Thursday, March 10, 2005

Otak tikus seperti manusia

NEW YORK: Ahli sains Amerika Syarikat mahu mencipta tikus yang mempunyai otak yang sama dengan manusia berikutan kejayaan menghasilkan tikus yang mempunyai otak mengandungi satu peratus sel manusia.

Bagaimanapun, penyelidikan itu mungkin akan mencetuskan dilema etika penyelidikan dan perubatan dunia.

Akhbar Britain, The Telegraph semalam melaporkan, dalam satu projek sains paling kontroversi pernah dijalankan, sekumpulan penyelidik di Lembah Silikon di California bersiap sedia untuk menghasilkan tikus yang memiliki otak yang dihasilkan daripada sel manusia.

Penyelidik di Universiti Stanford sebelum ini sudah pun berjaya membiakkan tikus yang satu peratus daripada otaknya adalah sel manusia.

Dalam pelan selanjutnya, mereka merancang menggunakan sel tunjang daripada janin yang digugurkan untuk mencipta haiwan yang mempunyai 100 peratus sel otak manusia.

Profesor Irving Weissman yang mengetuai kajian itu berkata, beliau percaya tikus mungkin dapat memecah kebuntuan dalam usaha memahami bagaimana sel tunjang mungkin boleh merawat penyakit seperti Parkinson dan Alzheimer. – Agensi

Berita Harian, Isnin, 7 Mac 2005

No comments: