Friday, October 05, 2007

iftar 4

Buat kesekian kalinya, saya berbuka puasa di masjid. Suasana kali ini kurang mendamaikan daripada biasa, walaupun petang tadi hujan renyai-renyai. Hujan rahmat hari Jumaat pada bulan Ramadhan.

Kenapa kurang mendamaikan? Sebab saya saksikan adegan yang kurang menyenangkan pada hari ke sepuluh terakhir Ramadhan. Yang hadir berebut makanan!

Nasi yang terhidang memang dah sedia ada di depan mata. Tapi bila ternampak saja nasi dalam bekas plastik yang masih elok di dalam plastik merah yang besar tu, ada yang jadi tamak. Ambil dahulu untuk dibawa pulang, konon yakin pasti berlebih dan dah tak ada siapa yang akan datang untuk sajian berbuka.

Ada yang tanya, "Yan, boleh tak ambil nasi?"

Along dah jawab, tunggu nanti. InsyALLAH, ada berlebih. Semalam ramai yang ambil sampai habis, belum sempat berbuka pun. Hari ni nak kena sekat dulu.

[Yan dan Along ialah orang yang sama]

Mereka tak dengar, Along. Along pergi saja, mereka ambil nasi itu. Malah, ada yang dah ambil 2, ambil lagi satu. Bukan saja orang yang tanya tu ambil awal, malah yang di hadapan dan sebelah kiri pun sama. Jika ada yang di belakang, ambil juga agaknya. Mujur belakang kita dinding.

Saya tertanya-tanya sendiri, "Kebulur benar mereka ni? Jika pun nak ambil lebih untuk bawa pulang, ambillah satu seorang. Ini sampai berkotak-kotak. Buat jariah beri satu bilik makan agaknya."

Masalahnya, jika mereka buat begitu, ada yang turut hadir di masjid tak dapat bahagian masing-masing. Sepatutnya, dahulukan mereka. Hadiah, sebab sudi ke masjid. Yang tak datang tu agaknya dah kenyang, sedap-sedap berbuka dengan makanan berplastik-plastik yang dibeli di bazaar atau kafe mahallah.

Dahulu, waktu awal-awal Ramadhan, waktu makan roti pun kami segan-segan nak ambil lebih daripada yang sepatutnya diperuntukkan untuk setiap seorang. Jadi, makanlah kami sebuku roti dengan semangkuk sup. Tak tergerak langsung nak ambil lebih, kecuali jika dipelawa.

Pada hari pertama berbuka dengan nasi pun begitu. Alhamdulillah, dapat jamu makanan ruji. Kenyang berbuka malam ni, tanpa perlu bayar walau sesen. Jika ada nasi lebih, alhamdulillah, boleh buat sahur.

Tapi, yang dijamu waktu Maghrib ialah untuk berbuka. Sahur ada menunya sendiri. Janganlah ditamakkan dulu nasi tu!

3 comments:

Anonymous said...

Ish. Kalau saya, time ada roti tu dulu la yang saya pi amik. Hehe. Roti arab tu mengenyangkan. Sedap walaupun keras.

Cecah ngan air milo waktu sahur.

Mentor_ulung said...

saya takda komen :)

rezeki milik Tuhan, umat yg pandai2 di kampus dah bleh fikirkan :)

saya riang melihat shbt2 saya bersama2 iftar, shabt2 makan, gelak ketawa..imarahnya :)

Fahmi Mahat said...

makanan memang rezeki. tapi rezeki itu perlu lah yang halal dan tayyib. halal saja tak cukup :)

tayyib itu termasuklah makan tidak berlebih2an. kalau dah amik sampai 3, 4 bungkus sorang, pe cer? :J

ada satu hari yang saya datang iftar, kawan cerita, waktu nak solat, dia ternampak kawan lain bergaduh2 nak pass makanan yang lebih,

" eh, amiklah, aku amik lebih ni"
" tak nak la, tu la, sapa suruh amik lebih, ko ni"

last2, kwn saya pegi ke situ, ckp,

"takpelah, bleh bg saya kalau awak tak nak"

dan kawan saya buat makan sahur :)

susah gak hidup kat negara yang terlebih makanan ni kan?

jangan lupa, semut mati bukan sebab tak cukup gula, tapi sebab terlebih :)