Thursday, September 13, 2007

iftar 1

Baru saja lepas balik dari iftar di masjid UIA. Ada kejutan, haha. Tapi saya tak terkejut sebab dah diberitahu awal-awal. Mereka hidangkan roti dan sup daging.



Bila dengar saja pasal tu semalam, saya pun macam pelik juga. Selama ni elok saja makan nasi berlauk dan buah. Kenapa kalini lain sangat pula jadinya?

Oh, pihak masjid nak jimatkan kos. Tahun-tahun lepas, banyak sangat pembaziran. Banyak nasi yang tak habis. Jadi, untuk kali ni, sup dan roti jadi percubaan, mungkin selama seminggu. Saya pula, baru tahun ni nak cuba berbuka di masjid setiap hai. Yalah, jika dah dari pagi sampai ke petang di lab saja. Baik terus ke masjid, makan percuma :p

Kenyang, memang. Walau hanya dengan sebuku roti, tapi rotinya bukanlah roti keping Gardenia atau bun, tapi roti yang macam orang Arab makan. Besar. Kata kawan, sukalah mereka, makanan ruji mereka jadi pilihan masjid sebagai hidangan berbuka kalini :)

Mm, alhamdulillah, walaupun pelik, tapi kenyang juga. Dan boleh ambil kesempatan kurangkan berat badan lagi macam tahun lepas :p

[Along, tahniah sebab dapat jadi komiti membantu masjid mengagihkan makanan lagi. Saya bangga dengan Along. Tahu yang mana patut dibuat ;) ]

Sampai-sampai saja di lab, ada orang mengamuk-ngamuk. Tak puas hati dengan sajian berbuka masjid. Kata kedekutlah, tak makan daginglah, kata tak puas hati dengan SRClah, kata nak tuntut di padang masyar lah. Nak tuntut apanya? Bukan awak bayar pun untuk berbuka tu. Jika tak mau, berbuka saja di tempat lain.

Pastu keluar pula hujah macam mana kalau orang bukan Islam nampak situasi di masjid ni? Nampak macam miskin benar Islam. Pastu kata nak keluar makan di McDonald pula.

Saya diam saja. Masing-masing dah pandai nak nilai, tak perlu nak cakap banyak.

Pernah juga terfikirkan ni. Jika makan nasi campur di gerai-gerai atau mana-mana foodcourt, mahal sedikit mesti ditempelek. Tapi jika di McDonald, Pizza Hut atau Burger King, mahallah macam mana pun, kita tak kisah. Makan saja.

Perbandingan kecil: Jika nasi berlauk harga RM5 dah sangat mahal. Tapi burger McDonald tak sanggup nak beli set yang paling murah, RM7. Simple, kecil sangat. Belilah yang mahal sikit, tak apa.



Jika dengan mentaliti ini, macam mana nak bangunkan perniagaan orang Melayu Islam?

Pelik kan?

6 comments:

Anonymous said...

dulu masa berpuasa di UIAM, pernah berhasrat nak buka puasa di masjid sahaja, tapi bila tengok ada pelajar non-malaysian tak dapat makan, kena kongsi dgn kawan2, saya batalkan hasrat nak makan di masjid hari-hari.

ada dikalangan mereka yang betul2 susah, terasa saya ambil hak mereka pula. sedangkan saya mampu nak beli di tempat2 lain.

mungkin sekarang bajet dah makin byk kot ;)

Anonymous said...

Bila fikir-fikir balik, memang psiko. Kita sanggup bayar hingga RM10 untuk hidangan McD sedangkan tak kenyang sangat pun. Mungkin harga yang lebih tinggi itu adalah untuk 'brand' dan servis.

Mentor_ulung said...

Allah, ada yg tak puas hati?? :P

along di meja komiti@kawan kpd kawan-kawan dengar in:

"kita ni Melayu, mana kenyang kalau tak makan nasi"..

[heh, kelakar. Dah di setting awal, smpai akhir ramadhan tak kenyang]:P

..ia, mereka bukan saya, atau kita yg reti reti kenyang. mau tembolok pecah ke?? hehe. gurau je lah,

moga-moga pihak Masjid nanti dengarkan keluhan kawan2....act, itu utk percubaan. InsyaAllah, ada rezeki, kita bagi nasi.. tunggulah :)

mira said...

pakdi, tak pula dengar makanan iftar tak cukup. selalu bila dah habis makan, mesti diberikan saja lebihan kepada sesiapa yang masih ada. walaupun 2 tahun lepas waktu sedap2 makan nasi :p

along, sebenarnya kenyang saja makan roti, tapi sebab bukan ruji [tapi memang ruji saya pun, hehe], rasa ada yang tak cukup. tak puas.

tapi memang kenyang. balik tu tak terasa nak makan apa-apa lagi ;)

firdaus, betul! contohnya di jj yang paling dekat.

"taknaklah makan di foodcourt. mahal, ada tax"

tapi senang je cakap, "jom makan burger McD!" memang psiko. kena tukar mentaliti ni. biarla makan nasi orang melayu islam yang mahal sikit daripada support yang bukan bangsa kita yang dah kaya raya tu.

Anonymous said...

tak pelik laa kalo makan nak banyak sangat. memang dia tak suka makan roti dengan sup, apa yang nak kita pelik sangat... hihiiii

mira said...

saya pun tak pernah makan roti dengan sup. tapi sekali cuba, pasti nak lagi :p