Monday, November 10, 2008

FOSS.my 2008

Semalam saya berpeluang ke APIIT, Technology Park, Bukit Jalil mengunjungi tapak program FOSS.my 2008.

Saya tak berpeluang timba banyak ilmu sebab program ini telah mula berlangsung sejak hari Sabtu.

Cuma, perbualan ringkas dengan beberapa pengguna uBuntu telah berjaya buka mata yang setakat hari ini, Linux dah sekurang-kurangnya setanding dengan sistem operasi (Operating System) Microsoft dalam pengoperasiannya.



Ramai yang mungkin bimbang untuk berhijrah apabila memikirkan masa yang perlu diambil untuk menyesuaikan diri dengan sistem baru ini (so-called. Tapi sebenarnya dah lama). Yalah, sejak kecil, buka mata saja, kita dah kenal Windows.

Bergantung pada developer, sesebuah perisian (software) ada yang dibangunkan khas untuk sistem Windows. Apa juga untuk kedua-dua sistem Windows dan Linux. Pada hari ini, kebanyakan perisian yang biasa kita guna di Windows ada duplikasinya pada Linux.

Tak ada Microsoft Office untuk Linux, tetapi ada Open Office. Fungsinya sama sahaja. Tetapi lebih simple dan 'ringan'. Saya telah berpengalaman menggunanakan Open Office sejak mula bekerja. Juga, mungkin tak ada Adobe Photoshop untuk Linux, tetapi ada GIMP. Kedua-dua perisian open source ini boleh digunakan atas Linux mahupun Windows.

Dan siapa tak pernah kenal Mozilla Firefox yang menjadi pilihan kebanyakan internet surfer hari ini kerana kelebihannya dari segi keselamatan dan kepantasan? Ya, ia menggantikan Internet Explorer yang jika nak upgrade perlu pada sistem operasi Windows yang ori! (Siapa pakai yang ori?)

Ia semua percuma! Yeah, download, download!

Jika anda tak yakin lagi nak terus menggunakan sistem operasi Linux, mungkin boleh cuba dengan perisiannya dahulu. Tanya Prof Serba Tau, encik Google ;)

Saya telah dipertontonkan filem animasi yang telah dibangunkan seratus peratus menggunakan perisian sumber terbuka (open source). Dikatakan filem sebegitu canggih tak perlu pada penggunaan komputer mainframe. Cukup dengan minimum processor Intel Centrino. Juga sistem Linux ada banyak environment (desktop) up to... berapa-berapa yang anda perlukan. Tanpa perlu sambung ke monitor lain. Apa kata anda? ;)

Juga, saya telah ditunjukkan feature-feature menarik dalam uBuntu yang tidak ada dalam Windows, yang kita boleh lakukan/gayakan tanpa makan ruang cache dan RAM yang besar. Sempoi~!

Dan juga telah serba sedikit diterangkan mengenai mengapa sistem Linux sukar untuk dihack. Dan bagaimana sistem ini boleh memanjangkan jangka hayat hardware kita.

Saya juga baru nak belajar (memang dah tertarik untuk uninstall Windows dan install uBuntu ni! Ya, hanya satu OS - uBuntu! - Paan mesti tak percaya punya). Tahniah kepada para komiti FOSS.my yang berjaya buka mata saya kali ini, walau sekian lama telah dapat mendedahan mengenainya sejak di UIA lagi (dulu Linux semua guna command, fenin! Sekarang dah sama macam Windows. Semua GUI!)

Mengapa perlu bayar lebih untuk sesuatu yang kita boleh dapatkan secara percuma? ;)

Saya akan ceritakan hal akidah dan akhlak yang berkaitan dalam hal ni lain kali ;)

Bacaan lanjut:
1. Kenali uBuntu
2. Apa akan jadi bila Matrix run atas Windows. Kredit to my officemate. Kelakar seh! :D

7 comments:

humaimee said...

Bahkan bagi pengguna yang memang nak guna Microsoft Office 2007/2003, photoshop, dsb. dalam Linux pun boleh .... gunakan Wine (Windows Emulator). Saya sudah pun install dalam Ubuntu 8.10. Bukan setakat tu sahaja ... sy pernah main Counter Strike dalam Ubuntu!

mira said...

Wah, boleh eh? thanks for the info! ;)

Fahmi Mahat said...

tahniah, sbb dah mula sukakan open source :P

p/s: errr, pergi ke Apiit sorang ke? beraninya. kuantan KL kan jauh? :P

Yoon Kit said...

Nice writeup!

yk

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Ubuntu memang baik, namun pada saya ia masih ada sedikit isu yang perlu diambil perhatian. Seperti multimedia codec untuk format-format .mp3, .mpeg dan kesemua multimedia codec yang "supported" dalam windows. Bagi pengguna windows yang ingin behijrah ke linux, sudah tentu mereka menjangkakan linux boleh memainkan fail2 multimdia seperti mp3 dsb. "out of the box" tanpa perlu mencarinya lagi di internet. Lebih2 lagi pada mereka yg tidak selalu connected online.

However, I suggest instead of Ubuntu, we can try Linux Mint, which I think as a better version of linux (it's also a derivative from Ubuntu) than ubuntu to be introduced to the newbies...

Fahmi Mahat said...

wah, isral falah dah sampai ke blog mirakimura? ini betul2 power nih!~

:)

mira said...

siapa isral falah? real falah ni senior ict uia saya la~ :p