Saturday, April 18, 2009

ujian 2009

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah ridhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu ya Allah

Mungkin saya bukanlah setabah watak Madina lakonan Marshanda dalam Aqso dan Madina yang mengorbankan cinta mereka untuk kebahagiaan seorang kakak. Apa yang berlaku tak ada langsung kaitannya dengan kisah cinta.

Cuma, lagu berbentuk doa ini kena dengan semua situasi ujian. Ujian yang Tuhan beri untuk tunjukkan silap kita. Ujian yang Tuhan beri untuk tingkatkan iman kita. Dan ujian yang Tuhan beri untuk apa-apa yang hanya Dia yang tahu hikmahnya.

Hidup ini sebuah akademi. Setiap hari, kita akan belajar perkara yang baru. Sekurang-kurangnya melalui perkara-perkara yang berlaku. Kebanyakan kita hanya ingat Tuhan apabila ditimpa ujian.

Jadi, mungkinlah ujian juga satu bentuk mesej Tuhan yang rindu pada rintihan kita sebagai hamba. Mungkin kita dah lama tak meminta padanya.

Ujian yang kita terima itu adalah yang paling sesuai untuk kita. Yang kita memang mampu pikul. Tuhan tak zalim untuk mendera hamba-hambanya.

Sezalim manapun kita sebagai hamba dengan tidak menunaikan segala tanggungjawab, Dia tak akan balas yang setimpal. Dia cuma datangkan ujian, supaya kita ingat. Tak lupa. Supaya kita sempat berbuat sesuatu, seandainya hayat hanya sehingga esok...

Apabila kita anggap dugaan dan cabaran yang menyakitkan ini ialah ujian daripada Tuhan, maka semestinya kita ingin lulus. Cekal, tabah, redha akan menambah poin kita. Sebaliknya kesal, putus asa, lupa diri itu yang akan lebih menjarakkan kita daripadaNya.


Sebagai manusia, makhluk sosial biasa, saya tak lepas daripada rasa sunyi. Sedang dari mula-mula masuk ke sini dahulu pun saya tahu saya akan berhadapan dengan satu bentuk kehidupan berbeza yang tak pernah saya jalani sebelum ini.

Dan sebenarnya, saya ini memang sukar untuk mengubah sesutu yang telah menjadi kelaziman kepada sesuatu yang baru. Sangat sukar. Saya pernah menggugurkan pengambilan subjek Bahasa Arab PMR sebab ini. Saya hampir ingin keluar dari MRSM sebab ini. Tak biasa.

Emosi saya memang agak lemah. Saya memang cengeng. Orang tak akan tahu dengan sekali pandang. Sebab saya ini pendiam.

Saya gagal memasukkan diri dalam perubahan sebab tak cukup sokongan orang sekeliling. Sokongan atau motivasi diri saya tidak sekuat motivasi luaran. Saya juga berjaya teruskan perjuangan membiasakan diri dengan perkara-perkara baru juga dengan adanya sokongan persekitaran.

Sekarang saya sendiri. Dalam membiasakan diri ini, memang banyak peristiwa yang melemahkan semangat saya dan meminimakan tahap motivasi saya. Saya mudah depress. Saya mudah pitam. Saya muntah-muntah. Mungkin tekanan inilah penyebabnya.

Saya tak tahu sampai bila saya harus hidup begini, sehingga saat saya dapat sesuaikan diri. Dengan persekitaran sunyi dan fitrah jawatan yang tinggi, paling tinggi pernah saya pikul setakat ini.

Secara terus terang, saya katakan, saya tertekan. Dan saya tak dapat luahkan kepada sesiapa.

Di sini, ia hanya di permukaan. Tak mungkin saya akan memperjelaskan semuanya.

5 comments:

Anonymous said...

aik...abg ader pun lonely ker?hehe

Anonymous said...

mira, moga Allah selalu bersama. La tahzan ya, kena kuat tau. Ujian dtg, diselang seli dgn nikmat bahagia. Bila dah biasa susah, mesti Mira lagi kuat di hari dEpan. Ia, training dlm akademi kehidupan. Moga dapat A ;)

salam dari along

alongwairnazz said...

Mira cuba bandingkan sepanjang hidup mira yang mana lebih banyak? ujian atau nikmat? sudah tentu nikmat kan? jadi anggaplah ujian yang sedikit sebagai pemanis dalam kehidupan. tabah hanya dapat diukur bila adanya ujian. yang paling penting ada kesedaran untuk berubah dalam diri. jgn bersedih. lipatgandakan usaha di masa lain.

Anonymous said...

amira...kenapa ni...b strong k..semalam saya baru je jumpe dgn wawa n iffah di mid valley...bile kite nk berkumpul ramai2 ni mira...hehe..rindukn mira yg selalu jd organiser...ehehehe..

Nurul Lailati Mahat said...

salam kak

mengadulah selalu kpd ALLAH.mereka yg hatinya selalu igt ALLAH takkan rasa sunyi kerana tahu ALLAH sentiasa bersama.mcmana nak ALLAH sentiasa bersama?lakukan apa yg DIA perintahkan dan tinggalkan yg DIA larang..koreksi diri selalu.