Wednesday, August 30, 2006

merdekanya kita..

Ada lagi jumpa kes-kes yang tak sepatutnya ada dalam sebuah negara yang sehari lagi akan sambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 49 tahun. Benar-benar majukah kita? Atau cuma satu kampung pedalaman di Tampoi di sebuah bandar yang boleh dikatakan kedua maju selepas Kuala Lumpur yang terlepas pandang dari arus pembangunan?

Ada 2 tanda yang Malaysia ini belum layak digelar negara merdeka yang makmur, cuma dalam 1 cerita.

1. Kampung Hajah Fatimah masih tak dapat bekalan elektrik walau dah mohon sejak 30 tahun lalu.

2. Budak-budaknya ambil kesempatan dalam suasana gelap untuk buat maksiat. Na'uzubillah!!!

Kes ini dah keluar surat khabar. Agaknya, patut tak saya cari pula badan yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan ini? Nak saya juga yang hantar emel pada kerajaan Negeri Johor?

Baca terus: Harian Metro

2 comments:

Mentor_ulung said...

masalah malaysia, masalah kita dan segala permasalahan di sekeliling ni dah macam tak terungkap, tak tersingkap. Hari-hari pun masalah. pening2..

dianz said...

di malaysia masih ada lagi kampung yang tak dapat bekalan elektrik?? saya kurang percaya... saya kira malaysia sudah lebih maju dari indonesia, bukan begitu?