Tuesday, October 27, 2009

peperiksaan undang-undang kerajaan

Alhamdulillah, syukur, saya dan sahabat² seangkatan yang bertiga; Khairul, Kak Fizah dan Liza, dah selamat menduduki Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan di Klana Resort, Seremban pagi tadi.

Dah lama tak menjawab soalan esei. Ada setahun lebih juga jika dikira dari tarikh akhir saya meninggalkan Taman Ilmu dan Budi. Jadi kekok dan serasa tak percaya akan menduduki peperiksaan lagi.

Peperiksaan Undang-Undang Kerajaan ialah salah satu syarat bagi kami gred F ni (bukan fail) untuk disahkan jawatan. Saya tak pasti pula gred apa lagi yang perlu ambil peperiksaan ni, tapi tadi kami nampak Puan Maimunah, CC lama kami yang dah dinaikkan pangkat ambil peperiksaan ini juga.

Bila kena menjawab 10 daripada 14 soalan dalam masa 3 jam, dalam keadaan dah lama tak menulis, apatah lagi berterusan, tulisan memang tak dapat dikawal lagi kemachoannya. Dalam hati asyik terdetik, "Kenapalah mereka tak minta kami taip je jawapan ni~?"

Soalannya tak susah. Sebab open book. Peperiksaan ni lebih kepada menguji keprihatinan kami terhadap kandungan buku setebal 983 muka surat ni.

Settle!

Maknanya, jika pun tak baca semua, kami perlu fasih di mana kedudukan jawapan yang kami perlu cari. Teknik biasa untuk peperiksaan ini: Tagging.

Siapa yang merangkak-rangkak nak cari di mana jawapan bagi satu² soalan, di situlah dia telah membuang masa yang sepatutnya banyak perlu diperuntuk untuk menulis.

Ya, peperiksaan ni jadi ujian latihan tangan juga. Memang lenguh tak ingat.

Di samping yang sebenarnya adalah untuk kami ni buka juga buku Perintah Am dan ambil tahu jugalah, tak banyak, sikit tentang lumrah hidup sebagai kakitangan kerajaan ni.

Bila hilang debarnya? Kata Lan, 3 bulan lagi baru dapat keputusannya.

Bilalah saya boleh nak sah jawatan ni~

4 comments:

sunz sulaiman said...

saya pun amek pagi tadi.. Tulisan memang la tersangat cakar ayam..3 jam memang tak cukup sebab tak familiar ngan bab dalam buku2 perintah am tu.. hu..hu.. Tunggu 3 bulan lagi.. esok peksa undang2 pulak..

mira said...

eh, macam mana leh ada exam 2 kali? bahagian b ke?

F@ll@wMyBeaT said...

wei.. de bhgian B ke?? kt pesima kata bhg A je.. any1 bleh selidik??

mmg xlarat jwp soalan2 tu sbb lenguh jari jemari... soalan senang.. knpe la xdibenarkan mnaip.. hahaha ;p

mira said...

tak silap ada bahagian b. masa register kat jpa online kan aada pilihan sama ada nak amik a je, atau a dan b. tapi bagi kami gred F ni memang amik a je :)