Thursday, March 22, 2007

'kepompong' Islam

Sambil makan tengah hari, saya menghadap televisyen yang disediakan di kafe Haleemah. Sedang ke udara rancangan Wanita Hari Ini. Ada satu wajah yang saya kenal. Dia pernah di matrik UIA dulu. Atas sebab yang tak diketahui, dengar ceritanya, di keluar UIA dan sambung di tempat lain. Ni dah muncul di tv pula.

Dah nama di UIA, jika jadi model majalah, tentu tak tutup aurat, tak pakai tudung. Jadi, orang seperti beliau ni dikecam [baca: diumpat sana sini]. Tapi hari ini, kehadiran bakat seperti beliau disambut baik oleh pihak media. Televisyen yang kita tonton setiap hari tu jadi wadah baik untuk orang Islam 'lari' dari Islam.

Hampir tak ada apa² isu yang ditimbulkan kepada perempuan yang tak pakai tudung. Dalam drama atau filem, kesnya lain, yalah, kan mereka 'berlakon'. Tapi yang dipersoalkan di sini yang siaran langsung tu.

Untuk satu isu lain yang hampir sama, ramai artis nasyid kita yang 'berhijrah' ke bukan nasyid, sebab nak nyanyi lagu² selain yang berunsur ketuhanan. Yalah, jika dah masuk dalam kategori lain tu, orang dah tak akan mengata lagi, sebab fitrah dunia hiburan [bukan Islami], apa² pun boleh masuk. Taklah buruk nama nasyid kita, kan?

Tapi yang mereka terlepas pandang, orang dah kenal mereka sebagai penyebar dakwah. Tapi muncul pula di bidang lain yang tak ada kaitan langsung dengan dakwah. Bukankah ia akan mempengaruhi imej Islam juga?

Tidak sempurnakah Islam hinggakan kita 'terpaksa' keluar dari jemaah untuk sesuatu yang lain?

Tahukah mereka bahawa alam ini ciptaan Allah, dan sejauh mana pun kita semua lari, kita masih terikat pada peraturan Allah?

Islam itu mengangkat darjat manusia kepada yang paling tinggi. Orang Islam yang mengejar cara hidup selain daripada Islam dilaknat oleh Tuhan.

No comments: