Friday, September 03, 2004

bulan²

Baru² ini aku mula perasan. Yang aku pun mudah terpengaruh dengan 'bulan'. Kedua² 'bulan mengambang'. Bulan mengambang penuh semasa pertengahan bulan mengikut kalendar Islam, dan dalam satu dua hari sebelum hadirnya masalah 'bulan² perempuan'.

Aku mudah terikut² dengan emosi yang tak stabil.

Lebih kronik apabila kedua² 'bulan' mengambang serentak!

Aku jadi bingung. Sedikit hilang akal. Tak tahu langsung pucuk pangkal kenapa tiba² mengalirkan air mata. Sebak sangat.

Dan aku yang 'kuat' ini pun dengan mudah mengambil keputusan pada saat² akhir untuk ponteng kelas! [contoh tak baik -- jangan ikut!]. Mood untuk belajar tiada langsung beb!

Amy a.k.a. 'mak tiri' yang selalunya dominan atas keputusan dan pemikiran aku pun terdiam mengiyakan kata² aku. Seram agaknya dengan muka mencuka aku. Dia ke kelas berseorangan hari itu ;p

Aku teringat kata² Dr Fadzillah Kamsah. Mengapa harus berduka dan bosan jika kita boleh ceria! Oh, Dato' tak faham agaknya situasi perempuan yang tak sepenuhnya mampu diselamatkan dengan motivasi :)

Tapi aku cuba. Pulang ke bilik, aku cari 'butang hijau' aku [slanga Dr Fadzillah untuk sesuatu yang boleh mengembalikan keceriaan seseorang].
Mula² nak mencapai walkman, perdengar lagu² nasyid. Ah, tak jalan! Serabut! Kenangan hiba banyak sangat. Makin lebat nanti. Apa lagi, tidurlah!

Nasihat mak semasa aku di MRSM dulu lagi best. "Awak kan suka tidur. Dah tension tu, tidur sajalah." Hehe, kantoi!

Tapi sekarang, 'butang hijau' yang bertambah dalam senarai agak menyeramkan. Aku jadi suka makan apabila emosi tak stabil. Belajar dari Nordin Bulilah ni! Eh, tak boleh diteruskan! Bahaya. Sebab Dr Fadzillah kata salah satu tarikan utama orang perempuan pada lelaki ialah wajah dah bentuk badannya. Kalau tak jaga, macam mana nak jadi pencuri hati terhormat? :)

...

Kenapa ya? Bermula semester ini saja aku jadi lebih mudah terikut dengan emosi. Sebelum ini, aku hampir tak pasti akan adanya perbezaan antara masa² itu dengan masa² lain. Sama saja. Kalau ada pun cuma letih tak letih saja.

Sudahlah demam selsema mudah menyerang. Imun aku makin rendah, makin tak berdaya melawan kuasa luar. Baru kebah, mula sakit tekak semula. Bila dah sakit tekak mulalah membawa ke batuk², selsema, dan kemudian demam. [Kronologinya aku dah hafal :) ]

Nak kata aku tak cukup motivasi, dah 4 kaset Dr Fadzillah Kamsah aku beli, aku dengar, siap pinjamkan pada rakan². [promosi nampak!] Takut² aku jadi lebih hebat daripada mereka yang ambil Human Sciences majoring Psychology. Hehe.. jangan marah ya Yan dan cill.

Eh, tiada apalah. Perkara kecil saja. Mira kuat! Budak MRSM mampu cari ubat sendiri. Chaiyo'! Chaiyo'!

[Tapi, perempuan tak boleh terlalu nampak berdikari. Boleh bijak, tapi tak boleh menunjuk² kebijaksanaannya. Lelaki suka perempuan yang perangai kebudak²an (bukan memang jadi budak² tau!) sebab mereka suka untuk jadi pelindung, jadi hero pada perempuan]

Oh, satu lagi. Orang yang sakit susah nak sembuh jika asyik bercakap mengenai penyakitnya. Kena positif dan tabahlah sikit [perempuan biasanya lebih tabah hadapi sakit berbanding lelaki]. Jangan ditegur² penyakit tu. Bawalah beramah mesra dengan rakan². InsyALLAH cepat sembuh!


# Teruskan membaca. Akan ada lagi² petua² best dari Dato' Dr Fadzillah Kamsah, pakar motivasi negara, yang ada kena-mengena dengan topik :)

No comments: