Dah lama tak menulis. Seperti biasa jadikan fikiran tak teratur, lupa banyak benda. Sebab tak diingatkan dengan penulisan-penulisan berbentuk tazkirah seperti ini. Iya, tulisan ini bukan saja untuk kalian, pembaca semua, utamanya juga untuk saya sendiri.
Jika di asrama dulu, pengisian rohani memang jadi rutin harian, tiap kali selepas solat Maghrib. Tambah dengan bacaan Mathurat setiap petang langsai Asar dan juga bacaan Yasin setiap Jumaat, malam Sabtu. Hidup ketika itu kurang bebanan yang berpunca kurang hidayah dan rahmat Tuhan.
Tapi sekarang, dengan hidup yang diurus sendiri, kurangnya pengisian itu yang membebankan hidup kita. Sungguh, ketiadaan 'perkara yang memerlukan masa' itu menambahkan membebankan kita.
Cahaya dalam hidayah itu meringankanya. Kena cari sendiri. Kesimpulannya, tazkirah memang perlu ada. Tak dapat, kita akan lupa agama sebagai cara hidup, sedikit demi sedikit.
1 comment:
saya sokong kata2mu...kena cari. hidayah itu paksinya iman dan ilmu, tak sungguh2, bgmn nak Allah beri...
Post a Comment