Akhirnya.. setelah lama menanti.. saya berjaya mendapatkan semula video aerobik Paula Abdul "Get Up and Dance (1995)" yang pernah Kelab Aerobik MRSM Kuantan 00/01 jadikan panduan setiap kali kelas.
Bila tonton video tu buat pertama kali selepas 8 tahun, saya kagum bagaimana kami semua boleh fasih dan hadam setiap step tarian yang cantik-cantik tu. Sebab bila newbie tonton buat kali pertama, memang pening juga. Agak mencabar.
Namun, saya yakin, sebab ilmu tu dah ada dalam kepala, bila dah mula gerak semula nanti, semuanya akan jadi mudah. Sekarang, saya cuma perlu panggil semula memori itu dan saya yakin, saya akan terus boleh sambung saja kemahiran yang ada, tanpa perlu ulang semula dari 1.
Terima kasih Zul. Sungguh, video ni sangat usang. Terpaksa guna torrent mencarinya, dan makan masa berminggu-minggu untuk download!
But it's worth it ;)
2 comments:
hmm... :)
skrg da boleh senam tiap2 hari sbb dah jumpa step yang dah diingat, kan? ;)
selamat maju jaya!!~!~yosh!
boleh. terima kasih :)
Post a Comment