Tuesday, December 27, 2005

cerita hidup

Bila kita tonton cerita, apa-apa jenis cerita, kita akan perasan satu bentuk ideal yang berlaku.

Semunya jadi mudah atau banyak kebetulan. Hero dan heroin pasti tahu nak buat apa. Jika mencari, pasti ketemu jawapannya. Menjadikan kita melihat dunia ini sebagai lapangan untuk menunggu. Menunggu keajaiban yang akan menyelesaikan semua permasalahan.

Sebab apa?

Tempoh cerita ada hadnya. Setengah jam, satu jam, dua jam, atau sebulan dua untuk yang bersiri. Ending mesti best. Kalau tak orang marah. Kalau filem, pawagam kena bakar.

Kata orang, "Nak dijadikan cerita..."

Tapi hidup ini tak begitu. Setiap yang akan berlaku pada masa hadapan ditentukan oleh setiap apa yang kita lakukan untuk menghadapinya.

Fikir pasal kebarangkalian berlakunya keajaiban seperti berfantasi dalam cerita buat kita jadi malas dan tak nak berusaha; berfikir dan bertindak. Sedangkan, semuanya mengarah pada apa yang akan berlaku selepas itu.

"Alah, semuanya takkan ada apa-apa. Akan baik-baik saja..." Menunggu dan terus menunggu.

Kalau bukan kita yang gerakkan diri sendiri, siapa lagi? Orang lain pun perlu gerakkan diri mereka juga.

Fikir dan buat. Hidup ini satu perjudian. Ada yang mendefinisikannya sebagai puisi. Semuanya tak pasti. Tersirat. Jika tak gerak, selamanya tak jumpa jalan, tak faham maksud.

Pelakon tahu apa yang perlu dilakukan sebab mereka dah ada skrip. Kita pun dah ada, tapi tak pasti apa. Oleh itu, anggaplah sebenarnya kita bertanggungjawab buat skrip dan tentukan jalan cerita hidup sendiri.

Buat yang terbaik, dan pastinya akan dapat pulangan yang terbaik, insyaALLAH...

1 comment:

Fahmi Mahat said...

dalam cerita yang ditayangkan di depan skrin sana, kita melihat atau menonton cerita tersebut. dalam cerita kita sendiri, hidup kita alami, dan kita yang menentukan sama ada kitalah heroin atau hero, atau kita sekadar watak picisan di mana orang orang lain adalah watak yang mencorakkan ke mana kita pergi. Jadi, apa pilihan kita? .... renungilah.