Sunday, December 04, 2005

semester baru dah datang...

Kalian tahu kan rasanya bila nak mula belajar semula? Terutama lepas cuti yang sangat panjang, macam cuti semester ni la.

Malam terakhir di rumahlah malam yang sangat menyeksakan untuk ditempuhi. Lebih-lebih lagi bila semua orang dah lelapkan mata kecuali kita. Sendirian packing barang untuk balik esok. Sayangnya nak tinggalkan rumah, tinggalkan famili. Alangkah baiknya jika rumah di sebelah universiti saja...

Itulah yang saya alami sekarang.

Kadang-kadang seperti tak sabar nak bertemu semula dengan sahabat-sahabat di kampus, jalani kehidupan yang proaktif dan produktif [yang selalunya memenatkan].

Tapi bila terfikirkan pula hidup kampus yang sangat mencabar semester demi semester, saya jadi gerun. Subjek semakin susah. Nak mula baca buku yang tebal-tebal lagi. Makin dekat pula dengan final year project dan praktikal. Betul-betul tak bersedia.

Harapnya banyaklah perkara menarik yang akan berlaku semester depan ni. Taklah tertekan sangat hidup dengan buku. Haha, saya ni alergi sikit bila asyik nak kena baca buku saja :p

Ada tak warga universiti yang tak pernah rasa bosan belajar? Nak menuntut sikit :p

Here come new semester! Hope to be better than previous semester. AMIN!!!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Mira,

Hmm.. Saya last year student.. Memanglah kekadang membosankan hidup sebagai student ni.. Perkara lumrah tu.. Bukan mira saja yg merasa begitu.. Pesan saya, jangan hanya study shj sehingga hidup membosankan. Sebab tu lah kita rasa bosan.. Sertai program-program yang membuatkan hidup kita ni ada life.. :) Just want to share..

pakdi said...

betul tu.

lagipun, masa student ni lah bebas untuk bereksperimen buat macam2 benda ;)