Monday, June 09, 2008

mirwana - faizal tahir - rock

Mengenang apa yang dibangkitkan oleh kawan saya, Ajen tentang muzik rock dan penyampaian dakwah kepada peminat muzik itu...

Saya sedar yang nasyid juga mempunyai variasi rentaknya. Ada yang slow, ada yang pantas. Berbeza-beza untuk menawan hati pendengar mengikut mood dan kecenderungan minat pada suatu ketika.

Saya juga begitu. Saya paling suka pada muzik world yang dibawa Mirwana. Pada ketika saya sedang bersedih, muzik jenis slow dapat layan perasaan saya. Berbeza dengan lagu lagha dari genre muzik yang lain, muzik slow nasyid dapat bangkitkan kesedaran untuk tak bersedih lagi.

Muzik laju juga, bila kena pada ketikanya, adalah satu-satu bait kata yang dapat sentuh hati, boleh jadi insaf juga.

Dalam kedua-dua keadaan, hati saya akan jadi tenang. Kerna diri akan kembali kepada fitrah mengingati Tuhan.

Daripada lagu-lagu laju yang dibawa Mirwana dalam album pertama mereka, saya sangat tertarik pada suara Faizal Tahir. Beliau memang ada suara yang sangat power. Bila beliau menyanyi, beliau dapat tarik fokus kita untuk benar-benar menghayati apa yang disampaikan. Macam Allahyarham Sudirman saya kira.



Sekiranya saudara Faizal masih terus dapat sampaikan mesej dakwah, walau dalam genre rock sekali pun, alangkah indahnya. Alangkah kuatnya terasa syiar Islam ini. Sebab ternyata beliau punya pengaruh yang sangat kuat sekarang. Sehingga saya pun dapat menerima lagu-lagu rock nyanyiannya.

Kepada yang di luar sana yang minat pada muzik rock, tapi tak mau menyimpang, anda punya pilihan. Iaitu menasyidkan lagu rentak rock. Isytiharkan anda sebagai pejuang Islam, pendakwah, tapi bergiat dalam rock, tarik pendengar-pendengar muzik itu. Biar mereka memberontak, tapi gunakan tenaga yang ada itu untuk menegakkan syiar Islam! Biar apa kata orang, asal kita nampak tujuannya.

Apa-apapun, Mirwana masih best! Klip video di bawah adala salah satu lagu yang dimuatkan dalam album kedua mereka yang bakal berada di pasaran awal tahun depan.


Andaiku Pergi

7 comments:

INSPIRASIHANA said...

Mira dan pembaca yang lain...menyentuh berkenaan faizal tahir ni...suara dia memang best...say pun suka...cuma penampilan dia yang dari hari ke hari semakin berubah...tu yang tak tahan tu...betul kata mira....faizal tahir patut jadi contoh kalau bawa mesej dakwah yang berkesan...tapi dalam keadaan dia sekarang...rasa semakin jauh...semoga dia dapat berhijrah kepada yang lebih baik...mira...saya dah masukkan blog mira dalam blog saya (paparan teman-teman) janagn lupa masukkan blog saya juga...hehe...
inspirasihana.blogspot.com (",)

mira said...

ok kak, tq ya?

Meooo Comicore Club said...

someday... apa2 pun xelok bersangka buruk ngan org... gitu2... :)

Anonymous said...

sy tertarik dgn entry ni sbb sy suke jgk mirwana especially faizal...suara dia mmg unik sgt. tp tu la, manusia ni bleh berubah mcm jgk iman kita bleh bertambh dan berkurang...its depends to dat person whether to be a good khalph or not. sy stuju dgn pndpat mira yang tak salah klo faizal still dgn rocknye tp still mmperjuangkan nasyid n actually sy sbnarnya pun lebh kepada genre rock. dan takde salahnya pun kt nak layan ape2 genre pun aslkan niat kt tu betul..daaa

INSPIRASIHANA said...

trademark yang faizal tahir sering bawa tu adalah salah....simbol tangan tu adalah simbol syaitan...sila layari web Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk maklumat lanjut...boleh klik di blog saya ye di PAPARAN INFO http://inspirasihana.blogspot.com

Anonymous said...

Ana pun minat faizal tahir gak.moga Allah merahmati hidup beliau sekeluarga..doakan Faizal Tahir kekal berpeganag pada Islam..harap Faizal tabah.

Anonymous said...

MEMANG BETUL BOLEH BERDAKWAH DALAM APA SHJ GENRE MUZIK TERMASUK ROCK TAPI AKU TENGOK FAIZAL NI BUKAN BERDAKWAH TAPI BANYAK BUAT DAKYAH SHJ TAKKAN LAH BEKAS PENASYID BOLEH SEWENANGNYA BUKAK BAJU SEPARUH BOGEL CONTENG BADAN MCMTU?MASIH NAK SOKONG KE ORG MCM FAIZAL NI? AKU RASA FAIZAL NI BANYAK MEROSAKKAN AKHLAK BUDAK & BAGI CONTOH TAK ELOK SERING TUNJUK SIMBOL SYAITAN BAGUS KE TU? FIKIRKAN