dalam panggilan kepada penjawat gred yang lebih tinggi. Ini sukar untuk saya, sebab yang sejawat, yang boleh bersaya awak cuma seorang. Itupun lelaki. Dan telah berumah tangga pula. Sebab itu saya mahu berkawan dengan semua yang di bawah saya seolah-olah tak ada perbezaan gred. Tapi saya tahu, ia agak sangat mustahil. Dalam satu unit, apatah lagi antara unit yang berbeza.

(Saya bakal menjadi satu-satunya staf yang bujang dalam unit ICT. Bertambah sunyilah nanti)

Mesyuaratnya pula berbeza dari segi penyertaannya. Yalah, saya antara pegawai kerajaan yang paling muda. Jadi, apabila 2 mesyuarat luar unit yang telah saya sertai dalam 2 hari lepas kebanyakan pesertanya ialah orang dewasa yang berpangkat, patutlah saya merendah diri dan rasa gemuruh. Walaupun dengan hanya menjadi pendengar. Di sini, saya memang membawa diri sendiri dan belajar daripada pengalaman saban hari.

Pegawai Teknologi Maklumat is yet to be experimented. By me myself.

3 comments:

Anuar Manshor said...

Tentu ada makan-makan!

intanmaria said...

i tak suka meeting

kebanyakkan meeting..solution tak nampak..
but alot 'rubbish' output yang dapat..

one more things..off course la..makan time!
=D

Husaini Ibrahim said...

Teringat ucapan (bekas)YB Dato Malik Mohd Hanafiah, (bekas) Exco Pendidikan Perak ketika merasmikan Hari Anugerah dan Penyampaian Hadiah di sekolah saya kira-kira 8 tahun lalu menggantikan MB Perak ketika itu Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali, beliau,

"Mesyuarat ini bukan tempat berbincang, mesyuarat ialah tempat membuat keputusan, kerana itulah Dr Mahathir dalam sehari beliau boleh menghadiri 5 mesyuarat."

Hmm...Patutlah mesyuarat kita lama dan berjela-jela, tapi dalam persatuan dan gerak kerja program, itu perlu,kan Mira? Saya tak pasti, Mira lebih berpengalaman ;-)