Friday, November 10, 2006

dakwah kepada rol model

Dua hari lepas, siri Kiamat Sudah Dekat menonjolkan satu kriteria penyanyi rock yang serasanya tak pernah wujud lagi di dunia ni. Bukan saja penyanyi rock, malah penasyid sekalipun.

Apa yang Fandy dan kumpulan Donkoll nya dah buat? Mereka berhentikan konsert sebab dengar azan Asar sedang berkumandang. Lepas azan, ajak semua penonton, penduduk kampung solat Asar dahulu sebelum sambung berhibur semula.

Ambil kata abang, "Too good to be true.."

Teringat pula kisah Mawi yang dikonfrontasikan sebab tak mahu berlakon, tak mau sentuh tangan perempuan. Dan dari situ dapatlah kita lihat beberapa artis ternama buka pegung dan aib, menentang hukum Tuhan sebab nak menegakkan kebenaran periuk nasi mereka selama ini.

Hari ini, artis ialah rol model yang paling berpengaruh kepada masyarakat, tak kira usia. Bukan ulama, apatah lagi pak menteri. Apa yang artis buat dikira boleh dan tak salah.

Cuma, keadaan belum lagi kritikal sehingga kita dapat dengar remaja perempuan kata, "Dalam TV tu, boleh kira berapa ramai je yang pakai tudung, kenapa mereka tak disalahkan? Kenapa kami diwajibkan pula pakai tudung?" Na'uzubillah..

Seperti yang saya pernah tulis dalam satu yahoogroup, tindakan unggul Mawi dengan kenyataan yang begitu macam seorang kanak-kanak yang cakap raja tu berbogel. Jujur dan tulus. Orang lain dah perasan, tapi sebab tak nak dikata anak luar nikah [haha, itu dalam kisah Nujum Pak Belalang pula, saya tak pasti apa tuduhannya dalam cerita ni], maka semua orang pun menurut saja. "Cantiknya baju raja!" Hipokrit. Menyembunyikan yang benar.

Tapi, bila anak kecil ini dah bersuara mewakili mereka, semua orang mula.. "Ha'ahlah, sebenarnya raja tu berbogel..." Yang pasti, saat ini dalam industri hiburan kita sangat kita tunggu-tunggu..



Apa yang boleh kita buat? Bantu Mawi. Sebab dalam dunia itu, dia sorang-sorang. Bukan nak suruh kita jadi artis juga, tapi sokong dia, jangan takut menyebarkan kebenaran yang ada dalam agama kita yang syumul dan indah ini.

Sebab artis jadi rol model yang paling berpengaruh di kalangan masyarakat, maka kita ini perlu mendekati dan berdakwah kepada mereka, punca segala [rasanya yang ini belum ada lagi di Malaysia, berdakwah kepada artis? huh!]

Jadi di sini: Macam mana nak mula?

4 comments:

Fahmi Mahat said...

role model, nak sebutnya senang, nak cari bukan senang, dah jumpa, nak ikut, lagi la memang bukan senang..

perkara pokoknya, kita nak mula dari diri kita (inward applicable method) atau dari galakan kita pada orang lain, atau nak mula revolusi beramai2 (outward applicable method)?

untuk yang pertama, kita perlukan moral support dan rasa kebertanggungjawaban pada orang2 tertentu, supaya kita sentiasa berusaha jadi role model pada orang lain..

dan untuk yang ketiga, kita perlukan "kuasa sosial". perlukan sekelompok manusia (tak kisah kalaupun ia minoriti, asalkan ia executable). perlukan juga authoriti. perlukan juga pada integriti (kebolehpercayaan pada diri sendiri dan orang lain).


asal saja kita tahu betapa pentingnya role model dalam dakwah, kita tentu tau yang kita boleh elakkan sindrom "kubur kau, kubur aku asing2", sbb dalam dakwah, kita mmg perlu ambik tahu tentangorang lain (diri kita juga termasuk skali), sbb dakwah mmg maknanya mengajak orang lain pada apa yang kita seru.kalau tak amik tau tentang orang lain, camana nak sampaikan dakwah kita pada mereka?

salam. :)

Anonymous said...

artis baik yang nasyid kerr apa kerr rock kerr dangdut kerr susahhh nak jadi role model... Cam mawi, tak boleh bersentuh tangan tapi masa AF dulu tak tengok kerrr. Aku peninglah dengan artis nieee. sama jerrr. Intim, UNIC ntah apa-apa lagi pun ada kes juga sampai digugur2....sebab suma nak polauriti...masa syarikat besar tak nak ambil penyanyi nasyid. Tak nak lak menyanyi nasyid, bila raihan naik berebut2....nampak hipokrit dengan alasan memeriahkan dunia dakwah lahhh. Peminat pun diperbodoh tolong promo2...Aku pening!!!!!Nak sound sound penyanyi nasyid dulu..Aku tengok couple guna nasyid ringtone kekasih apa nie...Dakwah kerr tu, tgok pendengar nasyid x ubah2, semangat idup camtu gak

mira said...

uih, ada hard rocker masuk sini la! harap macam fandy, rocker beriman.. :) cayalah man!

kita usaha mana boleh ya? jika boleh kita terus kepada para artis, kita pergi. nanti saya cuba usahakan link2 utama kepada mereka :)

Anonymous said...

apapun yang kita buat selalulah letakkan iman dan Islam di landasan plg hadapan..barulah kita tak sesat ke landasan yg salah..x sampai ke destinasi ler jawapnya. dan ingat satu perkara..niat tidak pernah menghalalkan sesuatu yg telah sah-sah haramnya..walaupun niat kita nak cari rezeki..carinya kenalah betul. Mcm kerjanya mencuri tapi dia ikhlas demi mencari rezeki buat keluarganya. Boleh ke mcm tu?mana boleh...
hendak seribu usaha..tak mahu seribu alasan..tepuk dada tanya iman..sbb kalau tanya selera..mana pernah puas..wallahu'alam