Sunday, May 17, 2009

kekosongan jawatan

Fauzul Na'im Sdn. Bhd. sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penerbitan milik penuh bumiputera yang berpusat di Wangsa Melawati sedang mencari calon-calon berpotensi mengisi jawatan berikut :

EKSEKUTIF PEMASARAN PENERBITAN


Eksekutif penerbitan bertanggungjawab menjalankan program pemasaran dan promosi bagi perkhidmatan penerbitan FNSB. Di samping itu juga beliau mengurus dan mengendalikan negosiasi dengan para pelanggan. Beliau juga melakukan proses pentadbiran yang melibatkan perkhidmatan penerbitan FNSB.

Kelayakan

  • Mempunyai ijazah ataupun diploma dalam bidang pemasaran, pentadbiran perniagaan, penerbitan, kewartawanan ataupun yang sewaktu dengannya (Graduan baru digalakkan memohon)
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Mampu bekerja dalam pemantauan yang sedikit
  • Mempunyai kenderaan (motosikal, kereta dsb.)
  • Mempunyai kemahiran mengendalikan perisian MS Office dan mesra IT


Kepada sesiapa yang mempunyai kelayakan di atas boleh mengirimkan resume kepada

Pengarah Urusan
Fauzul Na'im Sdn. Bhd.
11-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel : 03 4149 2560
Faks : 03 4149 3560


ataupun emailkan kepada group@fauzulnaim.com

1 comment:

Anonymous said...

abg fauzul ada syarikat sendiri? hebat..