Saturday, October 11, 2008

paperless exams

Tiba-tiba terpacul buah fikir supaya medium paperless disediakan untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan besar sekolah hari ini, seperti PMR dan SPM.

Saya terfikirkan betapa rumitnya untuk menulis karangan menggunakan pen dan kertas. Tak ingat boleh guna liquid paper atau tak, tapi jika boleh, buang masa di situ untuk menantikan liquid itu kering sebelum boleh ditulis semula di atasnya.

Jika tak boleh, jika menggunakan pemadam pen pun buang masa juga. Silap-silap haribulan, kertas jawapan boleh koyak. Jika tak guna pemadam pen? Potong mana yang salah, selit yang betul di celah-celah yang ada.

Berbanding jika hanya menaip menggunakan komputer, jika silap hanya boleh 'delete' atau 'backspace'. Semasa menyemak pula, jika tiba-tiba datang ide lain, boleh saja terus masuk ke dalam baris-baris tertentu.

Jika di kertas, macam mana pula? Guna penyelit kata? Atau anak panah menunjukkan ada ayat yang tertinggal dan tulis di helaian lain?

Internet? Kita matikan.

Kalau pelajar tertutup program tanpa save? Kita boleh buat sistem autosave.

Mudah untuk orang belakang skodeng jawapan orang depan? Mungkin boleh gunakan laptop berbanding desktop yang mempunyai skrin yang lebih kecil.

Atau, bina kemudahan seperti di sesetengah lab komputer yang meletakkan monitor di bawah cermin kaca meja. Jadi, hanya pelajar itu saja yang boleh nampak apa yang ada di skrin.

Bila dah boleh buat kemudahan macam ni dengan tujuan memudahkan penulisan karangan atau kertas-kertas lain yang memerlukan penulisan yang panjang seperti subjek Agama dan Sejarah, mungkin boleh difikirkan cara yang sama digunakan untuk kertas objektif.

Kita sediakan software kertas objektif yang membenarkan pelajar menjawab A, B, C atau D dengan mudah. Dengan satu klik saja.

Tak perlulah banyak peraturan kena guna pensil 2B dan mesti gelapkan keseluruhan bulatan jawapan tanpa boleh sedikitpun ada kawasan putih. Tak boleh juga 'warna' lebih-lebih sampai terkeluar daripada border bulatan jawapan yang disediakan.



Jadi, cikgu pun dah tak boleh takutkan pelajar, jika tak cukup syarat 'mewarna' tu, kertas jawapan akan direject.

Bagi kertas soalannya, boleh juga terus dimasukkan dalam komputer, atau mungkin juga masih perlukan bentuk hardcopy. Untuk tujuan conteng-contengan dalam mengingat jawapan. Saya pun lebih selesa jika ada kertas yang boleh diconteng semasa menjawab peperiksaan.

Lepas dah habis jawan soalan, boleh submit ke server LAN. Atau untuk ujian atau peperiksaan sekolah, kepada inbox LAN cikgu yang berkenaan.

Jadi, dengan ide ini...

Satu, jimat pokok. Tak perlu kertas yang banyak-banyak.
Dua, jimat belanja. Tak perlu keluar duit untuk beli alat tulis lagi.
Tiga, pelajar boleh fokus lebih dalam memikirkan jawapan, bukan macam mana nak mencantikkan jawapan.
Empat, boleh jadi penggerak pelajar untuk sekurang-kurangnya mahir menaip. Lebih bagus jika tau perkara asas berkenaan komputer.
Lima...

Cikgu tak perlu lagi pening kepala dengan tulisan pelajar yang macam cakar ayam. Kecualilah itu kertas subjek Khat yang memang nak lihat tulisan pelajar dalam proses pemarkahan.

Setakat yang saya fikir selama 5 minit ini, tak ternampak pula kenapa kita tak boleh nak laksanakan ide ni. Mungkin ada kelemahannya?

[Oh, ye. Jangan cakap pasal bisnes kertas dan pen/pensil akan rugi.]

Ucap selamat pada adik-adik yang bakal menduduki PMR Isnin depan. Buat betul-betul tau! Lepas periksa boleh sambung raya ;)

4 comments:

M@YaZ said...

banyak kelemahannya .. sebab ianya PC ..

1- Kos membeli PC meningkat .. 3 tahun mesti kena beli pc baru .. jangka hayat pendek.

2- PC kena virus .. damn .. tak leh buat exam .. kah kah kah

3- setiap system ada backdoor. Tak pernah ada perfect system kat Dunia ni. Microsoft sendiri banyak patching sampai sekarang.

4- nak elak pakai dumb terminal kan .. macam atm tu. Tapi .. KOS meningkat lagi tinggi.

5- Mungkin boleh buat peperiksaan komputer atau mengadakan subjek IT yang menggunakan Internet untuk menjawab Exam. Buat dari rumah susah plak kan .. sebab boleh bukak buku .. kah kah kah ..

hehe .. ni dapat saya fikirkan dalam masa 1 min

Angah said...

Salam kenal :)

Cuma kena fikir capaian pada kemudahan komputer di semua sekolah di malaysia ni.

Pada angah lebih baik kalau exam oriented system yang diamalkan tu kita ubah.

Anonymous said...

lau letrik xd camne :D generator? :D

em lau sekolah banjir? habes sume komp tu.. hehe

~ iza ~ said...

nice thinking..
tapi rasanya kelemahan jauh mengatasi kelebihan paperless ni..kalau masih ada student yang tak pandai menggunakan komp, terpaksa lagi melaksanakan bengkel penggunaan komp..
hmm, meningkat lagi kosnya..
sekadar mencetus idea..
:)