Monday, May 04, 2009

akademi kehidupan minggu hari pekerja

Minggu lepas saya berpeluang ke Seminar Personel ICT Sektor Awam. Saya akan ceritakan pengalaman yang selayaknya tersenarai dalam perkara yang saya belajar dalam akademi kehidupan.


Akademi kehidupan di Putrajaya:

Pertama kali menaiki teksi yang dipanggil datang terus ke politeknik untuk ke Putrajaya. Rabu itu, seminar bermula pada jam 8.30 pagi. Jadi, saya tak berpeluang untuk berjimat dengan mencari alternatif kenderaan awam yang lebih murah. Jadi, kos teksi Teluk Kemang-Putrajaya ialah RM100. Masih kurang beberapa puluh ringgit hasil ihsan pemandunya, Haji Daud (siapa mahu menggunakan perkhidmatan beliau boleh hubungi saya).


"PTM Berkualiti Menyokong Transformasi". Yeah!


Seusai seminar jam 5 petang, sambil menanti sahabat, Amy menjemput dari IIC, saya berbual dan berkenalan dengan seorang jaga di Dewan Persidangan Perbadangan Putrajaya. Beliau tak hubungi saya selepas itu. Jadi saya agak, kemahiran menghafal nombor telefon seperti dakwaan beliau sebelum tu kurang menjadi.

Malam, saya menginap di rumah kakak Amy di Bangi. Rupa-rupanya sahabat ni dah memboikot makanan segera yang beliau selalu belanja saya sebelum ni. KFC? McD? Pizza? No, no, no. Jadi, di Alamanda, kami makan burger A&W. Abang dah ada geng. Beliau dah tak beli telefon Nokia.


Curi-curi ambil gambar di masjid Putrajaya. Syyh!


Khamis, seminar bermula seperti hari sebelumnya iaitu pada jam 8.30 pagi. Habis jam 1 petang. Hasrat nak habiskan masa dengan seorang sahabat tak kesampaian. Beliau ni dah jadi super YB. Sebagai yang bukan YB yang sibuk, orang biasa dipanggil YB. Jika dah sama sibuk dengan YB, orang biasa akan jadi super YB.

Jadi, saya lakukan perkara di luar kebiasaan (buang tebiat). Berjalan ke hujung dunia (Terminal Putra) semata-mata menunggu Amy di sana. Mahu tumpang beliau hingga ke Seremban. Kebetulan beliau nak pulang ke Melaka.


Dulu-dulu tak mau pun ambil



Adakah saya akan naik kamu lagi?


Di Putrajaya, saya ke Putrajaya Sentral (fungsi sama dengan KL Sentral), untuk cari sebarang kenderaan awam ke KL. Saya dikhabarkan ada ERL yang tambang ke KL Sentral ialah RM9. Mujur saya jumpa Rapid Express yang hanya mengorbankan RM3 saya. Ke tempat yang sama. Sebetulnya ke Pasar Seni. Tapi saya turun di KL Sentral. Mujur pernah hidup 2 hari di Putrajaya. Tahu juga kewujudan platform kenderaan awam ni.

Saya dah kata, saya buang tebiat. Saya boleh:

1) Naik ERL ke Bandar Tasik Selatan dan tukar komuter di sana untuk ke Seremban atau
2) Naik bas KL ke stesen komuter Serdang untuk ke Seremban atau paling tidak
3) Naik ERL/bas ke KL Sentral dan tukar komuter untuk ke Seremban.

Tapi saya pilih:

- Naik bas ke KL Sentral (boleh terus ke Pasar Seni, cuma dengan masa yang banyak berbaki, baik lepak-lepak di tempat yang lebih banyak tempat untuk dilawati - surau) untuk ambil LRT Putra ke Terminal Putra. Tunggu Amy untuk ke selatan semula.

- Sudahnya, hanya tiba di Terminal One Seremban lagi 15 minit sebelum bas ke Kuantan bertolak. Kami tersekat dalam jem yang sangat hebat. Kemalangan tak usah nak kira. Memang banyak.

- Tak lupa, saya terlayan pula seorang mamat Cameroon, pelajar master History and Civilization UIA yang baru pulang dari mengajar bahasa Arab di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Baru cakap 2 ayat, beliau dah puji macam-macam. Mujur terlepas daripada pujukan untuk beri nombor telefon. Saya dah cakap, saya dah ada abang. Tapi dia asyik cakap, "Who knows I still have chance."


Akademi kehidupan di Terminal One:


Pertama kali naik bas 2 tinggal. Padanlah harga tiket mahal semacam. RM28! Apa-apapun, tak rugi cuba. Gunakanlah perkhidmatan SPBumi. Cepat pun cepat. Saya tidur dalam bas. Jadi saya tak saksikan magis apa yang digunakan dapat sampai pada jam 2.45 pagi (dari 9.45 malam) melalui kesesakan di KL.

Ah, ya. Saya lalu KL semula. Manalah saya tahu..

Akademi kehidupan di rumah:

Tam (iya, kucing peliharaan kami tu) dah jadi ibu kepada 3 ekor anak. Nama mereka ialah:

1) Aswad
2) Black
3) Ireng



Cuba cari gambar tersembunyi


Mereka ikut jejak saya! Cayalah!


Ahad, kembali semula ke kehidupan yang sebenar. Dari Kuantan, saya ke KL dahulu. Tiket ke Seremban cuma ada jam 3 petang (Transnasional). Kata abah, SPBumi memang ada ke Seremban. Tapi sehingga Jumaat, mereka masih tak mahu keluarkan tiket itu. Entah kenapa. Elak ambil risiko kehabisan tiket, abah beli ke KL saja.


Akademi kehidupan di Seremban:


Maka, seperti yang ada sesetengah dari pembaca kurang senang, abang datang jemput saya yang turun di Greenwood. Beliau hantar saya ke Teluk Kemang. Tapi sempat singgah di stesen bas baru di Seremban, Terminal Two. Sebenarnya mahu merasmikan MBO yang baru dibuka. Kami tonton Wolverine.

Memang masyuk.

Oh ya. Sempat singgah Nilai. Lawat tapak baru Matrik UIA. Atau sebenarnya ialah Pusat Asasi UIA.


Gambar lain boleh lihat di flickr saya


Akademi kehidupan sampai situ dulu.

(Akan upload gambar yang saya ambil sepanjang perjalanan menuntut ilmu kembara ini kemudian. Mujur saja dah ada telefon berkamera. Terima kasih abang)

3 comments:

Anonymous said...

mira..baguslah mengubah kebiasaan tu..sekali sekala kan..kalau mira nak tau arab bila bercakap mmg banyak puji org..mmg adat diorg gitu..

sarah said...

mira. smart neh..senang 2 lawatlah blog smart.... wwwsarahrahman.blogspot.com.... memang takder titik pas www tuh... hehehe.. smart nak follower mira tapi tak reti..almaklumlah baby lagi..heheh

Fahmi Mahat said...

akademi kehidupan tak pernah sunyi dari cerita suka duka. Anggaplah ia sebagai warna, memetik kata seorang sahabat. Bila ia dianggap warna, kita nampak hidup itu lengkap. :)