Friday, March 02, 2007

test vs evaluation

"Tak ada final assesment untuk Skill Silat". Kata-kata cikgu Raof benar melegakan semua.

"Saya bukan malas nak buat. Nak buat boleh. Tapi rasa tak perlu. Sebab saya lihat kamu semua bersungguh-sungguh sepanjang kelas. Kalau tak datang beritahu, ada sebab sendiri. Masa latihan pun kamu berusaha buat. Tak adalah yang nak malu-malu."

Wah, nampaknya, ada juga cikgu yang realisasikan apa yang Prof Jubair, lecturer Software Quality Assurance saya kata. Katanya, "Test is only a part of evaluation."



Sebenarnya konsep tu diambil dari subjek itu sendiri. Nak mencari kualiti dalam pembinaan software. Kualiti bukan diukur setakat bila produk dah siap dan bila tester kata ok, maka oklah produk tu. Tapi dari awal pembangunan software tu sendiri. Kos, timeframe, kualiti programer dan kod yang dihasilkan dll.

Katanya sistem kita tak sepatutnya meletakkan majoriti markah keseluruhan pada peperiksaan. Penilaian sepatutnya dibuat secara keseluruhan, dari awal kelas lagi. Prof beri contoh, macam mana jika seorang pelajar cemerlang dalam ujian 1 tapi gagal dalam ujian 2? Adakah dikatakan pelajar itu bukan pelajar yang baik?

Dalam KOSMO! semalam ada sebut yang UIA nak ubah corak pendidikannya. Daripada berasaskan pengajaran kepada berasaskan penyelidikan. Menggunapakai aplikasi juga, bukan setakat teori yang kita guna selama ini.

Mungkin dalam usaha nak melahirkan semula generasi ilmuwan Islam lampau.

Mungkin juga atas cadangan Prof Jubair untuk mewujudkan software house UIA di department Computer Science. Boleh belajar dari pengalaman, bukan setakat teori di kelas. Boleh juga buat bisnes sendiri.

Kesedaran akan konsep sebenar belajar dan memanfaat ini sepatutnya ada pada setiap orang Islam. Kita belajar sebab nak sahut seruan Tuhan yang mewajibkan setiap orang Islam untuk mencari ilmu. Kita juga belajar sebab nak martabatkan agama Islam dan ummahnya di mata dunia.

Bukan sebab nak lulus periksa dan dapat sijil, untuk dapat kerja dan dapat sara diri dan keluarga.

Cuma, nak buat itu semua, mediumnya kenalah ada. Kita belajar pun, banyaknya bergantung pada institusi yang mengajar. Syabas untuk UIA.

Two thumbs up!

No comments: