Friday, August 05, 2005

karisma -- amar

Tadi jumpa lagi dengan AMAR. Kami kebetulan sama-sama naik ke Student Society Center. Saya nak ke OR Prep & Tech CONVEST, Amar nak ke bilik nasyid dia dengan penasyid-penasyid ASPIRASI.

Ringkas, tapi penuh dengan kejutan.

Memang ada halnya kami berjumpa, nak beritahu yang cd bongkar rahsia teknik silap mata dia akan keluar minggu depan. Terbitan Telaga Biru. Siapa nak kenal saya bolehlah beli. Kata Amar, saya jadi salah seorang modelnya. Malunya... hari tu kata nak pas tangan ke tangan je. Ni siap publish, Telaga Biru kata memang banyak untung kalau terbitkan, huhu!

Apa-apalah. Tapi, yang jadi fokus, soalan-soalan terakhir Amar...

"Ni nak ke mana?"

"OR Prep and Tech"

"CONVEST?"

"Hmm..."

"Komiti ke?"

"Ha'ah."

"Bukan SRC?"

Aku kerut kening. Tak faham soalan.

"Tahu SRC tak?" Amar tanya lagi lepas tak dapat apa-apa respon dari saya.

"Tahu... tapi..." Memang CONVEST bawah SRC, tapi... apa soalan dia ni sebenarnya?

"Takla, ingat Mira SRC..."

"Hah? Saya? SRC?" Saya pelik yang amat. Apa yang buat Amar fikir macam tu, kalaupun katakan dia tak kenal pemimpin sendiri :p

"Bukan ke? Sebab Mira nampak berKARISMA."


Saya terkedu di situ. Kenapa Amar cakap macam tu? Karisma bagi saya adalah perkataan terakhir untuk memperihalkan saya.

Serentak, saya terfikirkan blog yang saya tulis. Baru-baru ni banyak juga entri pasal pemimpin dan karisma. Tapi, takkan Amar baca tulisan-tulisan saya tu? Sedang forum telagabirufan pun macam jarang jengah [atau mungkin tak pernah, sebab tak pernah nampak ada posting Amar di mana, waima untuk kolum dia sendiri].

Kalaupun dia baca, mesti yang pasal potensi diri yang saya tulis lepas Closing Ceremony Kids of the World semester lepas. Dah lama. Masa tu tak sentuh apa-apa pasal karisma. Sebab tak buka mata lagi untuk kenal karisma.

Mungkin tak Amar main-main je?

Tapi, diakan orang yang sama yang pernah teka peribadi kami, saya dan along berdasarkan tahir lahir?

Hmm...

2 comments:

syarief said...

hei.. geram btul dibuatnye.. makin 'garang' penulisan si mira ni hah.. thanks for giving me lots of inspiration.. ade je la idea yg kuar.. he..
nway, menarik jgak kata2 AMAR tue..
~(^_^)~

mira said...

erk, geram? garang? inspirasi? hahaha!

alhamdulillah kalau macam tu :)