Saya baru perasan [memang saya jarang perasan :p ]. Sejak bila pula iklan Sunsilk ni dah dipotong scene pegang tangan tu?? Ya, ingat komentar saya pasal iklan terbaru Sunsilk? Alih-alih dah potong pun..
Saya tersenyum gembira. Gembira sangat. Jika ia adalah melalui notis yang saya emelkan pada Unilever tempoh hari, saya berterima kasih sangat. Anda tak balas emel saya, tapi terus ambil tindakan yang patut. Begitulah sepatutnya, terima kasih.
Jika bukan pun, terima kasih atas pihak lain yang perasan benda yang tak kena tu dan turut komen sama.
Tapi, perubahan ini benar-benar buat saya terus bersemangat dan mengubah persepsi bahawa tak semestinya 'mereka' tak nak dengar 'common citizen' seperti kita. Masih ada yang prihatin..
Bukanlah setiap masa kita kita luahkan ketidakpuasan di blog dan harap mereka yang berkenaan baca atau ada pihak yang ambil tindakan. Tak perlu pun sms banyak-banyak di KOSMO dengan harapan yang sama. Yang baca cuma pembeli, dan 'common citezen' yang lain juga. Bukan pihak yang ditujukan. KOSMO ni picisan, kata mereka. Tak korporat. Bukan seperti New Straits Time atau The Sun.
Akhirnya, kita bertegang leher dan berbalah sesama sendiri. Mereka yang berkewajipan tak tahu pun.
Ada perkara yang akan jadi lebih mudah jika kita cuba mendekati puncanya. Tak kira betapa kecilpun orang nampak perkara tu, tapi jika itulah saja yang mampu kita buat untuk bantu agama, kita buatlah. Biar orang lain yang lebih berkuasa urus yang lebih besar.
Jika ada sesiapa yang nak mengadu apa-apa yang releven, boleh beritahu saya. Nanti saya cuba cari puncanya [inilah kerja saya di UIA. Orang komen, saya repot pada SRC. Susah apa? Hehe..]
Terima kasih semua yang membantu. Dan harap akan terus membantu :)
Hari ini, bila saya cek emel:
Dear Kimura,
Good day, let me first introduce myself. I am Suzanne from the Marketing division of Unilever.
We have received an email from your goodself with regards to our currently on air TV commercial for SunSilk. We would like to inform you that after careful consideration, we have acted upon your feedback and have rectified our TV Commercial accordingly. We greatly appreciate the feedback given and would like to have a casual chat with you over the phone, to find out more on the cultural sensitivities pertaining to a tudung woman. If you do not mind, could you kindly provide me your contact number. Alternatively, please feel free to contact me at 03-2246 2410 everyday between 9am to 8pm.
Thank you once again.
Regards,
Suzanne
Tq, tq, tq!!! :D
Sambungan [selepas entri ni dipos]:
Balasan saya:
thank you suzzane! i really appreciate ur party's concern! actually, i just notice the commercial's change yesterday, as i rarely sit in front of the television, and i am going to send unilever an appreciation notice today. thank you again!
my phone number is 012 *******. actually i'm just a regular university student, acting in my own way when something that is not right occurs. still, i may help if any opinion about anything is asked.
thank you again for ur consideration. i am very glad for this change ;)
[hehe, tak formal langsung! :p]
Dan, Suzzane jawab:
Dear Amira,
It's good to see the kind of righteous spirit reflected amongst our students today. Will certainly give you a call, over the weekend perhaps where you would have more free time in order to not disturb your schedules. Thanks.
Best regards,
Suzanne
4 comments:
semoga mira dapat menerangkan prinsip yang sebenar kepada mereka :)
isu ini mmg meluas sejak iklan pertama lagi, komentar oleh faisal tehrani, dan barangkali mira antara mereka yang sedikit yang menulis di blog dan memanjangkannya kepada pihak mereka terus.
Congrats!
Awan support dari tepi blog!=)
pakdi,
tak tahu pula ia dah jadi isu sejak iklan pertama. yang tahu iya, masuk malaysian book of record, iklan syampu pertama yang tak tunjuk rambut :) iklan wardina safiyyah tu ya?
awan badai,
mekasih! ;)
ahsanti....
Post a Comment