Tuesday, September 14, 2004

bicara dilema

Ada orang berdiri di hadapan bendera hijau
Ada orang berdiri di hadapan bendera merah
Siapa yang berdiri di hadapanku mendengar bicaraku?
Di manakah aku...?

Ada orang perjuangkan ISA
Ada orang perjuangkan SAR
Siapa perjuangkan makmal komputer untukku?
Di manakah aku...?

Ada orang bertepuk tangan untuk Mahathir
Ada orang bertepuk tangan untuk Anwar
Siapa bertepuk tangan untuk kejayaanku?
Di manakah aku...?

Ada orang menangis kerana kalah besar
Ada orang menangis kerana menang besar
Siapa menangis untuk kesedihanku?
Di manakah aku...?

Ada orang ingin Islam ekstimis
Ada orang ingin Islam madani
Siapa ingin bantu aku jadi Muslimah sejati?
Di manakah aku...?

Salahkah mereka? Salahkan politik?
Mungkin mereka tidak salah
Cuma tidak kena pada masa
Cuma tidak kena tempat
Bukan ketika ini dan bukan di sini
Tapi...
Di sinilah aku...
Taman ilmu dan budi...

Suara REVO suara KITA
Ayuh... terus bersuara!

Petikan risalah Edisi 1 REVO (Revolusi Kebangkitan Mahasiswa)

No comments: