Thursday, May 21, 2009

kesihatan dan aerobik

Satu keajaiban telah berlaku pada saya. Secara tiba-tiba, setelah ambil makanan tambahan multivitamin, saya dah tak mudah nak pitam-pitam lagi. Dalam 4 kali kelas aerobik terkini, saya langsung sihat dan tak rasa sakit di bahagian pinggang.

Berbanding hampir 2 bulan lepas sebelum pengambilan vitamin itu, dalam kelas aerobik yang pertama, 2 kali saya tahan diri daripada pitam. Semasa rehat sebentar, cikgu yang tak tahu keadaan saya tak beri saya duduk. Nanti punggung besar katanya.

Saya tak mahu beritahu cikgu kondisi saya. Nanti tak pasal-pasal kecoh 1 kelas. Entah-entah kelas diberhentikan pula sebab saya.

Jadi, dalam pada tak larat, saya gagahkan terus beraerobik. Bila pandangan dah kelam, saya berhenti sekejap. Cikgu tak cakap apa. Mungkin beliau ingat saya penat biasa.

Tambah kronik, keadaan biasa yang dialami kebanyakan mereka yang bersenam terutamanya berjogging; rasa sakit di buah pinggang, sama ada sebelah kiri atau kanan.

Kata cikgu, jika sakitnya di sebelah kiri, ia beri kita signal supaya jaga pemakanan sebab ada kemungkinan akan kena gastrik. Jika sakit di sebelah kanan, mungkin ada apendiks. Kes bila kita suka kunyah jambu batu telan sekali biji-bijinya atau yang suka makan sambal dengan biji lada yang banyak.

Masa tu memang pinggang sangat sakit belah kiri. Kata cikgu, sarapan jangan tinggal. Saya memang jarang tinggal sarapan, kalau tak memang pagi tu akan kelaparan. Tapi saya jarang makan malam, sebab tak lapar. Cikgu kata, kalau tak makan nasi pun, alas perut. Jangan sampai perut berbunyi, katanya.

Tapi sekarang, tanpa ubah pun cara pemakanan, saya beraerobik dalam jangkamasa yang sama, lebih kurang 1 jam, tanpa sebarang rasa nak pitam dan sakit pinggang. Langsung. Siap minta cikgu teruskan lagi step-step yang kami belajar pada masa pelajar lain dah nak surrender.

Ahad lepas pada Hari Keluarga Kelab Pentadbiran Politeknik Port Dickson, ada diadakan sesi aerobik pada sebelah pagi. Saya sebelum tu yang dah lama berdiri nak tunggu aktiviti mula cuak. Dulu memang tak dapat berdiri lama. Jika tak duduk, memang akan rebah di situ juga.

Jadi, saya segera cari kerusi. Belum pun lama duduk, dah mula aerobik. Saya risau, was-was mampu tak buat. Lagipun, pagi tu memang tak sempat nak sarapan. Akhirnya, alhamdulillah saya berjaya sudahkannya tanpa ada sebarang masalah.


Hamper cabutan bertuah Hari Keluarga


Saya kurang pasti apa yang kurang dalam badan saya. Kata abang, saya memang dah cukup zat makanan, tapi badan tak dapat nak serap zat yang diambil. Ada satu bahan dalam multivitamin tu yang membantu badan menerima zat-zat dari makanan dan menjadikan saya segah semula.

Siapa ada sebarang pendapat?

(Oh ya, saya sertai aerobik untuk staf Politeknik. Nak sambung minat yang dah mula sejak di Tingkatan 4 dan 5 dulu. Walaupun jadi antara pelajar yang paling baru, saya dapat ikuti semua step tanpa banyak masalah. Puas? Tak dapat dinafikan. Sebab inilah saja aktiviti keluar peluh yang dapat saya sertai di sini.)

1 comment:

Kak Ita from Damansara said...

hai, nak tanya kelas aerobik ni siapa2pun boleh join ke? saya pun tengah mencari kelas aerobik disekitar pd. Saya tinggal di jalan pinang, berhadapan Muzium Angkatan Tentera. Sekian, terima kasih.