Saturday, January 01, 2005

menjejak tahun baru

"Kadangkala kita asyik salahkan mentari yang tak kunjung tiba apabila hanya mendung menjadi menyelimut cuaca. Tapi kita tak tahu bahawa ALLAH sebenarnya hendak datangkan pelangi tanda kasih sayang terhadap hambanya"
digubah daripada mesej rakan [kredit goes to Along dan 'abangnya' :) ]

Sekonyong-konyong menerima kedatangan tahun baru Masihi. Tanpa membuat sebarang persiapan diri. Bukan bermakna masih di takuk lama. Tapi perubahan itu bukan datangnya dalam sesaat dua. Perlu masa dan usaha.

Apa² pun, selamat datang tahun 2005! Dan selamat tahun baru kepada semua.

Apa yang aku rasa?

Pilu... meninggalkan tahun penuh kenangan.

Banyak persahabatan baru tercipta pada akhir tahun tersebut. Juga menyambung kembali ikatan yang agak longgar oleh keadaan dan cita².

Dan tak kurang... kehilangan teman kerana dipanggil pulang pada Maha Pencipta. Dan aku masih runsing akan kehilangan sahabat yang seorang lagi. Telefon tidak dapat dihubungi. Mesej friendster pun tak pernah berbalas... Samakah nasib mereka...?

Harapan aku, sahabat² yang masih ada ini akan kekal menempatkan aku dalam memori. Walau kita tidak bersua, ingatlah, ukhuwah itu kekal wujud selagi masih dalam ingatan.

Api sengketa itu, padamkanlah. Simbahlah dengan air kasih-sayang. Jika bukan kita yang sayang akan saudara seagama sendiri, siapa lagi yang dapat menyatu-padukan kita?

Sesungguhnya, benar kata Abang Fauzul, kita dianugerahkan satu perkara yang apabila kita meletakkannya dalam memori yang kerap keluar masuk, sering digunakan, nescaya kita akan selamat. Itulah MATI.

Selari dengan teori Dr Daniel, motivasi hadir apabila kita sedar akan penyudah setiap perbuatan.

Di mana nantinya kita? Ke situlah halatuju kita. Seperti kita belajar sekarang dengan harapan dan impian untuk bekerjaya [bekerja + berjaya], kita patut jadikan yang sama untuk alam akhirat yang Muslim patut yakin adanya dan kehadirannya.

Apa saja yang kita lakukan akan menghala ke sana. Tiada pilihan kedua.

Kita boleh takutkan hantu yang tak pasti pun ada [memang tak pernah ada] sehingga histeris ketakutan, fobia. Tetapi kenapa kita tak mampu takutkan api neraka yang sepatutnya telah sedia terpahat keyakinan terhadapnya dalam diri umat Islam? Yang nyata telah dijanjikan ALLAH, Pencipta sekalian alam nyata dan ghaib?

Lalu, apa barang membesar²kan perkara kecil sedang kita tahu apa yang patut dilakukan? Apa keutamaan yang mesti didahulukan?

Yang lepas itu sudah²lah [walau aku masih sebak mengenangkan semuanya]. Pasti jika kita cuba terima setiap ketetapan dan kejadian seadanya, 'pelangi' itu akan menyerlah ceria...

[Jika aku tak terima, mana mungkin aku mampu menulis, mana mungkin aku menggunakan akal berfikir di luar bidang pembelajaran wajib aku dan bercerita pada kalian?]

Ada sesuatu yang perlu aku sampaikan pada semua hasil perkongsian idea dan kesedaran daripada Abang Fauzul.

Kejadian alam semakin pelik dalam peredaran masa yang kian pantas. Malam menggantikan siang dan sebaliknya, semakin cepat berbanding dahulu [kajian saintifik -- maknanya peredaran planet² mengelilingi matahari mengikut orbit semakin laju]. Pelbagai pula perubahan emosi cuaca yang tidak menentu, semakin menentang normanya.

Gempa bumi dan tsunami 26 Disember lalu sebangai contoh terdekat. Tak boleh jadi, kawasan luar lingkaran gunung berapi aktif pun tak selamat daripada 'ombak jahat'. Aku belum tonton 'Day After Tomorrow' tapi mungkin boleh agak motifnya melalui keratan² cerita di iklan televisyen. Begitukah masa hadapan kita?

Ais kutub utara dan selatan kian mencair. Emeriah Arab Bersatu pula ditimpa salji.

Orang kata, "Ah, belum mahu kiamat lagi, Islam masih belum bangkit bukan?"

Oho, pandai². Ada juga input rupanya. Nak tunggu kiamat baru hendak bertaubat? Mana tahu akan 'pergi' sebelum itu lagi? Jangan lupa, tangan² manusia ni bukan bersih semua. Yang kotor itu akan senang² melumur lumpuran darah dan abu bencana ke tubuh makhluk sejenis.

Sudah cukupkah amalan kita?

Nak harapkan ibadat, solat tunggang-terbalik belum tentu diterima, apatah lagi ibadat lain [kerana solat itu tiang agama]. Nak harapkan doa anak yang soleh, anak pun tiada lagi, apatah lagi mendidiknya menjadi mukmin sejati [itupun kalau ibu bapanya menjejak dahulu]. Nak harapkan harta kebajikan, kaya sangatkah kita ini?

Apa yang tinggal?

Ya, ILMU yang disampaikan.

Di sini, aku bukanlah meminta ilmu yang aku sampaikan diiktiraf mana² pihak [kerana hanya perkataan yang dizahirkan dalam bentuk penulisan saja punya hakcipta].

Aku cuma mahu apa yang aku tahu dapat dimanfaatkan.

Ya, kita boleh bercakap secara lisan. Tetapi jika dibandingkan dengan tulisan yang dipaparkan di monitor setiap komputer seluruh dunia ATAU [yang ini menjadi poin utama Abang Fauzul sebenarnya] ditatap berbilion juta pasang mata manusia atas kajangan kertas berkepil, yang mana pilihan utama?

:)

Tulislah. Ucaplah. Sampikanlah ajaran² Muhammad saw walau sepotong ayat. Sesungguhnya, buat masa sekarang tiada yang lebih utama yang mampu membantu menyelamatkan kita di alam baqa' kelak.

Oh, satu lagi.

Saya, Amira Hariyati binti Ruzaidi, pohon dimaafkan apa jua kesalahan dan kesilapan yang agaknya masih tersimpan dalam benak saudara saudari sekalian. Sungguh² ini! Saya tak tahu sampai bila khidmat saya sebagai hamba-NYA masih diperlukan. Tetapi harapannya, saya dapat pulang ke pangkuan-NYA dalam keadaan yang paling dirindui. Sekurang2nya terlepas daripada silap sesama manusia.

Boleh kan? :)

No comments: