Monday, June 27, 2005

mawi... lagi?

Semua orang dah cakap pasal MAWI. Pergi sini MAWI, pergi sana MAWI. Buat saya yang tak tonton konsert sebab tak ada ASTRO di rumah ni pun jadi tak senang duduk. Apa agaknya cerita terbaru MAWI sekarang?

[Cuba semak back cover Mangga Julai 2005. Ada gambar pertemuan pertama MAWI dengan artis wanita, Shahida yang berlakon dalam iklan Sunsilk di UIA. Owh, dia ni artis nasyid Wirdani rupanya, bekas ahli kumpulan Solehah, patutlah pernah nampak di mana-mana. Ingatkan pelajar UIA dah]

Sebetulnya saya bukanlah peminat setia Akademi Fantasia. Tapi, bila dah diajak menonton Konsert Prelued buat pertama kali dulu, jadi tersentak juga dengan kehadiran 2 lagu dari genre kegemaran saya sebagai lagu yang dinyanyikan calon.

Tak pernah tahu yang dua entri ulung mengenai Akademi Fantasia itu sebenarnya akan menjadi cerita bualan terhangat di pasaran.

Bukan lihat siapa penyanyinya, tapi lihat pada situasinya. Bila nasyid dah masuk Akademi Fantasia. Apa yang pernah saya tulis cumalah pandangan dan luahan pada waktu itu saja, tak pernah dipengaruhi keadaan selepas itu.

Apa keadaan selepas itu?

Saya jadi ragu-ragu dan risau.

Pasal MAWI terutamanya.

Dia berada dalam kelompok mereka yang jahil Islam. Untuk menjadi seorang ustaz dengan taraf pelajar mungkin sukar. Tapi tidaklah darurat sampai tak boleh cari inisiatif untuk tidak dukung cikgu Linda atau tidak bertepuk tampar dengan pelajar bukan muhrimnya.

Mula-mula tonton dulu semasa MAWI belum 'tercemar', saya harap dalam hati agar MAWI pakai baju lengan panjang, dan untuk kelas tarian mungkin boleh pakai sarung tangan.

Tapi, bila lihat dia tak cuba halang pun apa yang boleh dihalang, saya geleng kepala [macam Hattan bila dengar MAWI lupa lirik dan melodi nyanyi lagu Dari Kekasih Untuk Kekasih].

Untuk saya, dia pernah jadi ikon pembaharuan Akademi Fantasia. Mungkin masih terus, atau mungkin sudah tidak. Saya tak tahu, dan entahlah akan boleh tahu atau tidak walau dia nanti sudah keluar dari akademi nanti.

Sebab saya tak boleh terka apa niat MAWI sertai Akademi Fantasia.

Kenapa ikon?

Sebab ya, dia adalah seorang Qari. Bekas juara Qari peringkat Johor lagi. Pasal dia bawa lagu nasyid, kan masih ada seorang lagi yang bawa lagu Kuharap Cinta? Kenapa tak AFUNDI REZA?

Sebab MAWI seorang Qari, penampilan dan perwatakannya dicop supaya selari dengan Islam sebagai cara hidup. Itu impresi pertama setiap penonton.

Sebab keistimewaan ini, secara tidak langsung, MAWI membawa beban harapan mereka yang inginkan pembaharuan dan perubahan positif ke dalam Akademi Fantasia.

Peminat fanatiknya nampak dan harap, tapi mungkin tidak MAWI. Atau mungkin itulah azam MAWI tapi tak sangka sehingga begini besar pengaruhnya pada undian penonton.

Fenomena yang harus diambil perhatian sekarang: Siapa penyokong MAWI?

Kenapa ramai benar yang inginkan kejayaan MAWI walaupun prestasinya tidaklah sebagus pelajar lain? [ini pandangan peribadi saya, mungkin tak akan dipersetujui oleh peminat MAWI terutamanya yang fanatik]

[Susah nak cakap lebih-lebih. Sedangkan Sifu, M. Nasir pun dikecam dan dicemuh peminat fanatik ini kerana mengeluarkan pendapat bahawa MAWI yang patut keluar pada minggu pertama konsertnya, inikan pula saya yang tak ada sebarang ilmu dalam bidang seni]

Susah nak nafikan bahawa dalam ramai-ramai pelajar, MAWI bukanlah yang terbaik. Masih ada AKMA yang selalu dijadikan pelajar contoh oleh Sifu. Tapi, undi MAWI masih yang tertinggi dan semakin tinggi.

Siapa yang mengundi ni?

Peminat MAWI? Peminat nasyid? Peminat Islam?

Tak mungkin jadi musuh MAWI, musuh nasyid, atau musuh Islam.

Nak highlightkan di sini, rakyat Malaysia inginkan sesuatu. Sesuatu yang belum ada di mana-mana. Dan sesuatu itu kemungkinan besar yang membawa kepada suatu KEBAIKAN dan KEHEBATAN ISLAM.

Ramai yang setuju dengan pembaharuan ini, tapi tak kurang yang tidak setuju. Ada sebab dan alasan masing-masing.

Apakata kita berhenti menuding jari sebentar dan cuba fikir-fikirkan sejenak. Apa yang masih kurang sebenarnya? Dan apa yang kita boleh buat untuk kambus kekurangan itu?

minggu ta'aruf

Entri kali ini lebih bersifat peribadi, tapi ada juga yang dikongsi bersama sebenarnya. [Sesekali tukar genre daripada fokus asal -- eh, ada fokus ke?]

Kenapa saya join ta'aruf? Kalau dulu bolehlah kata nak sambut kawan-kawan yang masih di matrik di kampus induk. Sekarang?

Bro Abu Bakar Sidek [ABS] kata lepas ni dalam borang penyertaan sebagai komiti ta'aruf patut diletakkan amaran.

"Beware, joinning ta'aruf committee will make you addicted to join more."

Haha, ucapan ABS memang penuh semangat dan kata motivasi dengan selitan lelucon, tak jemu nak dengar.

Untuk ta'aruf yang saya sertai sebelum ini pun, ABS pernah soal pertanyaan yang sama. Kenapa pelajar UIA teruja sangat nak sertai program ta'aruf?

Sebab nak fail plastik yang boleh dapat dengan harga tak sampai seringgit? T-shirt yang harga RM10.50 sehelai kata Bro Latif? Atau baju batik yang kalau nak boleh cop sendiri tu?

Atau kepinginkan sijil ta'aruf yang entah orang nak ambil kita kerja nanti tahu atau tidak makna ta'aruf? Dan buat apa perlu banyak-banyak? Sijil BTN pun kalau dah ada satu dah cukup, doa-doa supaya janganlah ada peringkat kedua pula.

Sampai sekarang semua orang masih tertanya-tanya. Apa bestnya ta'aruf?

Kata ABS, yang paling menarik ialah ESPRIT DE CORPS [dengar ini dah tentu ingat Pakdi :) ]. Kerjasama berkumpulan. Jemaah. Buat kerja ramai-ramai dalam satu kerukunan. Bantu-membantu.

Saya?

Kalau nak kata ikut kawan pun, to be honest, sebelum jejak ke Experimental Hall Rabu lepas, saya tak tahu seorang pun yang lain yang sama jadi komiti untuk ambilan kali ini. Jangan kata yang kenal, yang tak kenal pun, satu nama pun saya tak tahu.

Yang saya tahu, saya tak sabar untuk hadapi cabaran ini. Cabaran kerana tak tahu siapa yang akan jadi rakan sekerja saya, lebih-lebih lagi saya ditempatkan dalam biro apa. Dan, apa yang menanti saya di Lanchang dan Ta'aruf Week June 2005/2006 Intake.

Peristiwa dua sem lepas berulang kembali. Sekurang-kurangnya pada masa itu ada Nurul, walaupun pada saat-saat akhir ada yang menyebabkan dia tak sertai. Dan saya buat kawan hanya sewaktu induction course.

Ta'aruf kemasukan November 2004/2005 lalu benar buka banyak peluang untuk saya buat 'social insurance'.

Lepas saja sertai ta'aruf buat pertama kali itu, banyak benar jemputan yang datang untuk saya terus sertai program-program UIA yang lain. Sejurus lepas itu iiPAC sebagai contoh. Dah saat-saat akhir, sangat dekat dengan ta'aruf [jika kami pulang awal, komiti iiPAC pun pulang awal juga], masih ada yang mengajak.

Untuk Kids of the World juga, terima kasih buat Dhany yang menjemput [huish, dapat jemputan daripada program manager tu, bangganya! :) ]. Dua kali bekerjasama dengan Dhany dalam biro yang sama; Prep and Tech dalam ta'aruf dan Transport and Accomodation dalam iiPAC.

Dengan ta'aruf Nov jugalah saya dapat sertai CONVEST 2005/2006 [rasanya tuan punya badan tak mahu namanya disebut ;p ].

Dengan ta'aruf juga saya dapat kenal ramai staf UIA yang sebelum ini tak pernah nak ambil tahu. Bekerjasama dengan SRC pun masih rasa diri kecil, inikan pula dengan staf UIA, memang tenggelam! Sekarang pun masih cuba 'mengapungkan diri'.

Mungkin sebab itu agaknya, perjuangan diteruskan dengan ta'aruf sekali ini. Menjerluskan diri dalam 'masyarakat besar' UIA. Untuk terus rasa wujud. Untuk terus rasa ada guna. Untuk terus rasa dihargai.

Saya juga rebutkan perhatiankah, Along?

Memang ada komiti kali ini yang saya kenal dan terlebih kenal. Ada yang sekali semasa ta'aruf Nov lepas. Yang satu biro dengan saya masih ada Reflia dan Nadia.

Yang bukan satu biro masih ada abang Robot, kak Kema, Hazira [budak kecik ni, dahla S/U Convest, assistant progam manager ta'aruf pula tu!], abang Fuad, kak Milah, kak Farah, abang Syuk dan abang Azlan.

Selalu terlepas untuk bersama dengan sahabat satu jurusan yang selalu juga sertai ta'aruf, Amy, Ana dan Husna.

Yang menariknya, kali ini, dapat bos biro yang dah terlebih kenal tapi tak tahu pun dia join sekali lagi selepas yang baru lepas ni. Kalau selalunya bekerjasama dalam ANSARA saja, kali ini dapat juga keluar kepompong.

Abang Nazri, glad to have you together in one bureau!

Kak Syisyi juga [orang lain kena panggil Syida, dia marah ;p ], kakak ANSARA dalam Program Coordinator. Kak Chenaz pun ada tapi dalam biro lain.

Banyak juga perubahan untuk ta'aruf kali ini jika dibandingkan dengan November intake lepas.

Antaranya:

1. Dulu induction course buat di Hotel Bagan Lalang, Sepang, kali ni di hutan Pusat Penyelidikan Biologi Lanchang, Pahang. [mujur juga tak ada BTN macam semester lepas ;p ]

[Mulut sebut: Alah, Pahang lagi, tak ada tempat lain nak berjalan? Hati kata: Hei wak, Lanchang di mana pun tak tau, ada hati memperlekeh 'rumah' sendiri ;p ]

2. Dulu tak pernah dengar dalam induction course ada jungle tracking pun. Paling lebih pun kami bersiar-siar di tepi pantai yang indah. [la, kata masa tu bulan puasa! ;p ]

3. Ta'aruf Week dah betul-betul jadi satu minggu! [7 hari la!]. Kalau sebelum ini cuma hujung minggu saja. [Menyebabkan cuti hujung semester saya dah tinggal 3 hari!]

4. Mahallah briefing dimasukkan sekali dalam ta'aruf. Tu yang juga tokok hari kerja kami tu. Dulu, lepas habis saja ta'aruf, pelajar dilepaskan untuk program mahallah masing-masing.

5. Dulu bawah Bro Wari yang pegang ta'aruf buat pertama kali, kali ini dengan Bro Latif yang memang dah biasa kendalikan program ini.

6. Bilangan muka international student kian merosot. Sekarang dah tinggal 5 orang. Itupun, layanannya lain daripada orang lain [tak pelik sangat]. Katanya UIA memang nak kurangkan pelajar antarabangsa yang sertai program UIA, iya ke? Kenapa pula?

[Haha, pengaruh MAWI dah sampai ke Lanchang! Seorang komiti dari Somalia digelar MAWI hanya sebab kepala yang gondol. Macam-macam!].

7. Aim to D&I. Kenapa ya? Komiti D&I kali ini tak nampak Islamic sangat macam yang lepas. Nak sebut juga yang pakai tudung labuh cuma seorang. Dulu boleh kata SEMUA [sisters] pakai tudung labuh.

Kalau yang semester 3 lepas katanya tak ada pun komiti D&I tu yang memang asalnya pohon komiti tu semua main tarik dari biro lain. Mereka kata komiti D&I penat, banyak kena layan pelajar. Kali ni pun sama ke?

8. Kalau dulu boleh kata komiti ta'aruf ni dah jadi macam satu persatuan, sekarang banyak juga muka-muka lama yang dah hilang. Abang Syakir dah kahwin. Abang Ali yang sebelum ni tak pernah lepas dengan ta'aruf pun tak ada. Mana Paparam, abang Dayne dan abang Hamdi? [eh, termasuk juga nama abang saya yang seorang ni ;p ].

9. Tak acila main kroni! Boleh kata RAMAI juga yang sertai bawa pasangan masing-masing sertai sekali. Yang mainboard tu, yang lelakinya, tak ada yang tak ada pasangan dalam ta'aruf sendiri. Yang komiti biasa tu belum nampak lagi. Dulu ada ke?

Mungkin ada tapi tak nampak sangat. Setakat abang Robot dengan Nadia tu semua orang sedia maklum ;p Kalau keadaan ni berterusan untuk semester-semester yang akan datang, saya undur diri la. Jadi malu pula, pada diri sendiri, LEBIH-LEBIH lagi pada segelintir orang Melayu ni.

Yang paling bermakna, saya dapat masukkan Bukit Rengit, Lanchang sebagai satu lagi bukit yang telah ditakluki dalam aktiviti jungle tracking. Dah ada tiga sekarang!

Cuma, jungle tracking kali ini bersifat pendidikan. Kalau di Taman Rimba Komanwel bersama SRC dulu lebih kepada ujian fizikal, di FRIM bersama GCC dulu adalah kedua-dua fizikal dan mental. Jadi, boleh kata RENGIT + KOMANWEL = FRIM.

[Kalaulah dapat sertai family day Prep and Tech CONVEST yang katanya nak ke Janda Baik... Nak buat macam mana, harinya jatuh pada hari kejadian ta'aruf... Tak apalah, bukan tak pernah ke Janda Baik :) Lepas ni nak tunggu program ke Ulu Yam pula. Alahai..., siapa boleh cadangkan kasut apa yang masuk lumpur tak hancur?]

Sekali lagi, sambil merentas hutan sambil belajar ini pokok apa, ini kesan tapak kaki harimau mana [huh?!].

Hari terakhir, kami lawat Pusat Pemuliharaan Gajah di kawasan berhampiran.

Hoho, pertama kali tengok gajah depan mata, dan pertama kali NAIK gajah! "Gajah, gajah," teringat kata Sinchan ;p Trimas to Reflia yang mengajak, kalau tak fikir dua tiga kali juga nak naik mamalia darat terbesar tu.

Menarik, menarik. Jadi salah satu sebab untuk sertai ta'aruf lagi; dapat cuti-cuti Malaysia!

Saturday, June 18, 2005

katak oh katak

Saya tak mahu jadi katak dalam gelas, yang nampaknya lebih terseksa daripada katak di bawah tempurung.

Katak bawah tempurung hidup dalam dunia sendiri. Apa yang ada di sekelilingnya itulah saja yang diperlu diketahui. Ia gembira dan bahagia dalam dunianya yang sempit. Ia bagai aku dan kebanyakan kita yang dahulu.

Tapi katak dalam gelas ni, ia dah nampak dunia luar, ia dah nampak apa yang haq, apa yang batil. Ia dah lihat banyak penyelewengan dan kepincangan dunia.

Tapi, ia masih dalam gelas sama ada 'boleh keluar tapi tak mahu keluar', atau memang 'tak boleh nak keluar, kalau nak selamat'.



Kita yang terlibat dalam dunia blog ini, jangan jadikan identiti kita dalam alam maya ini sebagai diri kita yang satu lagi, tak ada langsung hubung kait dengan alam realiti.

Blog sebagai satu contoh bagi penerokaan dalam dunia impian yang tak kesampaian.

"Sepasang sayap tak terlihat, umpama mimpi yang tersimpan, jadi rintik-rintik hujan, menciptakan awan yang terpilu."

Cuba realitaskan alam yang penuh dengan hipokrasi [sebab kita tak pernah boleh terka dia ni macam mana bila di luar] dan keindahan [sebab kita takkan nak buka pekung pada yang tak dikenali] dunia maya ini pada dunia sebenar.

Bukan berlaku dalam blog saja. Tu, dalam lambakan forum yang kita pernah ikuti. Mana-mana saja. Pasti akan ketemu contohnya. Kalau apa yang dipostingkan itu betullah merupakan tamsilan pada diri yang sebenar, aman dunia. Penuh dengan bijak pandai rupanya.

Bila dah dianggap bijak, jangan pula tenggelam dalam dunia bijak definisi sendiri.

Macam cerita Dr HM Tuah pasal seorang saintis yang objektifnya nak uji sejauh mana katak [katak lagi] boleh melompat dengan bilangan kaki sekian-sekian.

Satu persatu kaki katak spesimennya itu dipotong. Apabila saintis itu sergah katak, katak melompat. Setiap kali, bacaan jarak lompatan katak diambil.

Wah, ada penemuan baru!

Apabila keempat-empat kaki katak dipotong, ia akan jadi pekak. [sebab tak melompat lagi]

Kanak-kanak pun boleh ketawakan saintis pujaan dunia itu dan rasa kasihan pada katak yang jadi mangsa 'kepandaian'nya.

Ingat tak cerita dongengan kanak-kanak mengenai raja yang berbogel atau cerita sejarah mengenai Singapura dilanggar todak?

Apabila kita tenggelam dalam dunia bijak definisi sendiri, kita seolah-olah mencipta satu kepompong baru yang terdiri daripada batas teori-teori dan pemikiran sendiri yang digunakan sekian lama. Dah tak pandai nak terima dunia yang semakin berkembang dengan benda baru dan dah tak pandai nak terima pandangan orang lain.

Kepompong menghalang kita daripada melihat dunia dari pandangan kanak-kanak dalam contoh-contoh cerita raja dan Singapura itu. Kenapalah bukan orang dewasa yang mendakwa lebih dulu makan garam itu yang buka mulut?

Oh ya, satu lagi ide sumbangan Along. Ada kaitan dengan mereka yang dah mula cipta kepompong sendiri dan jadikan itu alasan terkuat untuk 'tak boleh' berubah.

Kata peribahasa: "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Maknanya, dah jadi 'buluh' tak boleh di'lentur' lagi.

Boleh tak kita masukkan unsur-unsur peribasa 'Belakang parang diasah lagikan tajam'.

Atau, ambil saja fakta alam. Batu yang ditimpa titisan-titisan air yang tak berhenti, lama-lama boleh jadi lekuk juga.

Masukkan dalam peribahasa tadi, jadikan satu kesimpulan bahawa 'buluh masih boleh dilentur'.

Kalau kita nak.

"Hati sekeras batu berubah menjadi selembut air. Jadi teman kebenaran, jadi musuh kepada kebatilan." - Aku Hanya Umar, Hijjaz

Friday, June 17, 2005

ketam melayu

Kita betul-betul tak boleh pandang silap orang bila kita tak dapat apa yang kita kehendaki. Sebab, terlalu BANYAK yang kita masih BOLEH usaha tapi BELUM usaha.

Ujian ALLAH. Kita sedar? Tapi masih...

Ingat kata Wan: "Bila ALLAH dah beri kita ilmu, ALLAH tak lupa untuk uji kita dengan ilmu itu."

Dan sememangnya tanggungjawab sebagai pemegang amanah ilmu itu membuatkan dosa yang kita tanggung apabila tak beramal dengannya lebih daripada mereka yang tak tahu.

Sesungguhnya ya ALLAH, iman aku masih lemah. Aku marah pada diri kerana tak ada usaha langsung untuk meningkatkannya.

Saya sebut pada Along: "Saya tak nak cakap apa-apa lagi lepas ni. Saya tak layak jadi fasi."

"Kenapa?"

Kan saya kata saya benci pada hikpokrasi. Jadi benci juga pada diri bila berkobar-kobar luahkan segala di sini, tapi realitinya saya masih tegun, takut... segan? [maksudkanlah dalam bahasa Melayu sebenar atau bahasa orang Kedah]

Segan = Malas

Jadi fasi, terasa nak jadi baik sikit, pada diri sendiri dan pada orang lain pun cuma apabila ada 'tiket'nya. Tiket program itulah. Tapi, bila tak ada desakan dan satu keperluan, mulalah bersenang-senang semula. Kembali ke alam gampang [kalau ada yang pernah terlintas perkataan ini di sini sebelum ini, anda tak akan kata saya mencarut, sebab maksudnya dalam jawa ialah 'senang'].

Saya lihat dan saksi sebilangan [bukan seorang dua] pelajar luar yang masuk ke dalam kampus untuk solat Jumaat, berlenang di Kyros Kebab menikmati juadah di depan mata semasa orang tengah solat.

Dan saya, bukan saja tak buat apa-apa atas rasa tak seronok dalam hati, malah nak tenung mereka lama-lama kononnya tunjuk muka tak senang pun tak berdaya...

Tak payahlah nak cakap pasal teori diffusion of responsibility [berguru dengan pelajar Psikologi -- terima kasih Dalela]. Benarkah rasa tanggungjawab tu akan hadir bila tak ada orang lain lagi yang tinggal untuk menegur mereka?

La, itukan tanggung jawab mak ayah mereka? Buat apa aku nak sibuk-sibuk. Lagipun, ramai lagi sister yang lebih dekat deangan mereka di meja sana. Biarlah mereka yang 'buat kerja'.

Saya tak nafikan teori itu. Benarlah. Saya dah cuba perhati dalam kehidupan seharian selepas diperkenalkan. Memang rasa tanggungjawab akan jadi lebih bila kita pasti bahawa hanya kita saja yang tinggal untuk menjadikan satu keadaan itu lebih baik.

Tapi kenapa ia tak menjadi dalam hal ini? Mungkin juga dalam kebanyakan hal agama?

Mereka tak rasa malu langsung berada dalam khalayak perempuan yang tinggal di situ termasuk seorang pelajar lelaki Cina. [!!!]

Sebenarnya, hairan juga. Sekurang-kurangnya ada juga rasa tak senang dalam hati. Tapi, kenapa orang lain yang ada pun buat-buat tak tahu seolah-olah tak ada sesiapa yang tengah buat salah? Seronoknya mereka menghadap rezeki untuk nafsu perut.

Mereka memang salah sebab tak solat Jumaat. Tapi kami yang berada di situ tanpa buat apa-apa untuk tegur mereka pun kongsi saham juga.

Kenapalah sayang benar untuk kita guna kekuatan fizikal, akal dan ikhtiar yang ALLAH kurnia ini untuk singkir dosa yang menyerbu datang, mahu peluk hati kita ini dan hati mereka itu?

Kenapa kita tak nak bantu diri dan mereka tingkat iman dan maqam di sisi ALLAH?

Padahal, tak perlu angkat parang atau senapang pun lagi. Belum perlu jadi macam AMAR anak SUMAIYYAH dan YASIR yang terpaksa mengaku keluar Islam semata-mata untuk keselamatan diri dan keluarga.

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Teori ketam Cina dan ketam Melayu ya Along?

Biar saya guna di sini, boleh?

Ada dua sahabat ke pasar. Mereka saksi satu perbandingan aneh. Ada dua bekas berisi ketam hidup. Satu bertutup, satu lagi tidak. Si A tanya kepada B kenapa ada beza antara keduanya?

Si B jawab: "Yang bekas bertutup tu berisi ketam Cina. Yang tak bertutup tu ketam Melayu."

"Oh..." maka, berlakulah aktiviti berfikir.

Image hosted by Photobucket.com


Ketam Cina, bekasnya tertutup. Jikalah bekas itu tak tertutup, pastinya mereka akan sedaya upaya keluar. Apabila ada seekor ketam yang nak keluar, ketam-ketam lain akan sokong dan bantu. Apabila seekor ketam dah berjaya keluar, ia tak biar kawan-kawan lain tinggal di dalam. Ia bantu yang lain juga, walau dengan apa cara.

Orang Cina di Malaysia berada di tempat yang tak selamat, mereka di Tanah Melayu, bukan di Tanah Besar Cina. Untuk maju, mereka tahu bahawa mereka harus bersatu. Mereka tak boleh berpecah dan bawa diri masing-masing. Bila dah ada seorang yang berjaya, mereka akan asuh, didik dan jadi mentor untuk yang lain berjaya sama. Akhirnya, wujudlah China Town [cuma salah satu contoh khalasahnya].

[Nanti akan ada yang sampuk: "Dan dari sebab yang sama maka wujudlah kampung Jawa."]

Ketam Melayu, bekasnya tak perlu tutup. Bila ada seekor yang nak keluar, yang lain bukan saja tak mahu bantu, malah ditariknya lagi supaya kembali ke dalam bekas.

Orang Melayu yang dah cukup selesa berada di negara sendiri tak pernah fikir akan susah, walaupun kehidupan mereka masih banyak yang perlu diperbaiki. Bila ada yang dah sedar dan cuba untuk memperbaiki diri, berubah ke arah jaya, dia bantu diri sendiri tanpa sokongan orang lain. Dalam nak capai apa yang diimpi bukan mudah. Banyaklah iri dan hasad, dengki-mendengki. "Kalau aku tak berjaya, orang lain tak boleh berjaya!"

Dalam banyak hal, saya nampak dan rasa sendiri sebagai orang Melayu yang kita memang susah nak lari dari sikap 'tak puas hati dengan orang'.

Boleh tak kalau tukar jadi 'tak puas hati dengan diri sendiri'?

Jangan lebih dulu puas hati dengan apa yang kita dah usaha untuk dunia dan untuk akhirat. Sebab sememangnya ia masih belum cukup!

[Utamakan hal rukun Islam dahulu -- asas untuk kita sebagai orang Islam]

Saya masih ada banyak contoh. Semuanya saya peroleh dalam satu detik bersama Along. Bersama dengan insan fikir benar buat otak saya kerja lebih. Rindukan analogi-analogi seorang mentor ulung :)

Tapi cukuplah dulu. Sebab saya yakin dan percaya anda tahu segala; baik dan buruk.

Monday, June 13, 2005

hargai diri

Kenapa selalunya keperluan orang lain selalu kita penuhi tapi, keperluan diri seringkali diabaikan?

Kenapa bila orang minta tolong, kita dengan senang hati atau sedaya upaya cuba menunaikan, sebaliknya jika diri sendiri meraung minta dibantu, kita selalu buat tak dengar?

Sebab kita adalah kita? Kita tak bermakna untuk dibantu? Kerana orang lain tak nampak mana kebaikannya jika menolong diri sendiri?

Orang minta dibantu dalam pelajaran. Kita akan mula belajar untuk mengajar bukan untuk belajar. Kita belajar sebab kita kena ajar orang, bukan sebab diri sendiri yang nak belajar itu. Kalau orang tak minta ajar? Akan bergerakkah kita?

Orang minta kita kejutkan mereka untuk bangun Subuh, kita sedaya upaya kunci jam supaya tak terlajak. Bila mereka tak minta, punyalah susah kita nak usaha bangun untuk kepentingan diri sendiri. Ya lah, kepentingan dirilah, supaya tak dimurkai ALLAH.

Orang minta bermacam nasihat sebagai motivasi kepada mereka untuk kembali bersemangat dan berusaha. Kita beri dengan harapan, kalau tak banyak, sepatah kata pun diharap akan dapat membantu. Tapi, kenapa bila kita yang perlu dimotivasikan, kita lebih rela biar diri melepek ketidakdayaan seperti orang yang tak ada ilmu?

Mengapa kita tak rasa kepentingan membantu diri seperti pentingnya kita membantu sahabat-sahabat kita? Kenapa kita tak satu letak nilai yang berharga pada diri untuk diUSAHAkan sebaiknya?

Kenapa ya? Selalunya, kita akan mengharapkan bantuan orang lain untuk menunjukkan kepada kita siapa kita yang sebenarnya?

Sebab kita menganggap diri sendiri adalah kita sahaja, bukan satu entiti seperti orang lain.

Seperti juga mereka memandang diri mereka sebagai diri mereka sahaja, tapi kita adalah satu entiti. Jadi pada mata kita, diri sendiri tidak penting sepenting kita pada mata orang lain.

Faham tak ni?

Jikalah kita sendiri peduli akan diri kita masing-masing, kita tak perlu lagi peduli akan orang lain. Maksudnya, tak perlulah kita susah payah menjaga, mengawal, menasihati, memperingati, dan memotivasi orang lain, kerana mereka dah hargai diri sendiri.

Tapi tentunya kita tak boleh ajak semua orang untuk hargai diri. Kerana kita pun belum mulakannya.

Situasi kita, situasi mereka sama saja.

Jadi, cubalah mula dengan diri sendiri. Hayati apa yang kita ada. Gunakan diri sebaiknya. Kita boleh menggerakkan orang, tapi memang amat sukar untuk menggerakkan diri sendiri.

"Pemimpin yang berjaya bukanlah mereka yang berjaya mengawal orang bawahannya, tapi yang berjaya mengawal diri mereka sendiri."

Ketahuilah bahawa kita perlu jadi penyokong paling kuat untuk diri sendiri, sebab orang lain tak akan selamanya berada di sisi kita. Mereka juga ada diri sendiri untuk dijaga.

Jika kita belum boleh menjaga diri sendiri, kita sebenarnya belum layak menjaga orang lain.


Cinta Pertama

Mekar di taman hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertahta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta... cinta pertama
Hadirlah cinta... cinta utama
Sayangi diri ini cinta... cinta pertama
Hati ini cinta... cinta utama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galanya
Bertahta keimanan untuk dipertahankan

Cinta pertama...


- Far East -

Sunday, June 12, 2005

cop duit sendiri

Benar-benarkah orang Melayu ada mentaliti makan gaji disebabkan sejarah?

Tak perlu cari sebab untuk bermalas-malas wahai orang Melayu...

Yang saya tahu, dasar pecah dan perintah benar meletakkan orang Cina pada urusan perniagaan. Tetapi orang Melayu... pertanian dan perikanan itu kerja makan gaji ke?

Bukankah itu juga perniagaan? [Jika silap sila betulkan]

Mungkin kaum yang bekerja di estet dan ladang-ladang itu saja yang terkecuali. Tapi mereka juga boleh dikatakan telah berjaya sekarang kan?

Jadi, di mana sebenarnya akaran mentaliti malas menjadi pengeluar ni?

Sebab, orang Melayu ini berada di Malaysia, di Tanah Melayu, tempat tumpah darah sendiri. Bukan di negara orang yang perlu pada usaha yang lebih.

Kenapa pendatang asing boleh maju di Malaysia? Kayanya lebih-lebih lagi daripada penduduk tempatan. Tapi, hasilnya adalah dari Malaysia. Jadi, tak kaya lagikah Malaysia ini sehingga timbul masalah banjiran penganggur di kalangan graduan universiti?

Kata Chef Li: Memandang tapi tak melihat. Mengetahui tapi tak menghayati.

Kita ni terlalu kejarkan apa yang diperlukan oleh pasaran kerja, tapi kita lupa adakah pekerjaan yang kita kejarkan itu sesuai dengan rohani kita?

Sebagai PENGUSAHA minat dan impian, kita juga mesti menjadi PENGUASAnya. Jadilah manusia yang MERDEKA!

Kuasai kemahiran dan kelebihan. Gunakan sepenuhnya apa yang telah dianugerahkan.

Gerakkan POTENSI diri anda. Jangan kongkongnya dalam skema dan norma masyarakat Melayu. Jangan takut untuk berubah, jangan takut untuk mencuba.

Kerana dunia ini cukup luas untuk rezeki masing-masing, asal saja kita berusaha.

Dan ingatlah 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. Jadi, ini juga saranan daripada saya yang pernah tak memandang langsung bidang ini dahulu: BERNIAGALAH.

Kenapa mesti beria benar nak berniaga? Makan gaji saja pun dapat hidup juga. Janganlah dok kejar sangat dunia tu, tak ke mananya. Bersederhana sajalah, asal kita bahagia...

Bahagia?

Ya lah, nanti jangan melenting salahkan orang lain kenapa biarkan cuma orang Kristian yang hulurkan bantuan kemanusiaan Tsunami atau sebarang tabung kebajikan.

Janganlah salahkan kerajaan negara Islam yang tak cukup kelengkapan perang yang canggih manggih untuk lawan musuh Islam sedang kita masih sumbang pada mereka. Ya lah, Nokia made in Malaysia masih belum ada kan?

Jangan salahkan pemimpin Islam yang tak dapat kuasai politik kerana tak mempunyai kestabilan kewangan untuk benar-benar memancing kepercayaan rakyat.

Macam mana nak berniaga sekarang? Kan tengah belajar ni? Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Berniaga tak semestinya kena ada kedai atau masa khusus untuk mengusahakannya. Berniaga boleh mula kecil-kecilan dan 'sambil-sambil'.

Dah ramai siswa siswi sekarang, sahabat-sahabat saya dah ada peniagaan sendiri. Hebat-hebat pula tu, setandingan dengan yang pakar di luar sana. Kadang-kadang ada yang buat lebih dari satu jenis perniagaan.

Ada yang jual server, ada yang menasyid, ada yang jual alat tulis, kerepek, nasi lemak atau kek, ada yang tawarkan perkhidmatan buat tag, buku cenderahati atau persembahan multimedia, ada yang buat MLM, ada yang jual t-shirt, ada yang buat perkhidmatan sewa kereta, novel atau cd, ada yang buat servis printing atau baiki komputer, banyak lagilah!

Semua itu berniagalah! Makan masa sangat ke? [Oh, mungkin ya untuk nasyid :) ]

Tapi, itu untuk yang mampu. Yang tak mampu, boleh mula 'tidur dan buat duit'.

Huh?

Menabunglah. Atau untuk lebih efisien, melaburlah. Kembang biakkan simpanan yang sedia ada itu. Taklah statik saja sehingga 10 tahun akan datang.

Jika dalam simpanan anda ada RM1000, dengan dividen 10% setahun, sepuluh tahun akan datang TANPA apa-apa simpanan tambahan selepas itu, sekurang-kurangnya anda akan punya RM1000 lagi wang tambahan.

Jika setiap semester anda peruntukkan RM300 [lebih kurang 10%] daripada pinjaman PTPTN untuk disimpan bersama dengan RM1000 yang sedia ada, dalam masa 4 tahun pengajian, tanpa kerja atau sebarang gaji, anda akan mendapat

Tahun pertama: 10% x RM1600 = RM160
Tahun kedua: 10% x RM1800 = RM220
Tahun ketiga: 10% x RM = RM280
Tahun keempat: 10% x RM3400 = RM340

Jumlah tambahan = RM1000.
Jumlah semua simpanan = RM4400

Jika anda tak menabung, RM1000 yang sedia ada itu mungkin akan dibelanjakan tanpa dapat dikesan pun ke mana arahnya. Saya pasti ramai yang pernah alami situasi ini. Rasanya macam banyak jumlah duit yang dikeluarkan tadi, tapi, eh, dah habis? Tercicir ke?

Haha, biasalah tu...

Topup kredit la, McD la, novel la, CD la, kasut dan sandle la, belanja kawan la, digicam la, komputer la, macam-macam ada!

Dan, jika anda cuma menabung tanpa melabur, cuba kira berapa anda rugi setiap bulan dan setiap hari?

RM1000 / 4 tahun pengajian = RM250 setahun
RM250 / 12 bulan = RM20.83 sebulan
RM250 / 365 hari = RM0.68 sehari

Itu untuk saham amanah yang memberikan maksimum dividen tahunan 10% saja. Kalau ada yang lebih?

Cuba teruskan dengan jumlah gandaan tahunan yang lebih tinggi untuk tahun-tahun selepas anda tamat belajar. Dah dapat kerja, makin banyak duit untuk tabungan kan?

Sekurang-kurangnya, taklah hanya harapkan FAMA saja lepas ni. Baru layak ada orang lain untuk ditanggung sama.

;)

# Ingat formula Pakdi, PENDAPATAN - SIMPAN = BELANJA, bukan PENDAPATAN - BELANJA = SIMPAN.

# Boleh terus baca blog Pakdi.

erti hidup

Serasa hidup ini masih banyak kosongnya. Bosan menjadi selimut setia kala bersendiri tanpa pilihan menarik untuk dilakukan [kelemahan orang yang warna pink -- ikut Color Vibration Therapy]. Perancangan harian masih tak lengkap. Jadi, masih belum boleh merancang minggu dan bulan, tahun dan kehidupan!

Apa yang hilang?

Kata Pakdi,

"Kalau tak dapat jadi apa yang kita nak sekarang, maka cuba cek balik rutin harian kita bagaimana.

Dan, kita perlu berubah untuk lebih berjaya. Buang rutin yang menjadi kita itu adalah kita yang sekarang, dan buat rutin baru untuk jadikan kita adalah kita yang baru."


Aku tahu serba-sedikit rutin harian yang patut ada pada mereka yang inginkan kecemerlangan setelah didedahkan pada banyak bahan-bahan motivasi, terutamanya dari Dr Fadzillah Kamsah.

Tapi, aku nak jadi apa ya?

Persoalan yang menjadi masalah besar kepada mereka yang dah di sini, di peringkat ini dalam kehidupan. Peringkat terakhir sebelum berhadapan dengan masyarakat. Peringkat universiti.

[Sebab masuk universiti sekarang bukan lagi satu perkara sukar, maka saya kumpulkan semua golongan dalam tahap ini sebagai pelajar universiti]

Bila sesuatu perbuatan dilakukan tanpa sebab yang jelas, kita akan lakukan sekadar buat dan siap. Tak bersungguh-sungguh. Sebab tak nampak mana pentingnya untuk kita; jangkamasa pendek atau panjang.

Walhal, ALLAH suka pada mereka yang buat setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Jadi, kita balik pada ERTI HIDUP.


Angin kau membawa bahteraku ke mana mahumu...

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi

Tidak lagi kan aku di situ
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Ke mana majuku
Kini ku berani mengemudi
Ke mana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati


- Dayang Nurfaizah -



Nak yang biasa-biasa saja dan sentiasa rasa selamat ATAU nak cuba penuhi keinginan dan hasrat diri dengan mengambil dan mencipta segala peluang yang ada, sementara kita hidup di dunia?

Yang mana lebih seronok? Yang mana lebih bererti?

Di samping itu, bayangkan apa yang kita ingin orang kata tentang kita setelah kita tiada lagi di dunia ini.

Alangkah~!!!

Tapi, apanya?

Aduhai, sayangnya, kerana kebanyakan dari kita dah hilang impian yang pernah hiasi buku-buku latihan sekolah atau rekod ko-kurikulum pelajar kita dulu. Mana perginya? Hanyut sebab pasaran kerja sekarang tak ada tempat untuk impian kita?

Ini juga jadi masalah utama pelajar semasa nak pilih jurusan untuk ke universiti. Ibu bapa banyak yang lebih cenderung mempengaruhi [atau mungkin mendesak] anak-anak mereka memilih jurusan yang releven dengan keadaan semasa, bukan semata-mata berdasarkan minat mereka.

Alahai, adakah bumi ALLAH ini sesempit itu?

Inilah jika dunia yang dikejar. Akhiratnya jauh sekali.

Apa kaitannya?

Bekerja sama ada ikhlas atau tidak tak ada kaitan ke?

Kerana sememangnya kerjaya PERLU pada MINAT dan KESERONOKAN.

Inilah yang akan menjadikan hidup lebih BERERTI dan PENUH MAKNA.

Impian tak semestinya satu. Sebab hobi dan minat pun bukan selalunya cuma satu, kan? [Oh ya, untuk mereka yang masih was-was dan keliru akan cita-citanya, cuba mulakan dengan hobi dan minat anda]

Cubalah fikir-fikirkan. Hidupkan kembali diri kita yang hilang. Rugilah dunia ini jika tak memiliki anda yang sebenar. Sebab saya, anda, kita sememangnya unik!

Saturday, June 11, 2005

lelaki - perempuan

Bicara mengenai perhubungan lelaki-perempuan ini sangat subjektif dan relatif pada yang mentafsir.

Tapi, kita tak dapat elak realiti bahawa kebanyakan remaja; remaja muda atau remaja tua lebih cenderung memikirkan hal ini, sebab memang itu lumrahnya apabila menjengah umur ini.

Cuma, terpulang pada pegangan seseorang dalam menyusun keutamaannya dalam kehidupan.

Here goes...

Lelaki adalah racun dan penawar bagi perempuan.

Begitu juga sebaliknya, perempuan adalah racun, tapi perempuan juga adalah penawar bagi lelaki.

Jadi, tak adil untuk lelaki menyatakan: NO WOMAN NO CRY!

[Walaupun dalam konteks apabila ibu anda melahirkan anda, anda menangis! Kerana, bukan salah ibu mengandung... dan melahirkan]

Kerana, perempuan pastinya juga pernah menghadapi konflik apabila berhubungan dengan lelaki. Jika lelaki boleh menitiskan air mata, apatah lagi perempuan. Kan?

Perempuan dan lelaki saling memerlukan kerana wujudnya hubungan simbiosis; apa yang tak ada pada perempuan dilengkapkan oleh lelaki, dan apa yang tak ada pada lelaki dilengkapkan oleh perempuan.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran ALLAH." (Al-Zariyat: 49)

Maka, anda tak perlu ego dalam menafikan keperluan kaum lain jenis untuk kesempurnaan hidup dan kepuasan diri sendiri.

Ingatlah, segala keindahan dan kebahagiaan yang terhasil itu datangnya dari ALLAH. Maka kepada-NYA lah kita memanjatkan kesyukuran.

Tapi, sebelum sampai satu peringkat apabila keikhlasan bukan lagi satu pertikaian antara satu pasangan lelaki dan perempuan, hubungan mereka akan sentiasa ada EGO dan PREJUDIS antara satu sama lain.

Pernah tak terdetik, "Dia ni minat kat aku ke?"

Hei, tolonglah! Bercerita masalah atau keadaan rumit kehidupan tak bererti i'm yours! Saya tak tahu bagi orang lain, tapi saya ada pendapat pengukuhan, pengakuan yang sama dari seorang lelaki.

Kami cukup menyampah bila kawan yang kami harapkan untuk jadi teman pendengar masalah ambil kesempatan pula atas kesedihan kami. Boleh tak masa orang tengah murung-murung dia 'cucuk jarum'?

Boring betullah kawan macam ni...

Yonn pernah cakap dulu, "Lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan baik, tapi akan ada salah seorang nanti yang buat hal."

Apa halnya? Banyak. Antaranya, mungkin akan lupa kawan bila dah ada teman lelaki/perempuan sendiri. Atau salah seorangnya akan jatuh hati pada sahabatnya.

Anda menafikan?

Perempuan berbeza dengan lelaki kan? Bukan saja dari segi fizikal, malah juga keperluan. Dari segi biologinya, kromosom XX takkan pernah boleh sama dengan XY kan?

Jadi tahap kepentingan lelaki dengan perempuan berbeza mengikut bidang yang sesuai dengan kemampuan masing-masing. Tapi, lelaki dan perempuan sama saja tarafnya. [tak perlu ada fahaman feminisme]

Sebab itulah lelaki adalah pasangan bagi perempuan, dan tentunya 'tarikan haiwaniah' itu sentiasa wujud.

Kata Dr HM Tuah Iskandar dalam Nak ke Tak Nak,

"Kalau belum berkahwin dan mendapat sahabat tak sama jenis, takut-takut lain jadinya. Maklumlah, tak sama jebis, dia perempuan, awak tu lelaki. Positif dengan negatif. Berkawan rapat lagi sampai boleh digelar sahabat, sedangkan 100 kawan nisbahnya 1 sahabat. Tak gila dibuatnya.

Mula-mula mungkin semuanya okey, tapi seminggu, sebulan, tiga bulan. Tiga bulan tu pun dan kira lama sangatlah. Ada orang terus jatuh cinta baru tiga hari bersahabat baik. Kalau masih bujang tak jadi hal, memang bagus pun, sebab mungkin itulah jodohnya.

Tapi kalau dah kahwin, anak pula dah berderet, pendapatan pulak sentiasa tak mencukupi, pengetahuan agama kurang, apa nak jadi?"


Sebab itu, SANGAT SUKAR kagi seorang perempuan dan lelaki kekal bersahabat baik dalam jangka masa yang panjang kecuali mereka memberikannya [bukan mengakhirinya] dengan platfom perkahwinan...



Kesimpulannya?

Tuesday, June 07, 2005

tahniah abang syah!!!

Selamat pengantin baru buat abang Syah [Syahrill] In-Team dengan kak Syahida. Moga bahagia selamanya.

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


Kenduri diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu.

Sumber gambar: hijjaz.fotki.com

# Terbayang-bayang macam mana keadaannya bila tiba giliran saya nanti ;p Eh, anak sulung, kedudukan tak selamat!

Saturday, June 04, 2005

bila nasyid dah masuk akademi fantasia II

"ASTRO memang bijak... buat duit," luah seorang sahabat.

Makin besar kontroversi peserta Akademi Fantasia, makin ramailah yang cenderung untuk mengundi, menegakkan apa [atau siapa] yang mereka fikir layak [menggempakkan akedemi].

Kalau dulu, kontroversi-kontroversi yang berlaku dalam AF 1 dan 2 memang sengaja dilakonkan [Vince yang kata] sebagai memancing undi penonton, sekarang tak perlu lagi.

Nana dengan Burn la, Khai dengan Rosma la [AF 2 saya tak tahu sebab tak berkesempatan ikuti diari].

Masukkan saja sesiapa yang paling banyak boleh beri mereka duit. Akademi Fantasia, sebenarnya medan juang yang setepatnya untuk pilih bakat berlakon.

Sebab AF bukan di radio.

ASTRO juga memang bijak serap semula Mawi masuk sebagai 14 peserta Akademi yang bakal berentap [selain Marsya yang dulu tak lepas sebab sakit tekak, tak keluar suara], sebab, mereka dah buka peluang untuk masyarakat yang belum berjangkit demam Akademi Fantasia untuk turut sama.

Sebilangan masyarakat itu termasuklah... mereka yang bersorak hangat menyambut kemasukan Mawi di bilik tv Haleemah ni ;p

Mudah-mudahan saya tak demam lagi dalam dua tiga minggu ni. Nak periksa maa!

Harap benarlah kata abang Imad,

"Semoga dia menang bertanding niat kerana Tuhan."

Siapa kita pun nak terka niat Mawi.

Cuba saja letakkan diri dalam kasutnya.

Ya, longgar. Beban tanggungjawabnya... BESAR SUNGGUH!

# Abang Imad, Abang Radziq, macam mana sambutan JOM L.E.P.A.K? Kalau ada BANYAK kereta lalu lalang atau parkir berdekatan Plaza Alam Sentral, jangan lekas sangka mereka nak ke konsert kalian ya? Sebab, magnet MAWI lebih kuat :p

# Untuk terus mengikuti perkembangan dan menyatakan sebarang pandangan atau pendapat, boleh terus ke


Friday, June 03, 2005

alahai amar...

Dr Fadzilah Kamsah kata, ikut kajian, dalam dunia ni ada 5% saja manusia yang cemerlang. Selebihnya? 85% biasa-biasa saja, mereka yang berada di pertengahan atau bersifat sederhana. 10% lagi gagal.

Eh, 5% saja yang benar-benar cemerlang? Siapa mereka? Macam mana baru boleh dikatakan cemerlang? Apa kayu ukur kajian ni? [ini kena tanya Dr semula].

Yang pasti, inilah kajian yang diiktiraf seluruh dunia, mengikut kayu ukur mata masyarakat.

Tapi kata Dr, banyak lagi kayu ukur atau piawaian yang boleh digunapakai untuk menyukat kecemerlangan kita seperti ISO [International Standard of Organization], organisasi, sunnah nabi, dan ibu bapa.

Yang paling penting, apa yang ALLAH kata mengenai pencapaian kita dalam hidup. Apa yang ALLAH kata itulah seperti yang selalu disebut sebagai apa yang hati kecil kita kata. Kerana manusia fitrahnya memang ke arah kebaikan. Dan ALLAH, tak lain menyeru manusia berbuat kebaikan.

Jadi, standard fitrah kita itu adalah sebenarnya juga standard ALLAH.

Harus diingat juga, redha ALLAH letaknya pada redha ibu bapa. Ibu bapa jadi kayu ukur yang penting juga.

Ok, bicara mengenai kecemerlangan ini, eh, rupa-rupanya belum cukup ramai manusia yang benar-benar cemerlang di mata masyarakat. Kenapa ya? Sedangkan tokoh-tokoh kita dah begitu ramai menjadi idola setiap kita mencapai taraf jaya itu.

Ini kerana, walau ramai yang hebat-hebat belaka, mereka masih belum memenuhi potensi diri. Ramainya beranggapan, alah, kalau dah dapat atasi orang lain tu, kira oklah, kira hebatlah.

Kehebatan kita sebenarnya bukan apabila dibandingkan dengan orang lain, tetapi apabila dibandingkan dengan diri sendiri.

Soalannya: Adakah kita telah menjadi yang paling hebat setaraf dengan kemampuan atau potensi maksimum kita?

Dr HM Tuah Iskandar kata,

"Jika kita sasar pada yang lebih dari potensi kita, kita akan dapat apa yang pada potensi itu. Tapi, jika kita sasar pada potensi kita, kita akan dapat kurang dari potensi itu."

Jadi, sasarlah pada yang luar biasa hebat. Yang terfikirkan sebagai seakan mustahil. Tak salah. Sebab trademark Nike pun berbunyi "Nothing is Impossible, Impossible is Nothing." Patut jadi trademark kita semua juga. Tapi cukai guna trademark orang kalian tanggung sendiri ya?

Mustahil itu cuma pada fikiran kita saja. Pada fikiran orang lain mungkin tidak. Jika orang lain boleh fikir begitu, mengapa tidak kita? Hei, kita pun manusia juga apa? ALLAH kata tak lebih tak kurangnya orang di sekeliling, selain IMAN dan TAQWA yang menentukan.

Bila AMAR buat magic depan saya [dah dua kali saya tergaru-garu kepala memikirkan keajaiban dan kebesaran kuasa Tuhan], saya telek, saya perhati.

Saya hanya kerut dahi, geleng kepala.

Image hosted by Photobucket.com
Along, saya
Pakdi, abang Azizi, Amar


Sepanjang pengalaman saksikan silap mata, fikiran saya tak pernah lepas daripada fakta sains dan teknologi yang diinputkan selama saya berada dalam aliran Sains Tulen. Kalau tak terfikirkan pun, penyelesaiannya yang sekala-sekala ditunjukkan dapat masuk dengan logik akal.

Ini, ish, dah depan mata, tengok tak berkedip, fakta sains terbang entah ke mana. Tak boleh masuk langsung.

Apabila ditemubual secara tak formal, AMAR akui, silap matanya bukan sekadar berasaskan kelajuan dan sains semata, tapi juga kekuatan minda.

Hah? Apa kebendanya tu?

Saya pernah banyak kali juga saksikan kuasanya minda di televisyen.

Superman Malaysia [saya dah tak ingat namanya]; bagaimana beliau tarik lori dan pesawat dengan hanya menggunakan rambut. Anak gadisnya juga punya kekuatan yang sama apabila beliau boleh diangkat dan dipusingkan oleh ayahnya dengan hanya rambut yang menampung berat badan.

Begitu juga dalam rancangan Asia Hebat, Ripley's Believe It Or Not, dan Guiness Book of Record. Banyak acara yang memaparkan kehebatan manusia super yang mampur menanggung berat batu-bata yang diletakkan di atas dada mereka sebelum ditukul untuk memecahkan batuan tersenbut.

Juga apabila menyaksikan bagaimana batang leher mereka menerima terjahan pisau yang tak lut dek kulit. Juga api yang tak melecur dan menyakitkan kulit walau didedah lama.

[Jangan tiru aksi di atas tanpa ilmu dan pengawasan]

"Merekalah manusia biasa yang berusaha secara luar biasa"

Semua di atas adalah contoh-contoh penguasaan minda. Apabila beban di letakkan di satu bahagian tubuh, minda, kekuatan dalaman dan fokus akan ditumpu sepenuhnya pada satu bahagian itu saja. Menjadikan ia seakan kebal apabila diuji pelbagai cara.

Ini bukan ilmu hitam, sihir atau pertolongan jin dan syaitan. Ini merupakan potensi manusia yang jarang dijumpai melainkan apabila dicari.

Boleh tak kita yang berusaha secara biasa-biasa saja ni dapat kelebihan yang sama dengan mereka yang kata Ripley's "They have dedicated their lives in acknowledging all effects and concequenses of their actions, so please, don't try this at home."

Potensi diri, hanya kita sendiri yang selayaknya mengenalpasti. Kata Dr Fadzilah Kamsah, kalaulah kita pun tak kenal diri, jangan harap orang lain boleh kenal kita.

Nak tahu apa hipotesis saya? [belum boleh jadi teori sebelum AMAR usahakannya]

Jika AMAR usaha lebih untuk fokuskan kuasa melembutkan besi di hujung jari, suatu hari, tak mustahil jika tanpa besi di pegangan, AMAR boleh keluarkan aura bola api macam Son Goku.

:)

Kita?

malas?

Bicara lagi pasal malas. Pentingkan malas ni? Ya, tapi bukan untuk diamalkan tapi untuk dielakkan.

Sebab, malas merupakan musuh terbesar motivasi.

Image hosted by Photobucket.com


Belajarlah motivasi banyak manapun. Tuntutlah ilmu dari Dr HM Tuah Iskandar atau dari manusia paling positif dunia, Dr Fadzilah Kamsah sekalipun. Kalau ada sifat malas masih tertanam, tak akan hidupnya enjin motivasi tu.

Malas ini tak ada ubat, tak ada penawar. Sebab kita sendiri kena usaha buang hingga ke akar umbi.

Macam mana nak buang sifat malas ni?

Ok, ini saya ambil ide Dr HM Tuah [banyaknya ide saya cilok dari Dr Tuah. Kalau dia baca blog ni, mesti minta komisen ;p ]. Ide saja. Contoh-contohnya sendiri punya. Boleh buat contoh lain.

1. Letak gambar sesiapa saja yang boleh buat kita malu jika kita mula bermalas-malas; di atas meja atau gantung di dinding.

Contoh: teman lelaki/wanita, idola yang dikenali, orang yang dihormati.

Sebab kita ni memang lumrah, akan rasa malu jika ada orang tengok.

Tak percaya? Cuba kita ajak orang datang rumah dalam keadaan rumah macam tongkang pecah.

2. Cuba jadi kreatif.

Kata Dr Fadzilah Kamsah, pecahkan lingkaran negatif diri dan persekitaran. Buat benda-benda baru. Hias bilik lain sikit dari hari-hari biasa. Guna jalan lain untuk ke kelas. Buat kawan baru [make new friends].

Ubah rutin harian. Kalau hari-hari dok makan lauk telur je, sesekali makanlah ikan keli pula [eh, keli lagi? Sinonim sungguh dengan UIA ni].

3. Tambah stamina diri.

Kalau dah tak ada tenaga tu, macam mana boleh tak malas? Melepek sajalah sepanjang hari. Jadi, makanlah makanan yang berkhasiat. Makan buah. Kalau yang asyik selsema tak kebah-kebah tu kurang makan buahlah tu.

Kalau ada kelebihan, ambil supplement. Beli Appeton ke, Champ ke. Eh, jangan ingat untuk budak-budak saja. Orang 'besar' lebih banyak perlu tenaga. Tapi jika bahan kimia buatan ni tak perlu banyak sangat. Buah dan sayur pun dah cukup baik.

Itu saja yang saya dapat dari Dr HM Tuah. Ada cadangan tambahan? Kongsi-kongsi kong sini.

:)

alif lam mim

Bila dah akhir semester macam ni, mulala rasa malas dan tak bersemangat tu bersarang tebal dalam lubuk hati. Ini baru semester pendek. Kalau yang biasa tu, tahu-tahu sendirilah macam mana seksanya nak menghabiskan.

Salah kita ke kalau memang subjek tu tak kena dengan hati kita?

Atau, soalan yang sinonim: Salah kita ke memilih dalam menuntut ilmu? [Nampak macam jahat sikit, baru malu nak mengaku]

Image hosted by Photobucket.com


Ilmu ni, selagi ia yang baik-baik, patut direbut dan dimanfaat, bukan ada pilihan nak atau tidak. Nasib kita dah diberi peluang mendapatkannya senang-senang. Tak macam orang lain, nak dapatkan ilmu secebis, pengorbanannya sangat tinggi.

Ada yang tak cukup duit, ada yang kurang berkemampuan...

Hei, kalaulah boleh, saya nak nasihat pada semua budak muda-muda sekarang supaya hargai peluang dan ilmu yang diberi. Rancang untuk ingat dalam jangkamasa panjang. Takut-takut pada masa hadapan kita perlukan ilmu itu, tapi tak ada kelebihan lagi untuk mendapatkannya macam dulu.

Bila saya diuji dengan permasalahan matematik ringkas, saya boleh tergaru-garu kepala. Sedang jika soalan yang sama saya jawab masa usia hingusan dulu, akan dapat jawab dengan jayanya. Bukan nak riak, tapi nak pamer teladan sebagai sempadan. Ni nak kena buka buku rujukan dulu, nak riak apanya?

Kita cerdik dulu tak semestinya cerdik selama-lamanya.

Ilmu itu boleh hilang jika tak diamalkan.

Sedangkan Cikgu Razak, cikgu Bahasa Melayu saya tingkatan 2 kalau tak silap, pernah kata yang sama.

"Tatabahasa Bahasa Melayu ni, kalau tak dilatih sekurang-kurangnya setiap 3 hari sekali, kita boleh lupa."

Itu baru peraturan sastera, belum lagi subjek yang memang padat dengan faktanya. Sejarah? Jangan cakaplah...

Betullah kata seorang teman, "Budak sekolah rendah pun lagi bijak daripada kita."

Rugi, rugi...

Teman, kita masih belum terlambat. Kita belum pernah terlambat, jika kita usaha dari sekarang. Apa yang kita belajar sekarang di universiti ini lebih-lebih lagi releven dengan masa depan kita.

Jadi, setiap kali belajar tu, ingat-ingatlah pesan saya, AMBIL SETIAP ILMU YANG DIBERI SEOLAH-OLAH KITA AKAN MENGGUNAKANNYA SETIAP MASA SEPANJANG HAYAT KITA.

Kita tak pernah akan tahu kepentingannya nanti kan?

# Dah tentu ingatan ini untuk saya sekali ;p

Wednesday, June 01, 2005

kakak, oh kakak!

Dah lama tak bertanya khabar adik-adik di rumah, terutama dua orang remaja lelaki itu; Fitri dan Fahmi.

Bila mereka adik-adik aku, aku jadi lupa yang mereka dah besar. Yang aku pada tahap mereka dah rasa bayu kehidupan itu. Yang sekarang dah mula rasa gelombang ributnya [belum lagi tsunami].

Bila bergelar remaja, mereka perlu diberi lebih perhatian. Kerana pada masa inilah setiap pengaruh dari persekitaran akan meresap senyap ke dalam diri, membentuk peribadi masa hadapan.

Aku lupa yang aku kakak sulung. Aku lupa akan tanggungjawab aku pada mereka.

Aku pandai berceloteh panjang di sini dan di MRSM-MRSM yang aku kunjungi. Tapi aku tak pernah ambil kisah akan kedua-dua adik bakal pemimpin masa hadapan itu.

Salah aku. Memang salah aku. Sebab aku tak balik rumah selalu pun salah aku. Bukan tak ada upaya.

Harapnya semua yang membaca tak ulang silap ini.

Aku tak kisah sebab tak pernah dapat bimbingan yang seorang remaja pada masa aku sepatutnya mendapatnya. Sebab aku anak sulung, dan terus menjadi bahan ujikaji dalam cara didikan mak dan abah.

Sebab itulah aku tak berapa nak kisah bila jadi spesimen untuk amali sains tingkatan 3, projek komsas pada tingkatan 4 dan 5, seterusnya jadi bahan eksperimen menentukan jatuh bangunnya kursus baru komputer sains ini.

Tapi, aku bimbang andai tak menjalankan tanggungjawab sebagai yang tahu dan sedar. Mendidik dan membimbing adik-adik menjadi Fitri dan Fahmi yang terbaik.

Kenapa aku boleh lupa?

Bila diingatkan oleh seorang sahabat, benarlah, nak membuka mulut mengubah orang lain lebih mudah dari keluarga sendiri.

Bila Along kendali kanak-kanak yatim yang amat disayanginya [walau bertemu cuma seminit dua semasa Closing Ceremony Kids of the World -- well, Along memang mentor terulung :) ], aku terpukul hebat. Aku tak mampu nak jadi begitu sebab aku tak pernah nak layan adik-adik selembut senanosaaat aku layan orang-orang asing ini.

Aku benci pada hipokrasi.

Cuma, sayu bila sedar jauhnya aku dengan sahabat-sahabat sebaya yang lain. Banyaknya kurang diri.

Aku nampak di mana istimewanya mereka dalam masyarakat taulan. Tapi hairan, aku masih tak jumpa kelebihan sendiri, yang kata Pakdi memang ada, cuma kita sendiri kena usaha cari, sebab cuma kita yang kenal diri.

Boleh sesiapa bantu? Saya ni rabun :)

Seperti apa yang aku nampak pada sahabat-sahabat, aku pun boleh nampak istimewanya Fitri dan Fahmi, di mana lebihnya mereka. Kerana mereka membesar di bawah perhatian [bukan pemerhatian] aku.

Aku yakin akan masa depan mereka kerana keistimewaan-keistimewaan ini.

Cuma, bimbang kira kebergantungan itu putus... pada Yang Satu.

Kerana walau siapa pun kita di mata manusia, tak pernah sepenting siapa kita di mata Pencipta.

Kita semua sama. Yang bijak dan yang kurang bijak. Yang bijaknya kerana genetik atau yang bijaknya kerana usaha. Yang bijak dalam akademik atau yang bijaknya dalam bidang luar akademik. Sama.

Kita masih hamba. Kelebihan kita sentiasa terbatas oleh kuasa-Nya.

Kerana Dia masih penentu segala.

# Fitri, selamat hari ulangtahun ke 18. Moga hidup sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Bahagia selalu hendaknya, insyaALLAH!