Thursday, April 09, 2009

pemandu teksi 360

Semalam berkesempatan tonton 360 setelah sekian lama tak ikuti.

Wah, kupasan yang sangat menarik dan berani! Macam Mastika versi televisyen. Jika Mastika banyak sentuh isu sosial remaja, 360 semalam sentuh jenayah teksi di negara kita.



Kes teksi tak pakai meter sebenarnya dah lama sangat berlaku. Cuma sebab ia dah jadi perkara biasa, orang ramai bukan setakat dah tutup sebelah mata, memang tutup dua-dua mata sekali seolah-olah tak ada apa yang salah.

Siapa yang pernah tinggal berjauhan dari keluarga DAN tidak mempunyai kenderaan sendiri PASTI berpengalaman naik teksi yang tak menggunakan meter.

Saya pun, jika tak diberitahu bahawa membawa teksi tanpa menggunakan meter adalah satu kesalahan yang besar, takkan bising di sini. Sebab memang pengalaman menggunakan perkhidmatan teksi, separuh daripadanya tak pakai meter.

Teksi kawasan Gombak ok lah. Jarang yang tak pakai meter. Tapi di sebelah UPM dan UKM sana, jarang yang pakai meter (masa saya belajar dahulu). Sekali kenalah RM10 lebih. Agaknya sebab nampak muka tak biasa, saya dikenakan caj mahal.

Jika caj untuk satu-satu jarak perjalanan tetap tak apa lagi, tapi boleh pula berubah ikut penumpang; berpengalaman atau tidak (tahu atau tak kadar biasa teksi untuk satu-satu perjalanan).

Selain isu meter, 360 semalam juga sentuh kes teksi tak mahu bawa penumpang OKU.

Mazidul dan krew 360 sangat berani terjah dan buat pendedahan terbuka cara "Just for Laugh" atau "Just Kidding". Mereka menyamar sebagai penumpang kurang upaya berkerusi roda dan bertanya jika boleh membawa mereka ke destinasi yang ingin dituju. Bagi siapa yang tak mahu tu, 'pelakon' ini akan bangkit dari kerusi roda, capai mikrofon dan halakan kamera kepada pemandu teksi. Mulalah nak sorok-sorok muka.

Krew 360 juga menyamar sebagai penumpang teksi biasa dan dalam perjalanan, mereka bertanyakan hal pemandu yang enggan guna meter ni. Tanpa pengetahuan pemandu teksi, sekumpulan lagi krew bersama dengan JPJ mengekor dengan kereta di belakang. Bila diterjah, mulalah gabra dan pusing cerita. Siap beritahu encik JPJ yang penumpang tu saudaranya, jadi dia tak berkira sangat.

Encik JPJ layan, "Saudara belah mana ya?"

Mudah-mudahan, pendedahan ini adalah kesannya. Supaya tidaklah saya culas mahu beli tiket Kuantan-Seremban yang hanya ada jam 3.00 petang saja hanya kerana nak mengelak daripada terpaksa menaiki teksi yang telah ditanam persepsi "mahal" dari bandar ke tempat tinggal dan "mahal" pada waktu malam.

Sepatutnya kadar teksi semua sama jika mematuhi peraturan yang telah ditetapkan; menggunakan meter.

Di hujung rancangan, 360 menghiburkan penonton dengan lagu nostalgia Dr Bombay: Taxi Driver. Ingat lagi tak?

One day when I got hungry
I sold the wooden house
I had to visit Uncle Ghandi
Who lives in Calcutta town

Uncle Ghandi he is rich
He is a taxi driver man
And I know that he will help me
As much as he can

A taxi driver man is what
I want to be
But there are no customers
Who want to ride with me
I dont know why
Could be that I am almost blind
But every street in Calcutta I can find

Calcutta,
I am an taxi driver in
Calcutta,
I drive my little taxi in
Calcutta,
Taxi, taxi, taxi, in
Calcutta
I am an taxi driver man

I like to drive the taxi
I like it very much
Even though I have no licence
I always find the clutch
I can drive it off my head
I can drive it off my feet
And I have no problems
Getting taxi on the street

1 comment:

Fahmi Mahat said...

personally, dah 10 tahun isu ni berlegar2 dalam prefrontal cortex seorang lelaki bernama fahmimahat.

mcm2 rancangan dendam dah dirancang dlm kepala untuk mengenakan pemandu teksi yang jahanam ni.

ada yang berjaya. ada yang sekadar dlm kepala je.

tapi dorang yang buat mcm ni memang buat taik pada komuniti pemandu teksi. bukan semuanya jahat.

tapi sebab nila setitik, rosak satu belanga susu dutch lady.

haha ~