Tuesday, September 28, 2004

selamat hari lahir



Terima kasih, opps, trimas! atas ucapan-ucapan selamat sempena hari lahir saya. Amira Hariyati telah mengakhiri dekat ke-dua hidupnya. Amira Hariyati telah dua puluh tahun mengisi perut dunia.

Terima kasih atas panggilan² telefon; Nurul, Faizal [yang pertama dan mungkin terakhir yang beri kad hari lahir juga untuk tahun ini], Naja [yang turut beri hadiah], Paan, dan Sidek [call 3 saat].

Terima kasih atas mesej bergambar yang comel-comel belaka; Mazni dan Saleh.

Terima kasih atas mesej-mesej ucapan; Yonn, Abang Nazri, Dalela, Hakim [my twin brother from MRSM], Amizah, Nawa, Amran [abang tersayang ;) ], Puden, Janna, Jannah, Suzanna, Aswa, Hasnah, Rusnaini, Azni, Kak Shishi, Kak An, dan Pian [paman yang paling best].

Dan terutama, terima kasih banyak, bohot² syukria, syukran kasira, thank you very much kepada sahabat saya, Azlimi [a.k.a m-- t--- ;p ] kerana setia menyambut hari istimewa yang hanya sekali setahun ini dengan McD [baik giler!] dan hadiah [terharu maa!]. Siap bawa jalan² ambil angin malam di luar kampus jam 11.30. Maaf ya, tak pernah sediakan apa² yang istimewa buat Amy. Jahat sungguh!

Terkenangkan ingatan sahabat-sahabat untuk diri ini buat aku rasa amat terharu. Cuma nostalgia lampau semasa di matrik lebih meriah. Tiada tolok bandingnya. Kami menyambut hari lahir hampir semua kawan-kawan rapat [yang dulunya -- dan sekarang -- aku rapat dengan rakan-rakan yang pernah mengisi kelas-kelas kursus Sains Fizik -- atau sekarang, Sains Matematik]. Dengan kek dan lilin, dengan cahaya kamera dan sinar ucapan, dengan riuh dan sebak... ahh, sungguh rindu akan kenangan lalu...

Ya, consider, 28 September 2003 bermulanya percutian akhir semester 1 di matrik, sedang sekarang, masing-masing sedang menyiapkan persediaan untuk berperang dalam peperiksaan akhir semester ini.

Apa-apapun, terima kasih kepada yang mengingati...

* * *


Amira Hariyati -- Puteri yang Layak

Layak benar aku menjadi seorang puteri? Atau pemimpin?

Sepatutnya begitulah. Nama membayangkan tuannya.

Hari ini, aku berdiri sendiri. Aku masih punya akar dan tunjang, namun batang hidup sudah mula mampu menyokong beban.

Peristiwa sehari² menjadi penyokong untukku memaksa diri menjadi lebih berani.

"Cuma Amira Hariyati, namamu bermaksud 'pemimpin'. Maka luaskan pandanganmu dan usah mudah hirau kata orang. Ingat Mira, manusia paling sibuk berkata orang lain adalah manusia yang akan paling sikit menolong orang. Kerana dia sudah letih bercakap, maka sedikitlah dia berbuat."

Kita harus punya pegangan sendiri. Bukan sentiasa berubah setiap kali bertemu situasi berbeza dan pandangan berlainan. Jumpa orang ini ke kanan perginya, dengan orang itu, ke kiri pula.

Memang bukan mudah, tanpa ilmu dan tafsiran perilaku manusia. Yang penting, kita bersedia belajar dan menerima teguran. Belajar dari mereka dan belajar dengan apa yang ada pada diri sendiri.

Percaya pada hati. Yakin pada naluri. Bukan diikut pada perkataan demi perkataan yang kita sendiri tidak nampak hujung pangkalnya, tidak pasti salah benarnya.

Dan kepercayaan dan keyakinan yang pasti itu walau ditentang seratus satu, suatu hari akan berbuah hasil menyenangkan apabila cahaya kebenaran terserak.

Apabila suasana menular terang tenteram [walau terasa muak dan terjeluak akan waktu yang terasa tak pernah luak], ya, orang akan sedar, orang akan akui, kita adalah pemimpin yang sebenar!


Sahabat, aku masih banyak kurangnya. Masih banyak yang perlu dipelajari. Kerana hidupku baru saja bermula, sedang kau hanya menunggu masa menggapai tahap kewarasan maksimum. Maafkan aku kerana jika dengan menurut kehendak akibat tekanan, kau yang sengsara. Maaf jika aku mengganggu hidupmu [saya tak akan kacau lagi]. Cuma mahukan keadilan dan keharmonian, tiada hipokrasi, tiada talam dua muka. Walau hanya semata-mata untuk menjaga perasaaan...


Selamat hari ulangtahun kelahiran, Tuan Puteri...


# Ada apa dengan perasaan? Persetankan!

No comments: