Thursday, March 08, 2007

Senyumlah

Janganlah sombong. Atau sekurang-kurangnya, jika orang kata kita sombong, mohon maaflah.

1) Orang tak nak kawan dengan kita
2) Orang yang kita sombongkan itu akan rasa rendah diri

Jika tak silap, Nabi Muhammad sendiri pernah ditegur oleh sahabat bila beliau tak memandang orang. Bukan berpaling dari orang lagi tu, cuma tak pandang je. Tapi ini kena cek semula, saya pun dengar cerita saja, ingat-ingat lupa.

Tapi saya sendiri pun ada pengalaman, rasa tak seronok bila saya beri salam pada orang, tapi orang tu macam tak dengar. Tak tahulah sama ada memang beliau tak dengar atau buat macam tak dengar. Sebab bukan sekali, dah dua kali.

Saya cuba bersangka baik, mungkin dia segan nak pandang [sebab beliau ni lelaki. Opps, jangan silap faham. Beliau lecturer saya], dan mungkin dia dah jawab salam dalam hati.

Tapi biasalah, di sebalik husnuzhon tu, pasti terselit juga rasa tak seronok, fikir yang bukan-bukan. Lecturer ni tak suka aku ke? Apa salah aku? Beliau pernah nampak aku berdating ke? Atau aku ada tak siapkan tugasan sampai beliau kecil hati? Atau beliau dapat baca yang aku ni bukan orang baik?

[Tak baik pada mata orang yang tinggi maqam berbeza dengan tak baik di mata orang kebanyakan]

Bila saya lihat lecturer tu ada bercakap juga dengan orang yang saya tahu lebih 'tak baik' daripada saya [ada kaitan dengan entri silat lepas], saya sedikit lega. Dan bila beliau tegur saya dalam kelas, dan tak sentuh apa-apa pasal keburukan saya, baru saya benar-benar yakin yang sebenarnya tak ada apa-apa pun.

Kesimpulannya, maniskan muka, murahkan senyum pada orang. Nanti tak pasal-pasal orang cop kita sombong. Atau kasihan orang tu, pendam rasa tak best pada kita.

1 comment:

kimkatkeblack said...

mungkin lecturer anda sedang menjaga hatinya..mungkn..mungkin