Thursday, March 02, 2006

MRSM Kuantan akan jadi Kolej MARA?

Dear Kuataghs,

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan Cikgu Hussien Ibrahim yang sekarang merupakan Pengarah Kanan Latihan MARA. Beliau menerangkan bahawa
cadangan untuk menukarkan taraf MRSM Kuantan kepada Kolej MARA ada di bincangkan dalam salah satu mesyuarat Pengurusan MARA.

Isu ini timbul kerana setiap MRSM sepatutnya mempunyai 1000 orang pelajar. Kesemua MRSM yang baru di bina sekarang mempunyai kapasiti 1000 orang pelajar. Tetapi MRSM Kuantan tak mampu untuk menampung lebih dari 850 orang pelajar.

Ia juga ada kena mengena dengan penggredan jawatan Pengetua & lain2 jawatan di MRSM di mana JPA hanya akan meluluskan kenaikan gred jawatan yang lebih tinggi mengikut jumlah pelajarnya. Jadi MRSM Kuantan yang pelajarnya kurang dari 1000 orang sukar untuk mendapat jawatan yang lebih baik lagi. Bagi kita nampak kecik tapi bagi Pegawai2 MARA dan Pengetua serta Cikgu2 yang bertugas kat situ, isu ini besar bagi mereka.

Lagi pun MRSM baru telah dibina di Kuala Lipis dan Muazzam Shah dan sedang dalam pembinaan atau perancangan akan di bina di Kemaman dan Pekan. Jadi MRSM Kuantan akan tersepit di tengah2 MRSM yang lain yang dibina dengan cukup besar dan canggih lagi. MRSM Kuantan akan nampak tidak relevan lagi selepas semua MRSM yang berdekatan mula beroperasi nanti.

Walaubagaimanapun semua ini masih dalam peringkat perbincangan lagi dan belum ada lagi usaha2 konkrit kearah itu. Keberangkalian adalah kecil untuk MRSM Kuantan menjadi Kolej MARA kerana di sekitar Kuantan sendiri telah ada Kolej2 MARA yang seumpama nya. Pada masa yang sama, sebuah Kolej MARA yang lebih canggih telah di luluskan untuk dibina di Nilai. Kemungkinan besar, Kolej MARA yang di maksudkan akan dibina di Nilai, bukan nya menukarkan MRSM Kuantan menjadi Kolej MARA.

Wallahualam. Sama2 lah kita berdoa......

AMIRUDDIN AHMAD TAJUDDIN
Ketua Cawangan ANSARA Kuatagh



Hmm, kalau betul²lah, sedih juga. Sekolahku...


MRSM Kuantan

1 comment:

sare @ syah said...

betul ke ni??? tak syiok la...nanti dah takde generasi baru mrsm kuantan lagi...uwaaa.

ex-mrsm kuantan batch 92/94.