Tak habis-habis aktiviti bazaar di UIA. Lepas satu, satu aktiviti pelajar yang dijalankan. Tapi barangan yang dijual setiap kali sama saja. Malah, memang penjualnya pun acapkali yang sama.
Kebanyakan yang dijual tarik perhatian kaum wanita saja. Boleh dikatakan tak ada barangan untuk lelaki. Biasalah, wanita yang disinonimkan mudah terpengaruh dan gemar membeli-belah, kan? Jadi kamilah jadi sasaran.
Saya pun tak ketinggalan berjalan. Tapi cuma window shopping. Tak ada bajet untuk barang-barang bukan keperluan.
Ada seorang penjual wanita ni. Puas memujuk saya membeli jubahnya. Biasalah, peniaga memang begitu. Jika tidak, tak adalah yang manarik pelanggan ke gerainya.
Saya tak dapat nafikan, jubah-jubah yang dijual memang cantik-cantik belaka. Harganya, katanya tak balik modal pun. Memang murah.
Tapi saya berhenti untuk fikirkan lebih lama pasal jubah-jubah itu bila penjual tu sebut,
"Belilah dik. Jika tak ada bajet pun, guna dulu duit sendiri, nanti beritahulah mak, claim daripada dia. Ramai yang beli pun buat macam tu."
Tersentak saya. Ramai yang buat macam tu? Aduhai, kejam betul. Benar-benar tak sampai hati. Saya jawab balik pada penjual tu, "Tak apalah kak, kesian pada mak." Dan dia berhenti promo.
Saya fikir, pelajar-pelajar universiti ini dah lebih 20 tahun. Selayaknya dah pandai berfikir, malah cari duit sendiri, bukan tau bersuka ria saja. Malah mengharapkan ibu bapa pula lagi nak tanggung dia bersuka-ria. Kemudian salahkan ibu bapa tak benarkan mereka kahwin awal. Macam mana nak benarkan bila setiap kali meminta-minta daripada ibu bapa lagi?
Apa, nak kahwin dengan orang kaya yang dah banyak harta? Kenapa tak minta orang tu saja belikan untuk kalian? Oh, ibu bapa kalian kaya ya? Tapi sampai bila nak duduk bawah ketiak mereka? Bila nak sedar hakikat yang wang takkan selamanya ada tanpa usaha yang berterusan?
Duit pinjaman atau biasiswa yang kita ada sekarang gunanya untuk pembelajaran. Cukup-cukup saja. Jika ada lebih pun, itu amanah rakyat kepada kita. Tak boleh sewenang-wenangnya guna untuk tujuan lain. Mungkiri amanah kan salah satu sifat orang munafik?
Nak pesan pada kawan-kawan sekalian. Jika kita tak perlu lagi apa yang kita rasa nak beli tu, maka jangan beli, walau semeriah manapun offernya. Sebab offer yang sama pastinya akan ada lagi lepas ni.
More applicable to tech stuff. Jika bukan keperluan, jangan beli lagi. Sebab ikut pengalaman sendiri [kalian juga saya pasti memang tahu], harga tech stuff memang cepat jatuh.
Lihat saja pada harga thumbdrive. Beza kan mula-mula keluar dulu dengan sekarang? Dulu, yang 1G pun orang jakun. Kagum pada siapa yang dapat beli. Sekarang? Kurang RM100 pun boleh dapat.
Buat apa nak kejar barang-barang murah tu sedangkan barang lama yang kita ada masih boleh diguna, tak ada cacat celanya. Thumbdrive lama yang 256MB tu bukan pernah penuh kita guna. Kenapa nak cari yang baru semata-mata sebab harga yang murah? Percayalah, harga tu boleh jadi lebih murah lagi pada masa akan datang bila kita betul-betul perlukannya.
Pengecualian: Jika nak beli barang-barang tu pada untuk dihadiahkan pada orang lain. Tu memang sangat bagus. Tambah saham akhirat. Cuma, janganlah sampai kita pula yang papa.
No comments:
Post a Comment