Friday, March 24, 2006

bila bicara pasal cinta...

Bila bicara pasal cinta, tak ada satu persoalan dan jawapan yang betul-betul sempurna. Sebab itu, orang yang bercinta ni susah nak terima guideline yang dia sebenarnya dah tahu dari awal.

Sebab ia cinta, maka setiap rasa itu jadikan semuanya panjang, cantik-cantik saja. Padahal tak tahu pun apa yang panjang-panjang tu. Mungkin cuma satu dua isi.

Saya nak terima dan guna pakai apa yang sahabat ni beri. Sebab saya betul-betul setuju. Katanya, pemikiran couple, boyfriend girlfriend ni mengelirukan. Janji-janji yang wujud antaranya tak sah. Pegangan kepadanya cuma memayahkan dan mengelirukan. Membazirkan masa.

Sebab couple, kadangkala kita jadi orang lain. Semacam hilang logik dan diri yang sebelum ini. Paling menakutkan bila rasa mula hilang agama.

“Cinta tu buta. Sebab tu asyik meraba-raba.”

Hehe, prejudisnya! Bukanlah. Yang sebenarnya, cinta itu memang buta, sebab ia tak kenal siapa yang dicintainya. Cinta kerna ia ada di sana. Cuma, janganlah biarkan cinta itu membutakan segala. Lupa belajar, lupa ibu bapa, lupa TUHAN, lupa agama. Lupa tanggung jawab yang lebih awla. [sebenarnya patut jadi tanggung jawab saja, sebab, ada ke tanggung jawab untuk couple?]

“Aku cinta kamu kerana agamamu. Hilang agamamu, hilang jugalah cintaku.”

Masa kawan-kawan tak kisah nak kawan dengan siapa. Kawan kau kawan aku juga. Gurau-gurau tak ada yang kisah. Pun tak rasa bersalah, tak rasa apa-apa. Bila dah couple semuanya tak boleh. Bukan apa, jealous. Setiap kali jumpa rasa lain. Rindu, tapi hati tak tenang. Zina mata, zina minda. Kumpul titik hitam di hati.

[Ini cuma yang ikut situasi sekarang. Dalam islam, couple atau kawan, masih sama hukum muhrim dan konsep hijabnya. Nak bercakap pasal ni pun pegang tanggungjawab besar sebenarnya. Bimbang silap. Bimbang bias. Minta dijauhkan ya Tuhan!]

Couple ni satu yang tak real. Tak ada bukti, benchmark yang sebenarnya, selain declare sama-sama jadi saksi. Lepas tu beritahu orang. Itu saja. Seperti juga tunang, atau khitbah versi Malaysia, bukan yang arab.

Cuma lebih proper. Ibu bapa, sanak saudara semua tahu. Tapi masih tak menghalalkan apa-apa. Hukumnya semua sama saja seperti ketika couple. Masih tak boleh dating tanpa mahram. Buka pintu zina. Masih tak boleh pegang tangan, apatah lagi lebih dari itu. Hukumnya haram.

Itu yang saya faham. Ada yang faham lain dari saya? Boleh uar-uarkan di sini?

Kongsi pula kata seorang sahabat kepada sahabat ni. Couple ni sebenarnya macam invest, melabur. Banyak duit, masa dan tenaga habis untuk sesuatu yang tak pasti. Kalau semuanya jadi, alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya, macam mana nak claim balik?

Persoalan-persoalan ini buat timbul pula soalan lain. Macam mana kita nak tahu yang kita ni benar-benar dah bersedia, jujur dan ikhlas terima seseorang untuk jadi teman sehidup semati?

Fadzillah Kamsah kata, umur 21 yang paling sesuai. Tapi nanti keluar paper, kahwin awal, bercerai pun awal. Orang lain pula kata lain. Itu cuma kata pakar motivasi yang dah buat kajian berdasarkan purata usia kematangan majoriti. Tak ada yang tetap. Setiap orang lain-lain.

Yang confirm sebetul-betul confirm, yang boleh, pasti boleh dan halal belaka, ialah, ikut Islam. Nak saya beritahu pula apa yang islam kata? Tu, apa yang kita semua dah belajar sejak darjah satu lagi. Itulah dia.

Sadaqallah al-azim.

1 comment:

Along said...

Mira,

Jika ditanya pada along apa itu CINTA pada 26hb Mac 2006 yang lalu-jam 2.00ptg..jawapannya:-

-Cinta itu buta.
-Cinta itu zina.
-Cinta itu rejaman dusta.

Ia tetiba lahir di minda. Bersama genangan air mata, seorang along.

Bukan satu dogma, ilham sayu itu berarah ttg cinta zaman kita yang belum berumahtangga. Cinta muda-muda..sebelum ijab dan qabul..

Iya, along tak betah nak berkata lebih (belum pernah bercinta) tapi usai sujud terakhir sebelum peperiksaan jam 3 itu, terdetik di kepala..bagai satu ilham dari Tuhan..

"cinta hanya akan menjarakkan diri dari DIA, yang sepatutnya disayang dan dikasih lebih dari segala"

Ini dari seorang yang belum bercinta Mira..mungkin monolognya kosong.

Sampai sekarang diri masih berfikir tentangnya --> hati berbolak-balik: terima..atau menolak cinta sang jejaka yang mahu menghulurnya?

belum lagi bercinta-rasa dunia ni macam terlalu indah, dan bila mengadu pada Dia..hadir satu rasa yang benar teguh..

~itu sebuah ilham, dari sujudku. Allahu'alam..