Wednesday, June 13, 2007

demi masa

Dalam sibuk-sibuk hafal set soalan dan jawapan untuk peperiksaan akhir MCAD pasal XML Jumaat ni, saya teringat pesan Bro Ako. Eh, Bro Ras [sebab muka dia 90% macam Ako Mustafa]. Beliau ni ketua trainer bahagian Microsoft Cert ni. Beliau ajar memang sangat best. Bersungguh, jelas. Walau seperti biasa, kami penat mendengar :p

Beliau pesan [setelah dialih bahasa daripada bahasa Inggeris], semua benda lain kita boleh dapat semula. Tapi 5 minit masa kita yang berlalu, kita takkan boleh dapat balik.



Pesan beliau lagi, "Why do we wait for tomorrow when we have now? As simple as that."

Well sir, saya kagum mendengar. Beliau sebut dengan yakin sekali seolah-olah itulah formula kerja yang beliau amalkan selama ni. Tapi maaf banyak-banyak, sampai sekarang, saya masih payah nak gerakkan formula tu untuk diri sendiri.

Doakan kami berjaya keluarkan semula apa yang kami hafal untuk peperiksaan pagi Jumaat ni! ;)

3 comments:

Husna said...

wahh..ingat sumer yg Ras ckp eh?btl la tue..as long as we hv now, no need 2 wait 4 2morrow..bcoz we never know we will hv it or not

Hafeeny said...

Tapi kan mira, sistem pendidikan sekarang mmg exam-based kan.. belajar sekadar mahu lulus exam. soalan itu, jwpn nye begitu..sebab dan musabab nye lain cerita...asalkan lulus sudah. ish, rasa tak puas la..Gd luck for 2moro!

Fahmi Mahat said...

salam :)

exam based learning mmg tak dapat dielakkan skrg ni hafeeny dan mira. tapi sbaik2nya, skurang2nya, kita perlu berjuang untk mendapatkan sebutir permata dari setiap subjek yang dipelajari.sekurang2nya dapatkanlah kesimpulan yang menarik tentang subjek yang dipelajari.

sebenarnya, klu betul2, belajar di U ni boleh jadikan kita multi-axial punya student. kita leh cakup banyak menda bkaitan course kita sbb ada byk subjek yang dihuraikan, walaupun tak sedetail mana. jadi ambillah peluang, dan jadilah ulamak setaraf al kindi dan al biruni :) caiyok! :)

skdr berkongsi ilham rasa. :)