Thursday, August 11, 2005

fikir jap

Paman Jit, paman saya yang boleh kata website free lancer, hantar sms, tanya soalan pencetus fikir.

"Mira tau MySQL? PHP? Flash? Dreamweaver?"

Saya tanya diri sendiri, mana antara dalam senarai yang saya mahir atau sekurang-kurangnya pernah guna?

Tak ada!

Saya jawab balik, "Program yang Mira pernah guna cuma Visual Basic, C, Oracle dan sekarang Adobe Photoshop. Flash lepas ni. Masa buat website dulu pun tak guna FrontPage, html editor je."

Html editor, bukan asing pun, notepad saja...

Saya tanya diri lagi, "Aku nak grad dengan ilmu teori saja ke?"

Hirzi, sahabat saya sejak sekolah rendah dulu, yang sekarang di UniKL pernah sebut,

"Kau kerja dalam bidang ICT ni, orang dah tak pandang sijil-sijil yang bertimbun tu. Asal kau ada kemahiran, orang akan ambil kau kerja!"

Yalah, memang itu pun tujuan sebuah syarikat bisnes kan? Untuk majukan bisnes mereka.

UIA banyaknya theory oriented, tak banyak praktikal. Kalau program pun harapkan yang belajar saja, tak nak usaha cari sendiri, apatah lagi bahagian hardware. Serius cakap, saya tak tahu apa-apa pasal hardware!

Cuma pernah dengar nama-nama komponennya dari subjek Introduction to Computer Organization dan Operating System saja. Itupun, yalah, cuma nama, bukan benda!

Abah pernah cakap, kalau UIA tak tawarkan subjek yang ajar hardware komputer, memang jadi kelebihan untuk pelajar ICT yang tahu.

Ya, untuk yang tahu bahawa kami tak belajar benda-benada alah tu. Tapi, untuk yang cuma tahu bahawa kami ni pelajar ICT, mereka akan pelik bila kami cakap kami tak tahu troubleshoot komputer.

Jadi,...

Selain daripada mengharapkan orang lain untuk buatkan sesuatu yang memang sepatutnya kami tahu, Pakdi cadangkan...

"Lagi mudah kalau kita cuba buat sendiri kan?"

Kalau kita benar-benar nak, tak ada alasan untuk mula mencari, sebab kata Pakdi lagi,

"Kalau kita cari, kita akan jumpa."

:)

Ini jadi salah satu misi saya juga sekarang. Untuk ikut jejak Paan [dah lama tak sebut nama Paan di sini]. Juga ikut jejak abang Haarith.

7 comments:

Anonymous said...

amiklah SKM.. sijil kemahiran komputer..
amik kursus pilihan gak kat Cosmopoint..
tu yg terbaik.

Anonymous said...

join:

www.pakdi.com/forum :)

Anonymous said...

Saya zul, student IT dari UTM Skudai. Memang banyak teori, so student sendiri mestilah usaha untuk tambah skills. Yang penting, dalami apa yg kita minat & ikuti kehendak pasaran. Mcm sekarang, ramai yg guna open source mcm php & mySQL. So, make sure tahu benda mcm ni.. Orang yg menaip ni pun, baru nak belajar.. :)

Jemputlah masuk blog saya : smartbiz.tblog.com

mira said...

terima kasih dee dan anak jati :) kehendak pasaran... mcam pakdi kata, 'listen to the market'... :) tapi tolong ye bagitau apa yang pasaran nak, sebab tu pun saya tak tahu ;p

open source, hmm... semua dok promote benda ni skarang :) open source php & mysql software apa?

Anonymous said...

Benda2 macam open source php & mysql semua ni adalah benda yang diperlukan sekarang.Klu kita x tau benda ni,memang ketinggalan la.Lagi2 klu budak ict.Dalam kelas lect cuma ajr basic je mcm klas webprogramming dan lain-lain lagi,tp kita la yang kena ada inisiatif untuk cuba menda mcm ni.Klu dok kat lab dok layan friendster je mcm budak2 course lain,memang x ke mana la kita.Memang nampak keras kata2 aku ni,tp ini adalh hakikat.Mulakan dgn baca dulu tutorial,lpas tu try praktikkan kat pc kita.Klu x tau boleh la tanya member2 lain,x pun kat forumers kat web mcm ittutor,sifoo dan lain-lain lagi..Lagi satu aku tgk budak yang cemerlang dlm pelajaran espcially budak kict yang dapat anugerah cemerlang hanya power dlam teori saja tp klu nak buat menda lain mcm flash ke php ke,x tau mende...Bukan aku cemburu tp aku rasa kesian kat diorang...

mira said...

terima kasih ye atas teguran budak kict :) [sape la hamba ALLAH ni :) ]

Anonymous said...

What a great site
http://www.interracial-relationships.info headsets colorado fair debt collection epson inkjet seo company mbini michigan real estate Interracial marriage problem Mens shoes 9e How to fuck in high heels lesbian pornography Survey on interracial dating Black casino jack money play teen interracial pictures free video paris hilton need for change management training due to company Effectiveness of birth control and zithromax