Tuesday, July 15, 2008

kembara ke shah alam

Sabtu lepas, saya ke Shah Alam untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat sedari matrik, Radziq Jalaluddin.

Saya bertolak seawal 1 pagi Sabtu, kononnya nanti bajet masa yang diperlukan untuk mencari tempat majlis itu diadakan, Galeri Shah Alam. Boleh dikatakan kali pertama saya ke Shah Alam, jadi belum berani beli tiket bas terus ke Shah Alam.

Naik bas, wah, setiap seat dah ada tali pingang keledarlah! [Adakah sudah lama benar saya tak naik bas ekspres?]

Tiba di Pudu jam 4.30 pagi. Manusia-manusia bergelimpangan di tempat-tempat duduk yang disediakan pada tingkat kaunter tiket. Penuh semua. Jarang dapat dilihat yang sedang berjaga. Bermacam-macam gaya. Tapi tak terfikir pula nak ambil gambar situasi itu. Takut ada yang kena nanti. Cari pasal di Pudu pada jam 4.30 pagi??

Dengan penuh yakin, saya melangkah naik ke tingkat 2 untuk mencari surau. Wah, ada surau baru lah! [Sudah berapa lama pula saya tak ke Pudu ni?]. Langkah terhenti. Surau berkunci. Hah sudah, ke mana pula yang saya patut tuju sekarang? Musnah angan-angan untuk sambung tidur yang tak lena dalam bas tadi. Perjalanan hari itu lama lagi. Saya perlu kumpul tenaga.

15 minit terpaku di situ, berfikir. Adakah saya akan berdiri di situ sehingga surau kembali dibuka?

Akhirnya, saya tumpang duduk di bangku tempat guard. Tak larat nak berdiri lama-lama, dengan mengantuknya.

Jam 5.45 pagi baru surau Pudu dibuka.

Haih, adakah surau atau masjid di sekitar KL ni yang dibuka 24 jam? Kenapa pula tidak? Jika ada yang bertugas pengawasi keamanan surau/masjid setiap ketika, takkan ada yang berani buat hal. Jika bangunan lain, boleh pula ada pengwal 24 jamnya? Hanya di tempat-tempat itu sajalah tempat musafir seperti saya pada masa itu bergantung harap untuk berteduh.

Apa-apapun, dah dapat pengajaran. Lain kali tak boleh nak travel pada malam hari. Bertolak awal pagi suda~

Selepas solat Subuh, saya lelapkan mata sebentar. Nikmatnya rasa. Jam 7 ada pengawal yang ketuk pintu dan tingkap minta kami kosongkan surau. Mereka nak tutup surau itu semua. Mengeluh lagi saya.

Jam 7.30 pagi abang sampai ke Pudu. Jam 8.30 pagi, kami bertolak cari Galeri Shah Alam. Rancangnya, datang awal, taklah berebut jika tak jumpa tempat. Juga, bolehlah bersiar-siar sebentar di tempat yang tak pernah dikunjungi. Dalam peta pada kad kad jemputan ada PKNS dan Plaza Alam Sentral. Menarik untuk menggantikan KLCC buat sementara :p

Cantik tempatnya. Tasik Shah Alam yang luas mendamaikan kesibukan bandar diraja ini. Seawal 12 tengah hari kami dah sampai ke Galeri Shah Alam. Masih belum ramai orang [boleh dikatakan kami tetamu pertama].

Jumpa bonda Radziq, Puan Radziah, peramah orangnya. Jumpa juga dengan Abang Radzlan, Radzin dan Radzuan, adik beradik Radziq. Dah jumpa Puan Radziah, masih diperkenalkan lagi oleh Abang Radzlan. Walau hanya kenalan jauh, kami dilayan istimewa seperti tetamu lain. Puan Radziah sendiri yang beri buah tangan mereka kepada kami. Sekotak muffin coklat dan sekotak kurma 'inti' kacang badam. Terima kasih Puan!

Tapak makan open-air. Permandangan tasik di belakang tapat makan cukup mendamaikan. Kami dihiburkan dengan alunan lagu dan diselangi zikir dan selawat oleh kumpulan Amrain [saya hampir terlupa yang saya sedang menghadiri majlis salah seorang penasyid juga!].

Jam 12.30 tengah hari, Radziq dan pasangannya yang saya tak pernah kenal sebelum ini, Narqes keluar dari perkarangan galeri. Berpakaian serba putih, mereka berjalan di antara sangkar-sangkar burung yang didirikan di kiri kanan laluan. Alunan kompang menceriakan majlis. Abang Lan sibuk dengan walkie-talkienya. Saya kira, dialah Program Manager, dialah Program Coordinator. Memang sibuk ke sana ke mari.







Sampai ke red carpet, kompang berhenti, disambung dengan selawat. Mengiringi pasangan pengantin ke meja makan. Tak ada pelamin kelihatan. Memang tak ada acara persandingan. Langsai makan, mereka beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Kami sempat bergambar kenangan dengan mereka.

Alhamdulillah, berjaya juga saya hadir ke majlis perkahwinan sahabat di luar Kuantan. Sebelum ini banyak betul halangannya. Halangan yang paling utama ialah dalam masa yang sama, saya terima berpucuk-pucuk undangan perkahwinan serentak. Mahu tak mahu, terpaksa berlaku adil, tak pergi semua :p [Kalian jangan ikut perangai saya ni tau!]

Jadi, maaflah kepada Pakdi, abang Amar dan Filzah. Ish, yang di Kedah ni masih jauh lagi bagi saya! Tapi lepas ni ada lagi yang bakal berlangsung di Kedah. Rakan seperjuangan dalam ICT UIA, Aizat dengan pasangannya Ana, juga dalam kursus yang sama.

Tak boleh dah tak pergi. Dah ramai yang ingatkan, "Baik baik, Mira. Awak tak pergi majlis mereka, nanti mereka pun tak pergi majlis awak."

Hehe. Baik!!!

5 comments:

M@YaZ said...

Heh .. jauh Kedah tu mira, tak yah paksa diri pun tak pe. Kuantan kiteorang sampai :D

Kenduri kat kedah 30/11/2008
Kenduri kat gerik 22/11/2008

-aizat

mira said...

aiyoh, cepatnya komen! >_<

saya teringin nak ke kedah, tak pernah lagi sampai ke utara sebelum ni. bertolak malam lagi nampaknya. tapi pastikan saya ada tempat meluruskan kaki suda~ :p

M@YaZ said...

Ada mira. Bertolak malam ke kedah best. Kalau dari Kuala Lumpur ke Kedah ambil masa 5-6 jam atas bas. Akan berhenti di Bukit Gantang sebentar kalau naik bas mara liner (tiket boleh beli online 60 hari sebelum). Sampai ja bagitau ya. Sudah sediakan satu banglow 6 bilik untuk kawan2 melepak dan tidur~! 29 sampai kedah pagi. Bleh tidur2 dulu. Jalan2 alor star~!. Kenduri 30hb. Then boleh la balik petang ahad tu. =D

mira said...

ada can nak dipuji dalam entri pada bulan 11 ni sebagai tuan rumah dengan sambutan hangat ;)

insyaallah akan dipanjangkan kaki ke sana. tunggu~!

Fahmi Mahat said...

Berjalan mengintai rahmah tuhan, tak sangka diinjak mihnah sesekali.
walau ceritera hati berlagu tak usai gundahnya,
akhirnya diKau temukan senyum di hujung wajahnya ... :)

biar seribu kali diungkap ampun,
biar seratus kali dikerling hujung mata,
biar tiap sepuluh langkah terhenti,
biarkan, biarkanlah.

kerana cerita ini masih perlu disambung,
sehingga ia ketemu penghujung,
di pelamin dicita. :)