Thursday, March 08, 2007

Bid'ah

Umat Islam belum lagi kukuh berpadu. Jadi, jangan kita cari isu yang lain yang boleh makin pecah belahkan sesama kita. Begitu antara isi kata-kata Prof Fauzan, lecturer IT and Islam saya.

Sebenarnya, perbincangan ni timbul lepas saya letakkan link http://drmaza.blogspot.com di slide presentation sebagai salah satu rujukan, informasi mengenai Islam yang patut kita contohi, adakan juga.

Tapi tak bermaksud sebenarnya untuk menegakkan apa yang disampaikan. Sebab saya cuma ambil jalan ringkas, angguk kepada apa kata mereka yang lebih berpengetahuan daripada saya. Lebih-lebih lagi, dari seorang mufti. Walau yang termuda di Malaysia.

Isu bid'ah yang kecil cuma akan menjarakkan hubungan sesama yang punya berlainan pandangan. Sebab ini berkaitan akidah, bukan akhlak semata.

Prof cerita, jika di masjid UIA sendiri, imam selalu dapat SMS, "Jangan baca wirid" dan sebagainya. Ada pula kisah si suami letakkan syarat, "Kalau kau baca qunut waktu Subuh, jatuh talak satu."

Saya pun baru tahu adanya perkara ini.

Orang Melayu pun dah banyak yang menyebabkan kita jadi berpuak-puak. Islam adalah satu-satunya yang menjadikan kita 'satu'. Islam satu, Tuhan satu. Kita sama dari segi itu. Janganlah ini pula dihancurkan.

Kita hidup mencari titik persamaan, bukan titik perbezaan.

1 comment:

danialle said...

salam. isu bid'ah ni agak rumit. mgkn kita yg krg ilmu ni xlayak nk cakap lbh2 ttg hal ni. sy sendiri byk yg xsetuju dgn amalan masyarakat kita. bg sy ianya mnjd bid'ah jika sy sendiri yg melakukannya. ttp sy tdklah sampai menuduh bid'ah kpd org ramai. mgkn sj pengetahuan ttg perkara bid'ah itu tdk sampai kpd mereka.

penah juga berbincang ttg amalan bid'ah ni dgn member2. kadang2 sukar utk meyakinkan mereka ttg kebid'ahan sesuatu amalan itu.

sy lbh suka apb berbincang hal sebegini, kita cuba mengajak mereka mengikut amalan yg lbh dekat dgn amalan nabi saw dan cuba elakkan drp bercakap ttg bid'ah. kbiasaannya org akan dpt terima seruan utk melakukan amalan yg lbh dekat dgn cara nabi saw, berbanding kita membantah cara amalan mereka dgn mengatakan mereka melakukan bid'ah.

bid'ah ni lbh menjurus kpd masalah iqtikad. cthnya; tdk mnjd mslh utk membaca yasin mlm jumaat. cuma yg menjadi bid'ah ialah beriqtkad mlm jumaat MESTI baca yasin.

sememangnya kbanyakan org membenci org yg bercakap ttg bid'ah ini. ttp nak tak nak, kita kena cakap jugak ttg isu ni. tak kira la bid'ah kecil atau besar. sebabnya hadis nabi jelas mengatakan sume bid'ah adalah sesat dan yg sesat tmpatnya di neraka. cumanya kita kenalah berhikmah dlm bercakap isu2 yg spt ini dan mengutamakan kesatuan serta mengelakkan perpecahan.

panjang pulak berceloteh.hihi.. sekadar pandangan peribadi.