Sunday, March 06, 2005

malam damai kasih

Huhu~!

Pertama kali ke konsert nasyid tanpa bawa kamera :( Show of the Year lak tu [diorang la kata].

Malam Damai Kasih anjuran Institut Al-Quran Malaysia mempersembahkan Hijjaz, In-Team, UNIC, dan Mestica.

Untuk UNIC, ini kali pertama aku saksi penampilan ahli baru mereka, Fazli yang menggantikan Wan Shah, ahli paling pemalu [rindu Wan Shah!]. Dan penampilan pertama Fitri setelah bergelar bapa :) Mereka bawa lagu baru semuanya, termasuklah lagu Insan Bernama Kekasih [ada yang dedikasi lagu ni pada aku dalam Friendster -- huhu~!]

Pengumuman: Album baru UNIC akan di pasaran 10 Mac ini!

Hijjaz pun bawa lagu baru dari album Damai. Bila dah dengar banyak kali, menarik juga, berbanding dengan masa pertama kali dengar dulu [jadi antara yang petama beli kaset tu!].

In-Team, bawa penampilan menarik apabila setiap seorang daripada mereka memakai pakaian yang dipakai untuk keempat-empat kulit album yang pernah mereka keluarkan; Kasih Kekasih [Hazamin], Impian Kasih [Shah], Damba Kasih [Rahim], dan terbaru, kemeja melayu merah, kulit album In-Team '04 [Suhaimi].

Apa yang aku boleh kata pasal Mestica pula, kedua-dua lagu mereka, Yang Abadi dan Destinasi Cinta masih menguasai carta hati aku. Memang insaf sangat dengar lagu diorang [sehingga tiada tempat untuk Kalimah Cinta In-Team yang pernah jadi siulan].

Turut berkongsi pentas malam itu ialah Imad, artis solo nasyid popular dari Lebanon [aku dapat autograf dia :) ]. Atas pentas, sempat lagi siapkan satu khat yang telah berjaya terjual malam itu juga dengan harga RM5000 [!!!]

Aku yang di belakang [sebab tak sempat di depan -- orang ramai gila seh!] sempat mengerling dua sister yang menghampiri audio system controller [yang pun masih di hadapan aku].

Apahallah yang sibuk sangat berdiri depan yang tak bernasih baik dapat tempat di belakang ni.

Sekali... mak! Waheeda ke? Dalam gelap dewan, terkesanlah identitinya melalui pemakaian tudung yang lain daripada budak-budak UIA. Tapi, dia di situ sebentar cuma, terus keluar selepas bertemu DJ Erwan IKIM.fm. Mungkin sebab tiada tempat duduk.

Serius, hal tempat duduk ni... sebab konsert ni dapat sambutan yang sangat menggalakkan. Sampai abang Radziq yang ke tingkat atas pun terpaksa berdiri. Jam sembilan, diorang dah tutup kaunter sebab tiket dah habis...

Kawan yang seorang tak dapat lagi tiket masa tu. Tapi diorang bawa tiket lagi. Yang berduyun tak dapat masuk lagi [kebanyakannya orang luar] dibenarkan masuk dengan tiket yang dah turun ke RM6 untuk pelajar [yang sebelum ini RM 8] tapi tiada tempat duduklah. Jadinya, bersihlah lantai CAC dengan dilap baju yang lagi kurang nasib baiknya daripada aku.

Alahai, CAC ni masih tak cukup besar untuk konsert besar macam ni. Mungkin sebab HME yang buat persembahan, sebab sedang Karnival Amal Tsunami yang ada Rosyam Nor hari tu tak penuh pun. Baguslah. Menunjukkan nasyid makin ada tempat di hati masyarakat Malaysia, terutama kanak-kanak.

Yang hairan, bila diorang buat konsert free, takde pula yang berebut ambil autograf + bergambar [ie. masa Convest lepas -- sebab tu senang-senang aku dapat bergambar dengan Fitri dan Wan Shah]. Nak manfaatkan wang yang dibelanja agaknya.

Rindu dengan konsert-konsert di matrik. Tak pernah penuh [terutama di bahagian brothers]. Ada saja peluang untuk bergambar. Untuk konsert kali ini, penonton siap dinasihatkan supaya tak berada di hadapan pentas untuk mengambil gambar artis semasa membuat persembahan kerana bimbang mengganggu yang sedang duduk.

Dan di matrik, konsert-konsertnya lebih meriah sebab... aku ada kawan yang nak ikut sama kongsi minat dengan aku. Di sini... susahnya. Aku tahu, kami memang payah nak rapat di sini, buat aktiviti sama-sama macam dulu, nak-nak sekarang hampir musim peperiksaan [tapi tak periksa pun diorang tetap susah nak luang masa -- tau, diorang jurusan lain, dan tak sama jadual :( ]

Tak bermaknalah nak gembira-gembira bila kita bersendiri. Itu kata aku. Mungkin ada yang bidas, sebab kau tu dah terlalu bergantung dengan kewujudan sahabat! Sebab tu, sebelum Amy ubah keputusan nak teman aku ke konsert, dah takde hati nak teruskan minat aku [hadiri setiap konsert nasyid di UIA ni lah...].

Kalau sorang-sorang, lagi banyak agaknya aku mengomel sebab terlalu ramai orang dan terpaksa duduk di belakang. Sebab ada Amy, jadi tak kisah, asal dapat bersama dia [macam kekasih pula, ahaks!], nyanyi bersama dia [baca: pengaruhi dia minat nasyid ;p ].

Ah, semua pun sebab Sahabat Sejati...

Aik, diorang ni... guna gitar juga? Tapi kalini, tawar pula nak sakit-sakit hati lagi. Sebab yang menggunakannya kali ini, mereka yang aku percaya, mereka yang aku yakin ilmu agamanya. Mungkin sebelum ini aku yang salah. Mungkin aku cuma pernah terima bulat-bulat apa yang pernah disuapkan pada aku sekian lama. Aku pun jadi... biarlah...

Jadi keliru benar antara yang haq dan batil. Kerana aku ini, ilmunya tak tinggi mana. Yang ada pun tak berapa yakin salah betulnya.

Asalkan kita jelas yang mana terangan halal dan yang mana terangan haram mengikut kalimah ALLAH. Yang syubhat dan banyak khilafnya sehingga tak dapat diputus pasti sehingga hari ini, jika tak mampu dielak, terima saja, asal untuk tujuan baik. Baru hati boleh tenang [betul ke langkah aku? ]

Mereka bernasyid, bukan ber'banging' [baca: berbangang].

Satu komen lagi. Kenapa bila ber'iipac', kita bebas berseluar [untuk sisters] dan berblaus, walau ada yang tak cukup syarat. Tapi bila bernasyid, semua bertutup litup [tak tahulah orang yang sama atau lain jadi penontonnya]. Begitu juga komiti. Bila ber'life quest', semua ber'make up' sakan. Bila sampai pada nasyid, semua tudung labuh, berjubah.

Pergh! Aku juga jadi pemerhati. Untuk kedua-dua 'jenis' acara.

# Tak sabar menyaksikan konsert Mirwana pula. Yup, Hikmah Kembara dan Aku tanpa Cinta-Mu! Mestinya lebih mendapat sambutan sebab saham mereka dah naik sejak menang anugerah ERA dulu. Di nasyeed.com sendiri, kolum mereka punya paling ramai posters.

No comments: