Wednesday, August 30, 2006

selamat hari merdeka!

Macam-macam hari ini

1.

Wanita dibunuh tunang 2 hari sebelum kahwin

Lagi 2 hari nak kahwin, kena bunuh pula. Oleh tunang sendiri pula tu. Katanya sebab bergaduh masa membincangkan persiapan perkahwinan mereka esok. Katanya lagi, sebelum ni mereka dah pernah putus tunang. Tapi tak termasuklah tu, sebab bila dah bertunang semula, harapnya yang lepas-lepas tu dapat dilupakan [agaknya taklah kot..]

Macam mana nak harapkan bahagia dalam perkahwinan sedangkan pertelingkahan sebelum berkahwin [yang orang kata semua manis, pahit pun terasa manis] pun tak dapat diselesaikan cara baik, apatah lagi jika dah berkahwin esok?

Siapa yang salah? Entah, kita tak tahu kisah lanjut di sebalik kejadian. Yang interview dalam-dalam, siasat betul-betul psikologi orang cuma Melodi dan semua jenis majalah hiburan, juga chit chat Azwan dan Aznil. Berita biasa ini cuma sentuh permukaan saja, apa yang berlaku dan tergapai dek mata kasar.

Tapi, bila dah sampai nak dirogol dan bunuh bakal isterinya sendiri tu yang musykil sikit. Dah marah sangatkah sampai nak ambil kesempatan terhadap lemahnya wanita dan 'kuat'nya lelaki? Tunang sendiri yang bakal dikahwini pula tu. Mana kasih sayangnya? Mana sumpah janjinya untuk melindungi tulang rusuk sendiri hingga hujung nyawa?

Bagaimanalah bisa perempuan nak percaya lelaki yang diharapkan untuk jadi heronya ni?


2.

‘Semarakkan semangat cinta’

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kata, kefasihan berbahasa kebangsaan di kalangan rakyat masih belum mencapai tahap yang diinginkan dan memerlukan kerja keras pelbagai pihak mengatasinya.

Pulak?

Jika rakyat Malaysia tak fasih Bahasa Melayu, siapa yang fasih?

Tak mustahil jika satu hari nanti, syarat memegang jawatan dalam badan kerajaan termasuklah berkebolehan berbahasa Melayu. Mungkinlah, mungkin..


3.

Teknik ajar pendidikan seks penting

Dah kronik sangat agaknya masalah sosial di Malaysia hingga ilmu seks pun nak diajar seawal sekolah rendah. Apa yang nak diajar? Saya tak dapat bayangkan. Seingat saya dulu, dah lepas sekolah rendah baru tahu pasal semua ni. Agaknya bermula Tingkatan 3 dalam subjek Sains. Maju sungguh budak-budak sekarang ni.


# Maka, sudah merdekakah kita? Merdeka! Merdeka! Merdeka!

16 comments:

Anonymous said...

Salam2u2 ...

and a happy merdeka 2u as well...

dnt feel mysterious, im just one of the ethicz previous-class student and thought to share some thoughts ... plus i dont know u really .. but had tto write back ...

1- case: disgusting ... i dont know if they were really "engaged" ... coz sometimes they just make assumptions that they do love each other ... i mean the tunang yang dibunuh sebelum kahwin ..


2- Im not malay ... but what i know is that it takes a long, long time for a non-malay to speak as the malay (malaysian) do ... either the malay writing is differen or that people just dont use malay as its suppose to be ... so we can say people of malaysia are using a new version of the original malay language that we non-malay know and try to understand ... even the structure of a phrase is different from place to place ... and u shd be asking.. r malaysian following the correct structure?? im not that knowledgable about malaysian malay language .. but i read differently, and i hear diffrently as well ...

3- pendidkan seks .... well if a teacher who comes to teach the student was bad enough .. he may corrupt the children :) ... true .. if u have a world where the grandpa rape his niece .. i think they need to be educated how to treat each other ... not how to **** ach other ... becasue that can be done in a shorter period .. and we teenagers of today learn those things fast -anyway- ....


hope u get thoughts from other people as well ..


u might visit my (DEAD) blog as well ... i havent updated it since last year ;) ... http://abddu_uia.blogs.friendster.com/blog_of_abddu/

itl be up by this sem ...

walslam alikum ...

mira said...

thank you very much for ur brilliant opinion abdul, i really do appreciate it. u r not malaysian? where r u from? and u know malay language? nice! [i'm terrified]

yea, i do like to hear comments from others.

bagaimana rakan-rakan malaysia sekalian? ada rasa tercabar tak?

Anonymous said...

Alslam alikum again ...

terrified! ... im no terrorist ;) .. many are interested to know this language, since i believe its simplicity is an advantage n its popularity among other asian languages ... im from sudan, natively i speak arabic,but got the malay language from my years here in south eas asia ...


... i got to know ur blog from the ethicz group ..

Anonymous said...

Alslam alikum ...

terrified! .. im no terrorist :) ... by the way i think the malaysian language got it popularity among other asian language through its simplicity, and i got it from the many years i stayed at south east asia, malaysia specificly....

me myself is from sudan, n my native language is arabic... but learning one language is never enough for a human being ... maybe ..


walslam alikum ..

Fahmi Mahat said...

kes satu: kenapa mereka perlu bbincang dalam rumah banglo terbiar, 400 m dari jalan besar? bukankah lagi best kalau bincang di kedai makan/di rumah rohayu? dapat minum air teh ais lagi?

kes dua:apa apa pun, kita patutlah berhenti menyalahkan orang lain tentang isu berbahasa, sebab kita dibesarkan culturally bukan dengan bahasa melayu,lagi2 bila di tempat belajar cuba fikir betul2.

kes tiga:mcm yang fami cakap dulu, pendidikan seks tak sepenting pendidikana akhlak. refer entri sebelum ni (dalam bln 6). Setuju juga dengan abbdu, dorang boleh belajar sekejap je ni.

Fahmi Mahat said...

contoh kenapa pendidikan akhlak lebih patut diperkasakan daripada pendidikan seks:

keratan akhbar terkini

mana yang kita mahukan, orang dewasa yang lebih berakhlak, atau kanak2 yang tahu pendidikan seks?

mira said...

saya setuju dengan abang. akhlak islami tu jadi perkara pertama yang cuba diubah oleh Nabi Muhammad semasa mula-mula mendapat wahyu Tuhan. bukan tekankan pelajaran seks. pelajaran seks itu cuma satu subtopik di bawah akhlak.

inilah yang jadi bila undang-undang Tuhan tak dituruti. ikutkan sangat undang-undang manusia tu. zalim lah kononnya. yang mana lebih zalim; hukum penjenayah atau menzalimi orang lain?

abang, boleh hantar satu artikel pasal ni ke mana-mana? paper ke, majalah i ke.. pasti gempak! :)

amiklah beberapa keratan akhbar ni untuk jadi rujukan.

Fahmi Mahat said...

mm.. :)

sebenarnya, bagi abg, isu tentang pendidikan seks adalah isu yang cuba dipolemikkan, untuk cover isu tentang akhlak...

berapa ramai orang yg sbenarnya sedar, bahawa isu dalam sumbang mahram adalah isu akhlak, bukannya isu pendidikan seks?

berapa ramai orang yg sbenarnya nampak dan mahu lihat, bahawa isu dalam seks bebas remaja adalah isu akhlak, bukannya isu pendidikan seks?

semua ini adalah isu-isu yang takkan selesai, selagi kita (khasnya org2 yang berkuasa) tak nak terima keadaan sebenar dan realitinya: pendidikan akhlak lebih perlu diperkasakan dari pendidikan seks!

Takbir!

mira said...

takbir? peh, semangatnya abang :)

menarik.. ;)

Fahmi Mahat said...

mestilah semangat.. kalau tak semangat mana leh cerita tentang mende2 camni :)

satu lagi, orang2 yang berkuasa ni, mereka lah yang utamanya perlu ada rasa terima realiti, barulah mereka boleh menyedarkan masyarakat umum..

peranan kita sebagai yang kurang berkuasa ni pulak, gunakan medium yang ada untuk mengingatkan orang2 yang berkuasa...

[orang2 yang zalim bila ditanya Tuhan kenapa mereka zalim, mereka kata, kerana org yang dizalimi tak melawan mereka...]

mira said...

cayalah! bolehla abang, gunakan medium yang saya dah sebut tadi? ;)

Fahmi Mahat said...

boleh!

abg taip.. pastu abg bagi mira baca, edit, then kita hantar (baca:mira hantar :P) :)

ok tak?
:)

mira said...

okesh! beres!!! saya cc kepada seramai mungkin. media cetak, media elektronik.. boleh? abang buat dulu ya? jika ada ide nanti saya tambah-tambah. mekasih!

Fahmi Mahat said...

sama2 sayang.. :) sama2 lah kita berjuang, dalam larian yang tak abis-abis jumpa ranting-ranting patah, daun2 yang berguguran, dan akar2 banir yang menyadungkan...

moga kita sama2 kuat mengharunginya semua...

mira said...

kita seletepkan ranting yang patah, gamkan daun-daun yang gugur dan gunting akar-akar banir supaya orang lain tak tersadung sama. saya sudi jadi orang yang turut sama berjuang untuk ini ;)

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

pendidikan seks?

oklah kalo xajar ramai yg cari kat internet. skrg kita nk tahu pendidikan seks yg bgmana nk diajar. kalau ajar cara2 buat seks yg betuk siap dgn teknik2nya tu mmg xpatutlah.

Tapi kalau ajar apa yg boleh , apa yg x.

n bgtau effect spt pregnancy sbb ada juga gadis2 yg jahil teramat sgt menyangka kalo buat seks sblm nikah xkan mengandung, lbih2 lg gadis luar bandar.

lpas2 ajar budak2 ni part mana body mrk yg org lain bleh sentuh, n part mana yg xleh disentuh.

byk benda yg kena ajar budak2ni. sbb dlm akhbar ada shj laporan budak2 biar bapak diorg raba sana sini sbb ingat itu hanya sbg kaish syg.

Maka kalau tanya saya, saya mungkin menyokong pendidikan seks.

dan pendidikan seks ini tak boleh dipisahkan dgn nilai agama. Kalau nak ajar dgn subjek agama boleh gak. Tp ustaz n ustazah perlu open bila budak-budak tanya. maklumat dr luar yg mrk dpt lbih byk n lbih advance..kitalah yg kena pandai explain. Kalau kita syik suruh mrk tutu[p mulut, akhirnya mrk pergi kpd kwn2, kpd interent. n sure kena ajar cikgu2 ilmu seksologi sblm suh diorg ngajar. n terang skit2 dr segi biologi spy budak2 ni lbih mudah faham, knp berlaku semua tu etc.

wslm wbt