Monday, June 11, 2007

MLM

Satu petang, saya berbual dengan seorang sahabat sekelas dalam program Microsoft ni pasal MLM. Beliau ni pantang betul dengar MLM. Beliau tak kata MLM itu haram, tapi sebab ada khilaf, maka dijauhi.

Saya pun berminat nak tahu pendapat beliau. Sebab, ya, saaya sertai program MLM, biarpun cuma jual topup :)

Apa yang menyebabkan beliau mengambil jalan untuk tidak memilih MLM? Sehinggakan dapat tawaran buat website MLM pun ditolak. Saya fikir jika dah orang MLM yang minta buatkan website, bukan sebarangan bayarannya. Mereka tentu 'berduit', jika buat kaya pun.

Beliau kata, banyak benda yang kita kena teliti dalam bisnes ni. Beliau tak kata MLM itu haram secara total. Lagipun, tak seperti pelaburan internet, MLM tak difatwakan haram. Tapi kita sendiri sebagai orang Islam kena fikir apa kandungan MLM itu dan apa caranya mereka dapatkan duit. Jika ada penindasan, maka, tak perlu fatwa, MLM itu jelas haram.

Saya bidas semula menggunakan ilmu yang tak lah berapa banyak sangat ni. Yang saya faham, MLM bukan sistem piramid atau binary. Sistem piramid, untungnya cuma melalui penajaan orang lain. Orang masuk bawah kita dan kita dapat duit. Padahal produknya entah apa-apa. Itu memang penindasan.

MLM pula berbeza. Walau tak ada yang jadi ahli bawah kita [dalam MLM digelar 'downline'], jika kita rajin promosi dan menjual produk, kita masih akan dapat untung. Seperti bisnes runcit biasa. Di mana penindasan di situ?

Beliau jawab, itu untuk permulaan. Lama-kelamaan, kita mesti nak dapat juga 'kelebihan' jadi ahli MLM. Kita mula rekrut orang lain untuk jadi ahli bawah kita. Sebab kita tahu, melaluinya, kita masih akan dapat cebisan-cebisan untung, walau tidaklah seberapa. Tapi, kita masih akan dapat walau duduk di rumah goyang kaki.

Saya tanya lagi, salahkan orang bisnes nak dapat untung? Bukankah itu tujuan bisnes? Lagipun, orang yang kat atas tu, nak sampai ke tahap tu, dia pun usaha keras juga, bukan terus-terus dapat.

Beliau beri contoh kondisi dalam kampus sendiri pula. Nak jelaskan apa maksud penindasan yang berlaku. Beliau kecilkan skop UIA ni sebagai Malaysia. Katakan ada seorang pioneer MLM di UIA. Macam biasa, dia cari orang dan orang bawah dia cari orang lain lagi.

Pada mulanya, semuanya ok. Memang dapat untung banyak. Tapi cuba fikir apa akan berlaku pada orang yang paling bawah. Semua orang dah join MLM, dia nak cari siapa lagi? Maknanya, penindasan tu berlaku bila dia tak dapat buat seperti mana yang dijanjikan.

Oh, jika begitu, ia cuma masalah upline tak menerangkan sejelas-jelasnya risiko yang terpaksa orang bawahnya hadapi jika jadi antara mereka yang terakhir. Memanglah itu salah upline. Upline kenalah jaga kebajikan orang bawahnya setelah dijanjikan macam-macam. Ataupun, terangkan situasi pada masa itu sejelas-jelasnya supaya dia faham risiko-risiko yang terpaksa dihadapi.

Beliau jawab, sepatutnya macam tu lah. Jika sesebuah perniagaan itu benar, kenapa perlu ada yang disorokkan? Bukankah itu jadi korbankan kepentingan orang lain untuk diri sendiri? Sudah tentu ia tak dibenarkan dalam Islam.

Saya fikir sekarang situasi tu masih mustahil. Sebab di Malaysia ni terlalu ramai orang. Dan terlalu ramai yang masih belum buka mata akan kelebihan sistem MLM. Takkan boleh habis kot? Jika tiada di Malaysia pun, negara-negara serumpun kan masih ramai penduduk? Memang akan payah sikit nak jalan jauh-jauh. Tapi tak ada jalan mudah untuk kaya.

Apa yang saya dapat melalui perbincangan ringkas ni, semua benda di dunia ini bersifat neutral. Kita yang menjadikannya halal atau haram, sunat atau makhruh. MLM juga begitu. Ia neutral. Tapi niat kita ini akan menjadikannya halal atau haram.

Jika kita memang berniat untuk menyebarkan produk halal sebagai alternatif produk yang tak dapat diyakini kehalalannya, itu bagus. Kita bantu orang Melayu Islam. Kita ikuti sistem MLM sebab nak kembangkan perniagaan orang Islam dan menyebarkan mengenai pentingnya kita mengeluarkan produk sendiri. Tak perlu lagi bergantung pada orang lain. Tak perlu lagi setiap kali nak guna kena cari logo halal.

Tapi, hati-hati bila dah sampai jadi tamak dan pentingkan diri sendiri untuk miliki BMW dan banglo.

Ada juga orang yang sertai MLM ini sebab mereka nampak orang yang dah sertai dapat kelebihan sebegitu. Jadi, dia pun sertai dengan harapan akan dapat yang sama. Tak kisah apa juga cara, asal bisa kaya, harta kunci ilusi maya. [eh, kenapa termasuk lagu Apha Devotees lak ni?]



Itu yang menjadikan MLM itu haram baginya.


UPDATE:

Jalan², terjumpa komentar Pakdi pasal MLM di sini: Pakdi.net

5 comments:

pakdi said...

hehehe... :)

muiz said...

i agree with u mira..perhaps we can have a discussion about it :)

mira said...

pakdi, takde komen? komen pakdi yang paling ditunggu-tunggu, sebagai pakar bisnes :)

muiz.. bukan yang saya kenal, kan?

fami said...

salam mira :)
dalam perniagaan, sebab ia adalah isu muamalah dan bukan aqidah, maka secara asasnya, semua perkara dalam perniagaan adalah halal(harus) kecuali ada nas yang menyatakannya tidak halal. kalau nak kaitkan dgn apa yang mira ckp, semua menda dalam bisnes neutral, mmg ada lah kaitannya. :)
tahniah atas entri yang mencabar. sampai pakdi pun tertarik nak komen :)

Lee Ya Na Jee said...

Salam. kalau yg mcm ni, agak2ny apa komen kalian?


http://www.rm20segera.com/faq.asp