Monday, May 25, 2009

rasuah

Dalam Kursus Induksi Khusus yang lepas juga, kami telah didedahkan dengan konsep rasuah dalam sesi taklimat oleh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai berkenaan berbangsa Cina, maka apa yang disampaikan tidak menyentuh konsep rasuah dalam agama.

"Saya boleh cakap tentang rasuah dalam agama. Dalam Islam, rasuah itu haram, kan? Tapi saya tak mau sentuh isu agama."

Jika semua orang ikut apa yang Islam kata, polis, tentera, dan SPRM tak perlu ada.

Kita nampak rasuah itu sebagai satu perkataan yang besar dan pelakunya memang patut dihukum. Rasuah itu terjadi apabila seseorang terima hadiah atau sogokan sebagai upah untuk buat sesuatu kerja yang melanggar tatasusila kerjanya.

Tapi dalam kerja urusan kerja seharian pun, tanpa disedari kita terdedah pada ancaman rasuah.

Isu punch card adalah salah satunya. Walaupun ia tak melibatkan sebarang upah, kakitangan yang membantu sahabatnya punch untuk dia berisiko untuk didakwa.

Sahabat minta kita punchkan dia masa balik. Dia keluar awal, ada urusan. Tengok-tengok, terlibat dalam kemalangan. Dia tak boleh tuntut insuran, sebab ada bukti yang dia dah keluar dari pejabat. Insuran hanya boleh dituntut jika kemalangan berlaku dalam masa pejabat.

Jika orang tu meninggal? Apa jadi dengan pencennya? Apa jadi dengan isteri dan anak-anak? Apa jadi dengan kita yang tolong punchkan tu? Kita nak mengaku dan diambil tindakan tatatertib, atau kita nak diamkan dan biar keluarganya tanggung sengsara?

Dalam isu tuntutan perjalanan pun begitu juga. Kadangkala, tuntutan yang diperuntukan tak dapat cover perbelanjaan kita yang sebenar. Maka, kita pun tokok tambah cerita yang kita dah menginap di hotel sehari sebelum. Padahal pagi itu baru bertolak dari kediaman. Nak tuntut lebih punya pasal.

Jika kebetulan kita diaudit, rekod perjalanan disemak oleh pegawai SPRM, tak ada bukti yang mengatakan kita menginap di hotel seperti yang kita tulis, kita juga boleh disabitkan kesalahan.

Jadi, jangan ingat tuntutan perjalanan ini hanya sekadar mengisi borang, hantar pada Unit Kewangan dan tunggu duit masuk. Kita perlu bertanggungjawab atas setiap tingkahlaku.

Bak kata pegawai SPRM itu, "Ambil apa yang jadi hak kita saja."

"You boleh ambil rasuah. Tapi jangan sampai kena tangkap saja. Bila dah kena tangkap, sedialah untuk tanggung malu."


Hidup ini hanya tempat ujian. Kita boleh berseronok dengan sesuatu yang bukan hak kita. Tapi kita perlu bersedia menjawab pada Tuhan nanti.

6 comments:

Nakael Sidek Karim said...

Erm...gaji kita mungkin masih ok untuk menampung perbelanjaan harian...tapi cuba kita put ourselves in others' shoes...yang gaji 700-800 sebulan...dalam dunia sekarang..money is almost everything... saye selalu terpikir perasaan orang yang gaji sikit and amek rasuah...deorang mampu untuk survive, cuma tidak seSelesa orang yang bergaji sederhana/besar...

Didikan agama penting, bapak borek anak rintik....

fami said...

bapak borek anak tak semestinya rintik, en. sidek :)

ttg part lain dlm your arguement, i can see your point, though.

naikkan gaji belum tentu mampu menyelesaikan masalah umat. tapi sekurang2nya ia boleh dilaksanakan, betul?

bak kata seorang sahabat, kalau takde duit, dont overspend.

Nakael Sidek Karim said...

erm...bapak rintik anak...most probably rintik....

rintik di sini...mungkin juga bermaksud...ada issues... and masalah..

mira said...

mungkin. sebab latar didikan dalam keluarga.

tapi sebagaimana iman tak dapat diwarisi, begitu juga dengan perangai seseorang.

hanya jika kita sedar. mana baik, mana tidak :)

innerinspiration said...

rasuah..kalau bahasa lain ade jugak sebut politik wang..tapi hakikatnya sama je. sama dari sudut perbuatan tu berdosa..

nuratikahseman said...

salam ziarah