Wednesday, July 27, 2005

kuasa karisma

Saya tak tahu kenapa sekarang saya jadi benar tertarik pada bidang kepimpinan. Ada benarnya pakdi, bila kita nampak 'kenapa', 'apa' pun terkambus sendiri.

Apa yang kita kena buat ATAU kenapa kita kena buat?

Penting untuk jadi pemimpin. Penting untuk tidak bergantung harap pada orang lain. Penting bila kita nampak apa yang tak ramai orang nampak. Penting untuk tegakkan kebenaran, bukan biarkan tegaknya benang yang basah.

Dan penting untuk saya mencabar diri, menjadi tamsilan penuh pada NAMA sendiri. InsyaALLAH, masih dalam usaha. Sila bantu saya. Bantu saya yakin diri, bantu saya jadi bulldozer.

Baru lepas dengar ceramah abang Naim Jaafar mengenai 'Bagaimana Menjadi Pemimpin yang Berkarisma' di Mini Audi ITD tadi. Anjuran ALA sempena minggu STAR '05.

Kenapa perlu berkarisma? Jadi pemimpin saja tak cukup ke?

Pemimpin bukan setakat mengepalai atau mengetuai, tapi juga sesuatu yang penting untuk seorang pemimpin menjadi ikutan, idola, dan penghormatan. Semua itu takkan diperoleh tanpa karisma.

Orang dulu kata, karisma atau lebih disebut sebagai sinar wajah hanyalah sesuatu yang memang sedia ada dalam diri. Kalau ada, adalah, tak ada, tak adalah.

Karisma yang sebegini ada pada MAWI. Sebab dia berkarisma, dia tak perlu tunjuk dan bukti lebih banyak, tak perlu bertungkus-lumus kumpul kepercayaan orang, dia dah ada pengikut. Dia selamat sentiasa dalam tangga teratas dengan kesetiaan peminat-peminatnya terus mengundinya.

Sebab dia berkarisma, MAWI masih survive walau dalam tandingan yang kebanyakannya lebih hebat dan berbakat daripadanya. Sebab dia berkarisma, dia dituju untuk mengetuai gerakan Pemuda UMNO dan desas desusnya terus diangkat menjadi Perdana Menteri ke 6. Sebab dia berkarisma...

Apa yang MAWI dah buat? Menyanyi dan menari saja.

AP pun sama. Bukan hal kereta, tapi Ayah Pin. Sebab dia berkarisma, pandangan akal dan wahyu pengikut pun jadi kelabu. Sebab Ayah Pin berkarisma, dia dapat tubuhkan satu 'kerajaan langit' yang dirasakan mengancam kerajaan Malaysia. Sebab Ayah Pin berkarisma, dia punya banyak lagi 'cawangan' kepercayaan di seluruh negara.

Apa yang Ayah Pin dah buat? Dia selewengkan akidah orang Islam!

Nampak tak bahayanya jika ciri karisma ini ada pada mereka yang tak mampu mengawal dan menggunakannya ke arah kebaikan?

Sejak zaman kepimpinan John F. Kennedy, manusia mula mengubah mentaliti. Karisma itu sebenarnya boleh dipelajari.

Yang payahnya, nilai karisma itu tak boleh diukur. Nilai karisma itu relatif pada yang melihat. Kadang-kadang, orang yang berkarisma ni, bila dia bercakap, kita jadi tak berkelip. Jadi kusyuk dan seronok dengar. Ada satu tarikan yang tak boleh digambarkan.

Tapi, kita nampak, bila kita bandingkan semua mereka yang berkarisma, kita boleh lihat satu kesamaan. Dan kesamaan-kesamaan itulah yang kita kena kaji dan perhati, ambil contoh dan ikuti.

Abang Naim tak sempat hurai panjang pasal ni sebab masa pun tak cukup tadi. Ni nak kena tempah buku dia dari abang Fauzul nampaknya :)

Beberapa ciri individu berkarisma yang sempat diperdengarkan pada kami adalah seperti:

1. Yakin diri. Percaya pada kelebihan yang yakin bahawa dia itu penting.

2. Keyakinan yang kuat dalam menyampaikan ide. Perkataan yang digunakan tak terlalu teknikal dan boleh difahami kebanyakan orang.

3. Cergas dan bersemangat. Sentiasa berada dalam keadaan bermotivasi dan cuba memotivasikan orang lain.

4. Mudah dan tulus dalam meluahkan apa yang dirasa.

5. Kemahiran komunikasi dan pemilihan penggunaan perkataan yang baik.

6. Bijak membina dan menilai imej diri -- seperti yang dilihat oleh orang lain.


Mudah-mudahan, saya berjaya dalam cabaran yang dibina sendiri ini.

4 comments:

Anonymous said...

Salam amira, Blog saudari mempunyai 'karisma' tersendiri! Tahniah! Akak baca tanpa henti selama sejam, bagus betul nukilan. Matang jika dibanding umur yg masih muda.

Berbicara tentang karisma ini, akak masih mencari-cari maksud tersirat 'Rabbana hab lana min ajwajina wazurriyyaatina qurrata a'yun...wajaalna lil muttaqeena IMAAMA' - Model/Pemimpin/ di kalangan orang bertaqwa? Hebat tu.

Anonymous said...

..hebat bila melihat seorang pemimpin..
..tapi berat sebenarnya amanah yang dipikul..
..pimpin diri dahulu..
..agar kepemimpinan yang tulus dan telus yg terserlah..
..moga berjaya buat mira..

mira said...

salam.

kak salsabila, terima kasih atas pujian yang tak selayaknya saya terima. amira hariyati dan mirakimura masih jauh standardasinya :)

apa yang ada dalam maksud

'Rabbana hab lana min ajwajina wazurriyyaatina qurrata a'yun...wajaalna lil muttaqeena IMAAMA

tu?

pernah terdengar doa ni [kan?] dalam kaset inteam saja :)

mekasih syarief. malu pula bila syarief, salam seorang yang berkarisma [betul ni!] baca :)

Anonymous said...

Mira, maksudnya (lebih kurang): "Ya Tuhan kami, kurniakan kami pasangan2 dan zuriat2 yg menyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa".

Cuba tanya orang yg lebih tahu (faheem ker, pakdi ker, syarief ker, etc) kenapa Allah kaitkan ayat pasangan dan zuriat dengan pemimpin dan taqwa.

Wallahu 3'lam. Take care :-)